Saturday, May 8, 2010

APA YANG ACIK ELLA BIMBANGKAN DAH BERLAKU

Pada anak2 dan adik2 di Desaria ni....

Apa yg Acik Ella bimbangkan?? Cuba rujuk tulisan Acik Ella di sini.

Ianya mengenai Arwah Adik Aminulrasyid yang terbunuh ditembak pasukan polis tempohari.
Bagaimana kejadian tu berlaku, tak payah lah di ulaskan lagi...kalau nk tahu jugak tanyalah pada mak abah kat rumah.
Acik Ella bukan nak berpolitik di sini tapi inilah akibat terburuk bakal terjadi. Bila dah terjadi, walau siapapun yang bersalah, takkan boleh menghidupkan kembali arwah. Waktu ini kita akan berharap waktu di putar ke belakang (turn back time) untuk mengubah jalan cerita supaya tiada nyawa yang melayang. Berbagai2 'kalau' di sebut..
KALAULAH arwah tak keluar malam
KALAULAH arwah tak guna kereta kakaknya
KALAULAH arwah tak memandu laju memintas kereta peronda
KALAULAH arwah memberhentikan saja kereta bila dikejar polis
KALAULAH polis sekadar mengejar dan menembak amaran saja
dan berbagai2 KALAU yang boleh kita fikirkan...

Nasi dah menjadi bubur...hanya ikhtibar saje yang patut kita ambil dari peristiwa malang ni..
Al-fatihah buat arwah Aminulrasyid.

Klip video ini di petik dari Hanief Blogspot.
Juga baca laporan dan komen di blog ini.

p/s pesanan ini tak terkecuali juga utk anak2 acik ella sendiri..mmm..kalo dh budak tu..budak juga..

Ella

1 comment:

  1. Mak Bapak kalau membebel dikatakan tak memahami kehendak remaja sekarang. Tapi kalau x di tegur dan dilarang anak2 pulak anggap benda tu OK plak.

    Tu lah dia remaja kini. Anak bujang saya pun gitu jugak sifat dia. Totally in contrast dengan Bapak dia masa kecik2 dulu. Nie mesti Gene mak dia nih.

    Bila kena tangkap buat silap ngaku dah insap. siap angkat tangan x nak buat lagi .Tapi x lama lepas tu buat balik perangai lama dia.

    Saya ingatkan Pn. Ella ,anak2 kita nie kena di tasykilkan sikit kut . Tapi kena suma sekali dengan grup2 dan klik2 dia orang tu la.

    ReplyDelete