Tuesday, December 28, 2010

GOTONG ROYONG DAN KEMPEN KITAR SEMULA

Assalamualaikum.

Buat julung2 kalinya taman kita mengadakan Kempen Kitar Semula pada 26hb Dis 2010 yg lalu. Disebabkan kempen ini jatuh pada musim cuti sekolah, mungkin kebanyakan warga Desaria bercuti bersama keluarga atau menghadiri kenduri kahwin. Kalau tak, pasti penuh khemah MPN dgn bahan2 terbuang membanjiri Padang Myanmar.

Nampaknya gotong royong ini adalah aktiviti penutup tirai tahun 2010. Semoga bertemu lagi di tahun 2011...insyaallah.

Apa-apa pun kita saksikan klip video ini..


p/s untuk berita lengkap dan gambar klik sini.


Ella

Tuesday, November 30, 2010

AKU SUDAH REMAJA

Assalamualaikum.

Alhamdulillah Majlis Berkhatan yg berlangsung pada hari Ahad, 28hb November 2010 telah selamat diraikan. Walaupun hebahan majlis ini tidak menyeluruh(kecuali hebahan di notice board surau atau melalui bisikan mulut ke mulut), kami telah menerima 7 penyertaan (sebenarnya 6 selamat dikhatankan, 1 menarik diri).

Insyaallah tradisi ini akan diteruskan pada tahun2 akan datang. Terima kasih pada yang terlibat menjayakan majlis ini, yang sponsor makanan dan tenaga.

Mari kita tonton gelagat mereka pada hari majlis tersebut...




Ella

Wednesday, November 17, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Assalamualaikum.

Saya serta AJK biro Hawa mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA pada semua warga Desaria.






p/s Video pertandingan futsal anjuran Bdr Seri Putra pd 14/11/2010 di sini

Monday, October 11, 2010

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA 2010 - PART 3 - D DAY!

Salam 1Desaria.

Sebelum tu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada hawa-hawa (tak dapat disebutkan nama satu persatu) yang telah menolong Biro Hawa menyediakan juadah untuk majlis raya yang telah berlangsung pada 9hb Okt 2010. Sesungguhnya kerjasama dan komitmen merekalah yang membantu peranan Biro Hawa dalam program itu.

Oklah...2 posting yg terdahulu di bawah tajuk yang sama telah memaparkan aktiviti membakar lomang dan memasak. Kali ini adalah klip berlangsungnya program yang ditunggu-tunggu itu...semoga terhibur...



Ella

MAJLIS JAMUAN HARIRAYA 2010 - Part 2 - Masak-Memasak

Bahagian kedua memaparkan kerja memasak pada pagi 9hb Okt 2010. Ikuti klip video ini...
Bahagian terakhir (majlis berlangsung) pun dah siap tapi simpan dulu ye...




Ella

Sunday, October 10, 2010

MAJLIS JAMUAN HARIRAYA 2010 - Part 1 - Bakar Lomang

Salam 1Desaria.

Sudah sebulan tak update blog Hawa...bukan ape...xde aktiviti yang nak di postkan. Masing-masing sibuk dengan rumah terbuka samada di rumah sendiri ataupun menghadirkan diri ke rumah saudara mara atau pun sahabat handai.
9hb Okt 2010 merupakan hari Jamuan Hari Raya 2010 anjuran Persatuan Penduduk. Cuit Tumbang Production akan menyiarkan klip video jamuan ini dan 'preparation' nya dari awal sebanyak 3 bhgn. Ikuti bahagian pertama ini.....



Ella

Wednesday, September 8, 2010

SOLAT ISYA' DAN TARAWIH

Saya siarkan klip video solat berjemaah Isya' dan Tarawih pada 3hb Sep 2010 di Surau Desaria.
Walaubagaimana pun solat Isya' di 'edit' pada bahagian akhir klip ini. Malang sekali pada malam tu lah pulak jamuan moreh tak ada...





Ella

SELAMAT HARI RAYA

Saya selaku ketua Biro Hawa Taman Desaria mewakili AJK-AJK Biro Hawa mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir Dan Batin kepada semua.

0 - 0 ye...



Ella

Friday, August 20, 2010

TADARUS AL-QURAN

Assalamualaikum.

Alhamdulillah...tadarus Al-Quran berakhir pada hari ke 10 kita berpuasa. Terima kasih pada hawa yang menjayakan program ini walaupun ada yang tak dapat hadir sepenuhnya atas sebab2 tertentu. Diharapkan di masa akan datang, lebih ramai penyertaan dari kaum hawa..insyaallah.
Di dalam klip video ini memaparkan suasana bertadarus di Surau Desaria kita. Walaupun ada bunyi-bunyian dari kontraktor yang bertungkus lumus menyiapkan bangunan surau yang sedang diubah suai...namun itu tidak menjadi gangguan pada kami..tadarus tetap tadarus...



Ella

Wednesday, August 18, 2010

PROMOSI IKLAN HARI RAYA

Salam 1Desaria.

Alhamdullillah..Dah masuk hari ke 8 kita berpuasa.

Berbagai promosi jualan murah kita jumpa bukan di Nilai3 aje..malah di mana2. Di Nilai3 promosinye sepanjang tahun..jualan tutup kedai..jualan bukak kedai..jualan pindah rumah...jualan banjir kilat...

Tapi ada 5 iklan saya rasa org Desaria suka nak tahu...ikuti klip video ni..teka sape ye...



Ella

Monday, August 9, 2010

SELAMAT BERPUASA

Assalamualaikum.

Hari Rabu, 11hb Ogos 2010 ini kita akan memulakan ibadah puasa di bulan Ramadan..insyaallah.

Saya dan AJK biro Hawa mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam amnya dan penduduk Desaria yang beragama Islam khasnya.

Tadarus Al Quran bagi Hawa akan diadakan pada hari puasa pertama bermula jam 9 pagi hingga 11 pagi bertempat di Surau Desaria. Pada hari-hari bekerja...surirumah sepenuh masa yang berkelapangan dijemput bertadarus bersama-sama. Pada hari Sabtu dan Ahad, bolehlah yang bekerjaya ikut menyertai...


Ella

BADMINTON TERTUTUP DESARIA

Salam 1Desaria

Pertandingan Badminton Tertutup Desaria pada Sabtu, 7hb Ogos 2010 berlangsung meriah.
Setakat artikel ni ditulis,,,saya masih belum tahu keputusan penuh pertandingan.
Bagaimana pun klip video sudah pun siap. Dari 39 klip video...setelah di edit menjadi klip yg hanya memakan masa 4min15saat sahaja. Memaparkan aksi dan telatah yang ada di Dewan MPN pada hari pertandingan.
Apa pun selamat menonton...semoga terhibur...(atau tertidur) hehe...




Ella

Friday, August 6, 2010

VIDEO MAJLIS BACAAN YAASIN DI RUMAH PN NOR

Assalamualaikum.

Ni dia klip video Majlis Bacaan Yaasin di rumah Pn Nor pada 31hb Julai 2010

Selamat menonton.



Ella



GANYANG AEDES !!!

Salam 1Desaria

Selamat menonton!



Ella



p/s foto2nya di sini

Saturday, July 31, 2010

BACAAN YAASIN PN NOR

Assalamualaikum

Dijemput hadir ke rumah Puan Nor beralamat

No 193, Jalan 21
Sabtu, 31hb Julai 2010, jam 2.30ptg

semperna aktiviti Hawa bacaan Yaasin untuk minggu terakhir sebelum menyambut puasa

T. Kasih


Ella

Wednesday, July 28, 2010

SEBELUM DAN SELEPAS

Salam 1Desaria

Ini lah klip video Bahagian 2...diberi tajuk di atas memaparkan apa yang berlaku sebelum dan selepas majlis bacaanYaasin di rumah saya.

Semoga terhibur....




Ella

Tuesday, July 27, 2010

BACAAN YAASIN PN ELLA

Salam 1Desaria

Ini adalah klip video majlis bacaan Yaasin di rumah Pn Ella....rumah saya lah tu...

Terbahagi kepada 2bahagian. Bahagian pertama merakamkan majlis bacaan Yaasin dan jamuan makan.
Bahagian kedua akan menyusul...insyaallah...






Ella

Thursday, July 22, 2010

MAJLIS BACAAN YAASIN

Assalamualaikum

Di jemput kaum Hawa ke majlis bacaan Yaasin di rumah.....saya...beralamat:-

No 149, Jalan Desaria 20
Hari Sabtu 24hb Julai 2010
jam 2.30ptg



Ella

Wednesday, July 21, 2010

PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP DESARIA

Salam 1Desaria

Dijemput kaum Hawa menyertai pertandingan ini bagi kategori wanita.
Syarat-syarat seperti di bawah:-
  • BEREGU LELAKI DAN WANITA
  • Syarat Khas : Umur 18 tahun ke atas
  • kombinasi umur kedua pemain mestilah 60 tahun atau lebih.
  • ie 18 + 42 += 60 , 50 + 55 = 105 etc.
  • Tarikh tutup pendaftaran : 1 Ogos 2010 ( ahad)

  • MAKLUMAT LANJUT, HUBUNGI :
  • Azuddin: 019 – 238 0807 ( 87, Jalan Desaria 10)
  • Zulkifli 019- 298 2031 ( 234 , Jln Desaria 6)
  • Zaila 016- 6185 606 ( 149, Jln Desaria 20)
Bertempat di Dewan MPN, Bandar Baru Nilai pada 7hb Ogos, 2010 (Sabtu)
Jam 8.00pg - 4.ooptg

Jom kita serta ramai-ramai.



Ella


Tuesday, July 20, 2010

VIDEO BACAAN YAASIN PN MURIZAH

Assalamualaikum

Yang ini pula klip video majlis bacaan Yaasin juga marhaban ringkas di rumah Pn Murizah.
Selamat menonton.




Ella

Monday, July 19, 2010

VIDEO BACAAN YAASIN RUMAH PN ROSMINI

Assalamualaikum

Ini adalah klip video Majlis Bacaan Yaasin di rumah Pn Rosmini tempohari.
Buat pertama kalinya majlis bacaan Yaasin ini diadakan sekali tazkirah.

Selamat menonton..




Ella

Friday, July 16, 2010

GENG SAMUN MENGGANAS KEMBALI

Salam 1Desaria

Di sini saya paste kan artikel dari blog ForumDesaria dalam ruangan Aktiviti Keselamatan tulisan En Pyanz.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Re: GENG SAMUN MENGGANAS KEMBALI

Post Pyanz83 Today at 10:02 am

Salam,Awal pagi tadi saya dikejutkan oleh bunyi talipon saya jam 2.19pagi oleh ahli ronda yang nampak kelibat 4orang indonesia memakai seluar panjang serta kain pelikat menutup kepala keluar dari ladang kelapa sawit bukit mahkota menuju ke padang bola.Apa tujuan saya tidak tahu lantas saya menghubungi ahli ronda yang bertugas pagi tadi untuk meninjau sekitar padang bola dan pada masa yang sama juga saya dan ahli ronda yang menelipon saya turut meninjau kawasan padang serta kawasan berhampiran dan tidak lama kemudian sebuah kereta peronda polis dan van putih yang dinaiki oleh CID tiba di jalan mati belakang jln 16 setelah pemeriksan dibuat tiada nampak kelibat suspek yang dimaksud mereka pun beredar.Alhamdullilah hasil kerjasama yang ditunjukkan oleh ARMD yang bertugas kita dapat menghalang kejadian yang seribu kemungkinan berlaku malam tadi.Selepas itu saya turut menemankan ARMD membuat rondaan sekitar taman sehingga jam 4pagi.

PERINGGATAN SAYA KEPADA ARMD/PENDUDUK TAMAN DESARIA

Berhati-hati pada waktu malam jika ternampak orang yang dicurigai sila hubungi saya.Tidak lama lagi hari raya akan menjelma waktu ini lah pendatang akan bertindak untuk menyamun dan hasilnya untuk dibawa balik ke kampung

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Di harap perkara ini tidak dipandang ringan!



Ella


Thursday, July 15, 2010

MAJLIS BACAAN YAASIN

Assalamualaikum.

Di jemput ke Majlis Bacaan Yaasin di rumah Puan Murizah Hj Ahmad

Beralamat : No 145, Jalan Desaria 8

Tarikh dan waktu : Sabtu, 17hb Julai 2010 jam 2.30ptg

Datang ye!

Ella

Saturday, July 10, 2010

MAJLIS BACAAN YAASIN

Assalamualaikum.

Dijemput hadir ke rumah Puan Rosmini

Alamat: No 84 Jalan Desaria 10

Tarikh dan waktu : Hari Ahad 11hb Julai 2010 jam 2.30ptg

sempena majlis bacaan yaasin bagi aktiviti bulanan Hawa.

Terima Kasih.




Ella

Thursday, July 1, 2010

DESARIA FC...suatu waktu dahulu...

Berdiri kiri ke kanan : Izudin, Rameli, Zul, Razelan, Nasa dan Yusof (kapten)
Menonggeng kiri ke kanan: Ku, Tom, Fadli, Zahim dan Pian

Biodata Pemain:

Izudin - Right Wing - Mempunyai ramai peminat di kalangan remaja
Rameli - Left Back - Bertanggungjawab buat collection sewa padang
Zul - Stopper - Suka minum air asam boi waktu rehat perlawanan
Razelan - Attacking Midfielder - Suka mempertikai keputusan pengadil
Nasa - Goalkeeper - kepakaran menangkap bola tinggi
Yusof - Striker - Memakai lilitan kapten di kepala, gemar lagu rock kapak
Ku - Defending Midfielder - Menitikberatkan penampilan diri dari permainan
Tom - Right Back - Peminat setia Band Wali
Fadli - Left Wing - Membaca doa setiap kali sebelum perlawanan...amin..
Zahim - Midfielder - Pemain paling cool...walau pun kena kad merah
Pian - Striker - Tak pernah sumbat sebarang gol, dikatakan serasi beraksi bersama Yusof...


Tengah ngemas2 store surau tempohari....terjumpa lak foto 'klasik' ni siap ngan biodata di belakang foto...Argentina lg tue.....
Gambar ni untuk tatapan dari generasi ke generasi...hehehe....


Ella (ya ampunnnn!!!)

p/s Si Puyol aku teka Germany menang...Pian, Nasa..any comment??

Thursday, June 24, 2010

KERIS 3 DAN MISTERI...

Assalamualaikum.

Program KERIS 3 selesai sudah...
Feedback yg memberangsangkan saya terima dari sosek-sosek kaum Hawa menyatakan puashati akan program kali ini. Alhamdullillah...
Lebih menyemarakkan lagi apabila tersiarnya kisah foto2 program pada malam hari bertempat di ladang kelapa sawit bersempadan taman kita. Foto2 peserta di tumpang sekaki oleh unsur2 paranormal. Lebih dikenali sebagai "orbs" dalam bahasa Obama...
Berita dan foto boleh dilayari di sini.
Adakah pembaca tahu Akta Kutu Rayau 'Fasa 4'??

...Jawabannya di akhir klip video ini....



Ella

Tuesday, June 8, 2010

SELAMAT BERCUTI, ANAK-ANAK

Salam 1Desaria

7hb Jun 2010 bermulanya cuti sekolah penggal kedua selama 2 minggu.
Anak-anak yg bersekolah pastinya merasa gembira dan lega.
Gembira kerana tak perlu bangun pagi2 untuk bersiap, boleh bangun lewat
dan lega kerana tidak perlu mengadap muka cikgu-cikgi yg mendatangkan masalah
bagi mereka (sebenarnya mereka yg bg masalah pd cikgu ni).

Ibubapa (bg yg x bekerja atau syif malam) selain gembira dapat bersama anak2 di waktu siang hari, juga pening dengan karenah mereka..tentunya hiruk pikuk. Ada juga ibubapa yg mengambil cuti untuk membawa anak2 berjalan makan angin atau pun balik kampung melawat atok dan wan.

Bagi anak2 sume...Cik Ella harap jangan terlalu gembira sampai lupa diri pulak...2minggu cuti
bukan lama pun..homework jangan lupa..dan jangan merayau2 sampai ke malam atas alasan "tak sekolah besok".

Teringat Cik Ella waktu kecik2 dulu, ada banyak lagu kanak2 yg sering menjadi nyanyian...antaranya "air pasang malam" , "enjit2 semut".

Dalam kempen keselamatan jalanraya (musim raya) pun ada memaparkan keluarga yg dlm perjalanan ke kampung riuh dalam kereta menyanyikan lagu "balik kampung" tak habis2 sampaikan semuanya terlelap...moral ceritanya suruh berhenti rehat minum kopi dulu.

Tapi sekarang...ada lagu kanak2 yg baru...xpernah cik Ella dengar sebelum ni...siapa dan
bila terciptanya lagu ini tak dapek cik nak kobar an.

Pape pun kita tengok klip video ini...boleh dinyanyikan di rumah, dlm keyta atau atas katil waktu nk tido...
Semoga terhibur dan selamat bercuti anak2ku...


Ella

Thursday, June 3, 2010

VIDEO BACAAN YAASIN DI RUMAH PUAN JAMALIAH

Assalamualaikum.

Klip video Majlis Bacaan Yaasin di rumah Puan Jamaliah minggu lepas...meriah!!



Ella

Wednesday, May 26, 2010

PERMINTAAN YANG BERTERUSAN

Assalamualaikum.

Bacaan Yaasin mendapat permintaan yang berterusan dan menggalakkan dari warga Desaria.

Kali ini hawa dijemput ke majlis bacaan Yaasin di rumah Puan Jamaliah beralamat:-

No 142, Jalan Desaria 20, Jumaat 28hb Mei 2010, jam 2.30ptg.

Seperti biasa...'potluck' di galakkan.

Jangan lupa ye..


Ella

GOTONG ROYONG

Salam 1Desaria...

Selesai sudah gotong royong...berjalan dengan lancar dan meriah sekali.

Kali ini penyertaan warga Desaria saya rasa agak kurang dan warga bukan tempatan
pun pagi2 lagi dah berduyun2 menuju ke perhentian bas mini...maklum hari cuti umum...

Berita dan gambar boleh di layar di sini dan di sinun

Di sini, dipaparkan klip video kerja gotong royong oleh Cuit Tumbang Production...video ini hanya mamaparkan mereka yang sedang bekerja sahaja ye..., makan2...taklimat...perbahasan...tidak ada.
Sebabnye juruvideo nya dah balik tido...he..he....

Buat julung2 kalinya YDP membuat komen tentang program ini tanpa berkata2..macamana tu??

Kita lihat klip ini...semoga terhibur...




Ella

Monday, May 24, 2010

VIDEO RUMAH PN YATI

Salam 1Desaria,

Ini adalah klip video majlis Bacaan Yaasin di rumah Pn Yati Zul @ Ibu Yati @ Yati NBU...





Ella


Thursday, May 20, 2010

JEMPUTAN MAJLIS BACAAN YAASIN

Assalamualaikum.

Dijemput ke majlis Bacaan Yaasin di rumah Puan Yati (bukan nama sebenar) beralamat:-

No 234, Jalan Desaria 6, Hari Sabtu 22hb Mei 2010 jam 2.30ptg

Digalakkan membawa 'pot luck'

*Nama sebenar adalah Puan Rahmah

*Lebih dikenali dengan nama Yati Zul atau Ibu Yati atau Yati NBU....hahahahaha...


Datang jgn tak datang...

Ella

Monday, May 17, 2010

SABOR JE LAH...

Salam 1Desaria.

16hb Mei adalah Hari Guru. Tiadalah pengalaman saya untuk bercerita pasal kerjaya seorang pendidik ni. Sebagai ibubapa kepada anak2 yang sedang membesar dan bersekolah, sudah tentu berbagai kerenah, gelagat, perangai yang kita sendiri merasai. Itu baru anak sendiri tu....
Bayangkanlah para guru yang terpaksa menghadapi kerenah anak murid mereka yang silih berganti saban tahun dan datang dari berlainan keluarga dengan berlainan cara didikan.
Ianya memerlukan tahap kesabaran dan komitmen yang amat tinggi bagi memastikan apa yang diamanahkan sebagai pendidik dapat dijalankan. Sesungguhnya ia adalah satu kerjaya yang amat mulia.
Disini saya ingin berkongsi dengan anda sesuatu yang amat mencuit hati saya.


Artikel ini dipetik dari Laman Facebook

SELAMAT HARI GURU


Ella


Sunday, May 16, 2010

UNTUKMU IBU

Salam 1Desaria.

Harap masih belum terlambat untuk di postkan klip video ini sempena Hari Ibu.

Blog TAMAN DESARIA awal2 dah masuk klip video Kak Pah hingga menimbulkan kekeliruan pada Si Saiful!!

Kerosakan komputer mengakibatkan foto dan video yg disavekan untuk klip ini terpadam.
Antara foto2 di dalam klip ini, di ambil dari 'flickr'. Semoga terhibur..



Ella



p/s Kepada Tuan Nasa kita...jangan 'tangkap syahdu' pulak...uhu uhu..

Monday, May 10, 2010

VIDEO BACAAN YAASIN RUMAH PN ZURAIDAH

Salam 1Desaria

Inilah klip video majlis Bacaan Yaasin di rumah Puan Zuraidah, Jln Desaria 20, hari Sabtu lepas.

Selamat menonton.



Ella


p/s Cuit Tumbang Production memilih lagu 'Sendu Sendawa' tp nampak gayanya akhir-akhir video tu lebih kepada sendawa...

SELAMAT HARI IBU

Saya dan AJK-AJK Biro Hawa mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu di Desaria khasnya juga ibu-ibu yang mengikuti blog ini.




Ella

Saturday, May 8, 2010

APA YANG ACIK ELLA BIMBANGKAN DAH BERLAKU

Pada anak2 dan adik2 di Desaria ni....

Apa yg Acik Ella bimbangkan?? Cuba rujuk tulisan Acik Ella di sini.

Ianya mengenai Arwah Adik Aminulrasyid yang terbunuh ditembak pasukan polis tempohari.
Bagaimana kejadian tu berlaku, tak payah lah di ulaskan lagi...kalau nk tahu jugak tanyalah pada mak abah kat rumah.
Acik Ella bukan nak berpolitik di sini tapi inilah akibat terburuk bakal terjadi. Bila dah terjadi, walau siapapun yang bersalah, takkan boleh menghidupkan kembali arwah. Waktu ini kita akan berharap waktu di putar ke belakang (turn back time) untuk mengubah jalan cerita supaya tiada nyawa yang melayang. Berbagai2 'kalau' di sebut..
KALAULAH arwah tak keluar malam
KALAULAH arwah tak guna kereta kakaknya
KALAULAH arwah tak memandu laju memintas kereta peronda
KALAULAH arwah memberhentikan saja kereta bila dikejar polis
KALAULAH polis sekadar mengejar dan menembak amaran saja
dan berbagai2 KALAU yang boleh kita fikirkan...

Nasi dah menjadi bubur...hanya ikhtibar saje yang patut kita ambil dari peristiwa malang ni..
Al-fatihah buat arwah Aminulrasyid.

Klip video ini di petik dari Hanief Blogspot.
Juga baca laporan dan komen di blog ini.

p/s pesanan ini tak terkecuali juga utk anak2 acik ella sendiri..mmm..kalo dh budak tu..budak juga..

Ella

Friday, May 7, 2010

JEMPUTAN KE MAJLIS BACAAN YAASIN

Salam hawa semua..

Di jemput ke majlis bacaan yaasin di rumah Puan Zue, No 143, Jln Desaria 20 pukul 2.30ptg, hari Sabtu (8hb Mei 2010).

Puan-puan digalakkan membawa 'pot luck' untuk dijamu bersama.

Datang jangan tak datang...


Ella

Thursday, May 6, 2010

BUEK TAMBAH CERITO...

Salam 1Desaria,

Pada 1hb Mei 2010, saya menghadiri satu majlis kahwin di Jalan Desaria 21 dan gambar2 telah pun di siarkan dalam blog Pak Tom. Saya cuma nak menambah2 sikit je lagi..nak bagi sodap.

Malam tadi 5hb Mei 2010, saya menghadiri mesyuarat AJK Penaja Rukuntetangga. Salah satu topik adalah cadangan untuk menubuhkan kumpulan kompang. Saya telah mengenal pasti 2 kanak2 yang bakal menjadi ahli kumpulan ni.

Kita tonton kaitan klip video ini dengan tulisan saya di atas...




Ella

Wednesday, May 5, 2010

TRAGEDY!!

Salam 1Desaria.

Kali ni saya nak cerita psl kemalangan. Antara beberapa sebab tragedi kemalangan di jalanraya adalah kerana kesilapan manusia itu sendiri. Yang selalu kita dengar kemalangan berpunca dari termasuk ke lorong arah bertentangan. Ada juga disebabkan oleh terbabas, tak sempat brek dan berbagai-bagai punca. Tambahan pula pemandunya seorang 'wanita'.

Sila tonton klip video ini bagi membuktikan statement saya ini...enjoy!!




Ella

Monday, April 19, 2010

TONTON NI DULU...

Salam sume...

Ni klip video pertama untuk majlis bacaan Yaasin bagi tahun 2010.




Ella

Friday, April 16, 2010

BACAAN YAASIN

Assalamualaikum.

Di jemput hadir ke rumah Puan Sera beralamat :-

No 148, Jalan Desaria 20

pada pukul 3 petang hari Sabtu

untuk majlis bacaan yaasin sebagai pembuka tirai aktiviti bulanan.


Ella

Tuesday, April 13, 2010

MAKA TERTUBUH SUDAH 'RUKUN TETANGGA'

Salam 1Desaria...(cewah)

Alhamdullillah...

Mesyuarat penubuhan rukun tetangga pada 11hb April 2010 berjalan dalam suasana yang cukup meriah dan harmoni (seperti yang diharap oleh semua). Masih berlegar di kepala gelagat2 penduduk yg mencuit hati dlm mesyuarat tersebut.

Mari kita kongsi "flashback" bersama dengan menonton klip video ini. Agak panjang sikit klip ini (13minit) dan pastinya letih dgn "buffering". Sekiranya nk tonton dgn selesa, kirimkan aje thumbdrive, akan saya downloadkan atau "burn" kan dalam bentuk CD, boleh tonton di kaca TV.

Selamat menonton...




Ella

p/s berita lanjut juga foto di sini


Tuesday, April 6, 2010

HAWA.... JOM JOM

Jom..kaum hawa datang beramai-ramai memberi sokongan kepada penubuhan Rukun Tetangga.

Tempat: Padang Netball

Tarikh: 11hb April 2010

Masa : 2.30ptg

Datang...jangan tak datang...


Ella

Sunday, April 4, 2010

MESYUARAT AGUNG KE 6

Sebagaimana yang telah dimaklumkan, Mesyuarat Agung ke 6 telah pun berlangsung pada 28hb Mac 2010. Melalui blog rasmi juga blog baru telah pun dipostkan gambar-gambar yang menarik sewaktu mesyuarat.

Cuit Tumbang Production hanya menerima 4 klip video yang tempoh rakamannya singkat dan amat sukar sekali untuk di edit bagi menggambarkan suasana perjalanan mesyuarat itu. Untuk mendapatkan audio yang lebih jelas, adalah disarankan memakai earphone atau headphone.

Klip video ini hanyalah berunsur hiburan semata-mata. Selamat menonton!


Ella

Wednesday, March 17, 2010

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLAJARING ANTARA DESARIA DAN MNA

Ini dia klip video perlawanan persahabatan di antara Taman Desaria dan MNA yang telah berlangsung pada 7hb Mac 2010.

Selamat menonton!!




Ella

Friday, March 12, 2010

MAJLIS PENYERAHAN PAKAIAN SUKAN OLEH MNA

Hi sume...

Di sini saya postkan klip video Majlis Penyerahan Pakaian Sukan oleh MNA Resources SB kepada Persatuan Penduduk Desaria untuk aktiviti sukan bolasepak dan juga bolajaring yang berlangsung di perkarangan Surau Desaria pada 7hb Mac 2010.

Berita penuh sila layari blog utama: http://www.desaria.blogspot.com/

Ini video majlis penyerahan jersey aje tau.
Yang sukan tu tungguuuu....




Ella

Thursday, March 4, 2010

JOM SORAK RAMAI-RAMAI

Hi sume.

Pada hari Ahad 7hb Mac 2010 akan diadakan perlawanan persahabatan bolajarng dan bolasepak diantara pasukan Desaria kita dan kilang MNA. Kedua-dua perlawanan akan bermula selepas Asar insyaallah. Bolajaring bertempat di padang Myanmar dan bolasepak di padang utama.

Datanglah beramai-ramai untuk memberi sokongan kepada pasukan kita.

Kalo nk meriah lg bawak tikar ngan mangkok tingkat, bontang kek topi padang tu!



Ella

Tuesday, March 2, 2010

Lagi video Sambutan Maulidur Rasul 2010

Assalamualaikum.

Ini adalah klip video Sambutan Maulidur Rasul 2010 bhg 2.

Sebelum tu, suka saya jelaskan disini, klip video ini bukan nya dari Persatuan Penduduk Desaria mahupun Biro Hawa.

Ianya dirakamkan oleh salah seorang penduduk Desaria, cuma saluran medianya adalah melalui Blog Biro Hawa ini.

Selamat menonton.

p/s



Ella


p/s bukan ape, klip tu byk kekurangan dr segi liputannya,
takut org kata persatuan punya lak

Monday, March 1, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum.

Alhamdullillah...

Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada Jumaat 26hb Feb 2010 berjalan dengan lancar sekali.

Sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih pada yang menghulurkan tenaga, sedekah, meminjamkan peralatan dan apa jua bentuk sumbangan bagi memastikan kelancaran majlis tersebut.

Maklum ajelah, kita yang menjadi 'host' bagi tahun ini.

Untuk mengimbas kembali atau kepada yang tidak berkelapangan untuk hadir pada hari tersebut, mari kita tonton klip video ini bahagian pertama. Tengoklah gelagat anak-anak yang mengambil bahagian...sangat-sangat menghiburkan!

Berita penuh dan gambar sila rujuk : www.desaria.blogspot.com dan www.desariaku.blogspot.com





Ella

Monday, February 22, 2010

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK

Assalamualaikum.

Di sini saya mewakili AJK Biro Hawa mengucapkan ribuan terima kasih pada sesiapa saje yang telah memberi apa jua bentuk sumbangan baik dari segi tenaga, buah fikiran, sedekah dalam bentuk wang ringgit mahupun makanan dalam menjayakan tanggungjawab Biro Hawa menyediakan jamuan untuk program COMBI dan gotong royong tempohari.

Pada hari Jumaat ini, jam 7.30pg (26hb Feb 2010), dijemput sekali lagi kaum hawa ke surau untuk bersama-sama menjayakan program Sambutan Maulidur Rasul di Desaria.
(sila rujuk Blog Utama :http://desaria.blogspot.com/)




Ella

Wednesday, February 10, 2010

HITAM DAN PUTIH

Hi sume..

Emmm...best betol masa erobik competition hari tu...enjoy giler...
Kepada yang tak dapat join hari tu...jangan frust...nanti kita buat lagi.
Sesiapa yang baru nak join...meh join kitorang.

Lagi satu nak inform...kita punya erobik team agak berkurangan jer...sebabnye???
Sebabnye ada di antara ahli erobik dah MENGANDUNG...betapa berkesannya senamrobik...orang yang dah kawin beberapa tahun tak mengandung...lepas join senamrobik kita..dan-dan tu mengandung..hehe...(ni mesti kes pecah lemak...darah jalan lancar...'selera tambah tajam').

Apa-apa pun kita tengok klip video black and white hari tu...







p/s minggu ni senamrobik cuti..nk sambut raya..





Ella

Thursday, February 4, 2010

AEROBIC EXERCISE

Hi guys.

There gonna be aerobic exercise this Saturday, 6th Feb 2010 at Padang Myanmar @ 7.30am.

For this week exercise, Cikgu Yatie will give away prizes for the best in catogaries ie best dancer, best dressed.

Dress theme is black & white

Come on...expose your hidden skills. Winners will automatically qualify for "So You Think You Can Dance" competition in Los Angeles on 29th Feb 2010. Accomodation plus return tickets sponsored by Dezarizz Chocolate...hehe...jokin...



Ella


Monday, January 25, 2010

PESAN ACIK ELLA

Salam.

(Ekoran dari kejadian jatuh motor petang 22/01/2010)

Pada anak-anakku di Desaria ni...Acik Ella nak pesan sikit...kalau tak ada aktiviti petang-petang tu...terutama anak-anak pompuan, Acik Ella dah cacak tiang netball kat Padang Myanmar tu.
Pegilah main...cari member-member kumpul team sendiri masa hari sukan tempohari.

Jangan bawak-bawak motor abah ke, abang ke, emak ke...malang tak berbau...kalau dah jatuh...patah riuk...calar balar...sayang muka-muka comel tu...jatuh saham nanti!
Kalau boring-boring...dah takde keje nak buat selain netball, call Acik Ella...bagi cadangan nak buat apa kat Desaria ni...asalkan tak membahayakan kesihatan...dan nyawa...

INGAT TU!!


p/s walau apa pun Acik Ella simpati pada adik2 yg jatuh motor hari tu...yelah benda dah nak jadi dan dah terjadi pun...semoga cepat sembuh.
Kepada ibubapa, kalau boleh larang2lah anak2 kita yg bawah umur ni bawak motor...bukan apa...kalau dah terjadi sesuatu yg buruk...terlanggar anak org misalnya...tuding menuding jari...dah terlambat sume tu. Jadi eloklah kita pesan-memesan...tegur menegur...beringat2 sebelum kena...

Mohon jasabaik ahli2 ronda...tolong tengok2 kan tiang netball kek padang tu...kut ado yang rajin mikul ko kodai bosi...


Ella

Tuesday, January 19, 2010

BERITA LAGI TERKINI!!!!

Salam sume...

Berita terbaru...

Alhamdulillah...Ayahanda Manap telah pun dibenarkan keluar dari Hospital Serdang dan kini sedang berehat di rumah beliau.

Harap maklum.


Ella

Sunday, January 17, 2010

BERITA TERKINI!!!

Salam.

Berita terbaru saya terima, Ayahanda Manap kini berada di
Hospital Serdang, Wad 6C, katil no 15.

Harap maklum.



Ella

Friday, January 15, 2010

SEPETANG BERSAMA AYAHANDA MANAP

Salam.

Dikejutkan dengan berita ayahanda dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada hari Selasa (29hb Dis 2009) yang lalu kerana 'stroke'...antara percaya dengan tidak saya menerima khabar kurang enak itu.
Petang sehari sebelum kejadian..ayahanda berjalan kaki ke rumah saya...ketika itu saya sedang sibuk di dapur menyediakan makan malam...terkilan tidak dapat bertemu beliau kerana ketika saya keluar ke depan...ayahanda sudah pun beredar.

Hari kemasukan ayahanda ke hospital, saya, Yatie(Zul), YDP dan isteri pergi menziarahi..walaupun menanggung kesakitan..beliau masih lagi mampu tersenyum kepada kami.

Syukur...ayahanda kini tidak lagi berada di CCU. Pada 4hb Jan 2010, saya, Zue bersama suami sekali lagi menziarahi ayahanda yang telah dipindahkan ke wad biasa. Walau sebahagian tubuh ayahanda tidak boleh bergerak dan tidak dapat berkata-kata...namun ayahanda masih boleh memberikan isyarat "Good" kepada saya dan Zue...ketika kami melangkah pulang sambil menahan sebak di dada...ayahanda masih lagi sempat melempar senyuman..yang pasti senyuman itulah yang akan kita rindui

Bersama-sama kita mendoakan agar ayahanda pulih seperti sediakala...menjalani kehiupannya seperti biasa. Kepada isteri dan keluarga ayahanda, semoga tabah menghadapi segala dugaan dan ujian Allah berikan...

Inilah klip video yang dirakam waktu menziarahi ayahanda tempohari (curi-curi rakam ni...)






Ella

Thursday, January 14, 2010

SEMBANG-SEMBANG BERSAMA ELLA

Bismillahirrahmannirahim.

Hai...Selamat Tahun Baru 2010..sekali lagi saya mengucapkan kepada pembaca Blog Hawa Desaria terutamanya.

Baru hari ni saya berkesempatan menulis...maklumlah...surirumah sepenuh masa seperti saya ni sebenarnya lebih sibuk dari yang berkerjaya..

Hari-hari kena pegang penyapu, pegang senduk..baru hari ni...dapat pegang pen. Cuti sekolah pun dah berlalu..turunlah sedikit tekanan darah tinggi melayan karenah anak-anak sepanjang cuti.

Semoga tahun baru ini kita semua diberi kekuatan dan ketabahan dalam menjalani hari-hari mendatang untuk meneruskan kehidupan. Positif dalam melayari bahtera hidup dan semoga dijauhkan bencana dan dikurniakan kesihatan yang baik pada kita semua.

Tahun Baru bermakna "BERTAMBAH" lagi usia (alamak..dah tukar angka lain kat depan he..he..) dan bererti semakin "PENDEK" kehidupan. Kadang-kadang gerun mengenangkan kemunculan fajar tahun baru..terasa begitu cepat masa berlalu..sedangkan masih banyak lagi yang belum digapai dalam hidup ini...Begitulah..kalau kita terlalu memikirkan mengenai hidup sementara ini..

Alangkah baiknya..jika tahun baru ini, kita menyemai azam..ingin menjadi lebih baik, terbaik dari yang dulu..merenung diri sendiri..insaf dan menyesali diatas kesilapan dan keterlanjuran selama ini. Akur dengan lumrah kejadian manusia yang tidak sempurna dan tidak dapat lari dari segala kekhilafan..namun tetap redha dengan ujian dan ketentuan Allah.

Doa saya..untuk semua pembaca blog ini dan diri sendiri...semoga di tahun baru ini, kita semua dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat..ditetapkan hati dan iman agar tidak tersasar dari landasan hidup yang sebenar..dilimpahi rahmat dan kasih sayangNya.

Sekian...Jumpa lagi nanti...

Demi waktu...
Bisikkanlah ke relong hati
bahawa warna tua pasti menjelang
sedangkan waktu laksana pedang
jika tidak dipintas
sepantas kilat ia memintas
sedari...insafi...
antara hidup dan mati
cuma ada sedetik beberapa ketika menanti
Bersyukurlah kita..
masih dipinjamkan..
sedetik waktu..
sedegup nafas..
mengintai dalam diri,
dalam mencari kekhilafan sendiri..
bermuhasabahlah diri...


Ella

Friday, January 1, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Saya dan AJK Biro Hawa ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2010 kepada kaum Hawa khasnya dan warga Desaria amnya.





Ella