Friday, July 16, 2010

GENG SAMUN MENGGANAS KEMBALI

Salam 1Desaria

Di sini saya paste kan artikel dari blog ForumDesaria dalam ruangan Aktiviti Keselamatan tulisan En Pyanz.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Re: GENG SAMUN MENGGANAS KEMBALI

Post Pyanz83 Today at 10:02 am

Salam,Awal pagi tadi saya dikejutkan oleh bunyi talipon saya jam 2.19pagi oleh ahli ronda yang nampak kelibat 4orang indonesia memakai seluar panjang serta kain pelikat menutup kepala keluar dari ladang kelapa sawit bukit mahkota menuju ke padang bola.Apa tujuan saya tidak tahu lantas saya menghubungi ahli ronda yang bertugas pagi tadi untuk meninjau sekitar padang bola dan pada masa yang sama juga saya dan ahli ronda yang menelipon saya turut meninjau kawasan padang serta kawasan berhampiran dan tidak lama kemudian sebuah kereta peronda polis dan van putih yang dinaiki oleh CID tiba di jalan mati belakang jln 16 setelah pemeriksan dibuat tiada nampak kelibat suspek yang dimaksud mereka pun beredar.Alhamdullilah hasil kerjasama yang ditunjukkan oleh ARMD yang bertugas kita dapat menghalang kejadian yang seribu kemungkinan berlaku malam tadi.Selepas itu saya turut menemankan ARMD membuat rondaan sekitar taman sehingga jam 4pagi.

PERINGGATAN SAYA KEPADA ARMD/PENDUDUK TAMAN DESARIA

Berhati-hati pada waktu malam jika ternampak orang yang dicurigai sila hubungi saya.Tidak lama lagi hari raya akan menjelma waktu ini lah pendatang akan bertindak untuk menyamun dan hasilnya untuk dibawa balik ke kampung

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Di harap perkara ini tidak dipandang ringan!



Ella


No comments:

Post a Comment