Wednesday, September 30, 2009

HAWA JOM REWANG!

Assalamualaikum,

HAWA JOM REWANG di rumah En Zainal (ex-YDP) di Jalan 15 semperna majlis perkahwinan anak lelaki beliau yang diadakan pada hari Ahad 4hb Oktober, 2009.

Oleh kerana jamuan diadakan secara gotong royong....marilah rewang pada tengahari Sabtu ini (3hb Oktober,2009)....bawa pisau bersama-sama.

Kehadiran puan-puan sangat-sangat diharapkan. Berat sama dipikul...ringan sama dijinjing...Muafakat Membawa Berkat.

REWANG DI RUMAH X-YDP bukan MEREWANG DI DATARAN TENGOK XPDC!! Hihihi...




Ella

Monday, September 21, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Setelah satu bulan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan, tibalah masanya kita meraikan Hari Raya.

Di sini saya dan AJK-AJK biro hawa ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya bagi warga Desaria yang berugama Islam amnya dan kaum Hawa khasnya.

Insyaallah selepas habis demam makan menyambut raya, saya akan menulis lagi dan update aktiviti-aktiviti bagi kaum hawa seterusnya.

Insyaallah..



Ella

Tuesday, September 15, 2009

3 Dalam 1

Assalamualaikum.

Ini adalah klip video Bacaan Yaasin 3 in 1 sebelum kita menyambut Ramadhan tempohari.

Bukan offer carpet 3 in 1 kat Nilai 3 tetapi 3 majlis dalam 1 klip video.

Selamat menonton.











Ella