Saturday, July 31, 2010

BACAAN YAASIN PN NOR

Assalamualaikum

Dijemput hadir ke rumah Puan Nor beralamat

No 193, Jalan 21
Sabtu, 31hb Julai 2010, jam 2.30ptg

semperna aktiviti Hawa bacaan Yaasin untuk minggu terakhir sebelum menyambut puasa

T. Kasih


Ella

Wednesday, July 28, 2010

SEBELUM DAN SELEPAS

Salam 1Desaria

Ini lah klip video Bahagian 2...diberi tajuk di atas memaparkan apa yang berlaku sebelum dan selepas majlis bacaanYaasin di rumah saya.

Semoga terhibur....




Ella

Tuesday, July 27, 2010

BACAAN YAASIN PN ELLA

Salam 1Desaria

Ini adalah klip video majlis bacaan Yaasin di rumah Pn Ella....rumah saya lah tu...

Terbahagi kepada 2bahagian. Bahagian pertama merakamkan majlis bacaan Yaasin dan jamuan makan.
Bahagian kedua akan menyusul...insyaallah...






Ella

Thursday, July 22, 2010

MAJLIS BACAAN YAASIN

Assalamualaikum

Di jemput kaum Hawa ke majlis bacaan Yaasin di rumah.....saya...beralamat:-

No 149, Jalan Desaria 20
Hari Sabtu 24hb Julai 2010
jam 2.30ptg



Ella

Wednesday, July 21, 2010

PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP DESARIA

Salam 1Desaria

Dijemput kaum Hawa menyertai pertandingan ini bagi kategori wanita.
Syarat-syarat seperti di bawah:-
  • BEREGU LELAKI DAN WANITA
  • Syarat Khas : Umur 18 tahun ke atas
  • kombinasi umur kedua pemain mestilah 60 tahun atau lebih.
  • ie 18 + 42 += 60 , 50 + 55 = 105 etc.
  • Tarikh tutup pendaftaran : 1 Ogos 2010 ( ahad)

  • MAKLUMAT LANJUT, HUBUNGI :
  • Azuddin: 019 – 238 0807 ( 87, Jalan Desaria 10)
  • Zulkifli 019- 298 2031 ( 234 , Jln Desaria 6)
  • Zaila 016- 6185 606 ( 149, Jln Desaria 20)
Bertempat di Dewan MPN, Bandar Baru Nilai pada 7hb Ogos, 2010 (Sabtu)
Jam 8.00pg - 4.ooptg

Jom kita serta ramai-ramai.



Ella


Tuesday, July 20, 2010

VIDEO BACAAN YAASIN PN MURIZAH

Assalamualaikum

Yang ini pula klip video majlis bacaan Yaasin juga marhaban ringkas di rumah Pn Murizah.
Selamat menonton.




Ella

Monday, July 19, 2010

VIDEO BACAAN YAASIN RUMAH PN ROSMINI

Assalamualaikum

Ini adalah klip video Majlis Bacaan Yaasin di rumah Pn Rosmini tempohari.
Buat pertama kalinya majlis bacaan Yaasin ini diadakan sekali tazkirah.

Selamat menonton..




Ella

Friday, July 16, 2010

GENG SAMUN MENGGANAS KEMBALI

Salam 1Desaria

Di sini saya paste kan artikel dari blog ForumDesaria dalam ruangan Aktiviti Keselamatan tulisan En Pyanz.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Re: GENG SAMUN MENGGANAS KEMBALI

Post Pyanz83 Today at 10:02 am

Salam,Awal pagi tadi saya dikejutkan oleh bunyi talipon saya jam 2.19pagi oleh ahli ronda yang nampak kelibat 4orang indonesia memakai seluar panjang serta kain pelikat menutup kepala keluar dari ladang kelapa sawit bukit mahkota menuju ke padang bola.Apa tujuan saya tidak tahu lantas saya menghubungi ahli ronda yang bertugas pagi tadi untuk meninjau sekitar padang bola dan pada masa yang sama juga saya dan ahli ronda yang menelipon saya turut meninjau kawasan padang serta kawasan berhampiran dan tidak lama kemudian sebuah kereta peronda polis dan van putih yang dinaiki oleh CID tiba di jalan mati belakang jln 16 setelah pemeriksan dibuat tiada nampak kelibat suspek yang dimaksud mereka pun beredar.Alhamdullilah hasil kerjasama yang ditunjukkan oleh ARMD yang bertugas kita dapat menghalang kejadian yang seribu kemungkinan berlaku malam tadi.Selepas itu saya turut menemankan ARMD membuat rondaan sekitar taman sehingga jam 4pagi.

PERINGGATAN SAYA KEPADA ARMD/PENDUDUK TAMAN DESARIA

Berhati-hati pada waktu malam jika ternampak orang yang dicurigai sila hubungi saya.Tidak lama lagi hari raya akan menjelma waktu ini lah pendatang akan bertindak untuk menyamun dan hasilnya untuk dibawa balik ke kampung

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Di harap perkara ini tidak dipandang ringan!



Ella


Thursday, July 15, 2010

MAJLIS BACAAN YAASIN

Assalamualaikum.

Di jemput ke Majlis Bacaan Yaasin di rumah Puan Murizah Hj Ahmad

Beralamat : No 145, Jalan Desaria 8

Tarikh dan waktu : Sabtu, 17hb Julai 2010 jam 2.30ptg

Datang ye!

Ella

Saturday, July 10, 2010

MAJLIS BACAAN YAASIN

Assalamualaikum.

Dijemput hadir ke rumah Puan Rosmini

Alamat: No 84 Jalan Desaria 10

Tarikh dan waktu : Hari Ahad 11hb Julai 2010 jam 2.30ptg

sempena majlis bacaan yaasin bagi aktiviti bulanan Hawa.

Terima Kasih.




Ella

Thursday, July 1, 2010

DESARIA FC...suatu waktu dahulu...

Berdiri kiri ke kanan : Izudin, Rameli, Zul, Razelan, Nasa dan Yusof (kapten)
Menonggeng kiri ke kanan: Ku, Tom, Fadli, Zahim dan Pian

Biodata Pemain:

Izudin - Right Wing - Mempunyai ramai peminat di kalangan remaja
Rameli - Left Back - Bertanggungjawab buat collection sewa padang
Zul - Stopper - Suka minum air asam boi waktu rehat perlawanan
Razelan - Attacking Midfielder - Suka mempertikai keputusan pengadil
Nasa - Goalkeeper - kepakaran menangkap bola tinggi
Yusof - Striker - Memakai lilitan kapten di kepala, gemar lagu rock kapak
Ku - Defending Midfielder - Menitikberatkan penampilan diri dari permainan
Tom - Right Back - Peminat setia Band Wali
Fadli - Left Wing - Membaca doa setiap kali sebelum perlawanan...amin..
Zahim - Midfielder - Pemain paling cool...walau pun kena kad merah
Pian - Striker - Tak pernah sumbat sebarang gol, dikatakan serasi beraksi bersama Yusof...


Tengah ngemas2 store surau tempohari....terjumpa lak foto 'klasik' ni siap ngan biodata di belakang foto...Argentina lg tue.....
Gambar ni untuk tatapan dari generasi ke generasi...hehehe....


Ella (ya ampunnnn!!!)

p/s Si Puyol aku teka Germany menang...Pian, Nasa..any comment??