Saturday, December 31, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012




Assalamualaikum.

Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012...semoga tahun 2012 membawa kemakmuran dan keberkatan pada kita terutamanya warga Desaria. Ampun dan maaf sekiranya ada kekhilafan sepanjang tahun 2011 dan juga pada yang di "kenakan" dalam video2 di dalam blog ini.


Ella


VIDEO BONUS DR JPAM

Ini video bonus dari kem remaja dan sukarelawan.





Ella

Thursday, December 29, 2011

Sunday, December 25, 2011

Saturday, December 24, 2011

KEM REMAJA DAN SUKARELAWAN KRT DESARIA 2011 Bhg 1

Assalamualaikum,

Memandangkan agak sibuk musim cuti cuti sekolah ni, terlambat sikit post video ni...rakaman ini adalah aktiviti yg dijalankan selama 2 hari sempena Kem Remaja dan Sukarelawan anjuran
KRT DESARIA yg diadakan pada 10 dan 11 Disember yg lepas di JPAM, NS. Jom kita saksikan .....


Berita bergambar sila layari blog Pak Tom di sini dan sinun


Ella

Wednesday, December 7, 2011

MAJLIS TAKLIMAT TABIKA PERPADUAN, TMN DESARIA

Assalamualaikum.

Majlis taklimat Tabika Perpaduan KRT Desaria untuk ibubapa telah di adakan di premis tabika beralamat no 229, Jln Desaria 25, Tmn Desaria pada Ahad, 4hb Dis 2011.

Taklimat di sampaikan oleh YDP Tuan Hj Said Yusof dan wakil dari JPNIN, En Hakim. Seperti biasa para hadirin di jamu dengan juadah ringan yang tak berapa nak ringan selepas taklimat.



Ella

Wednesday, November 23, 2011

SEKOLAH ABIM AL-IMAN DI KONVOKESYEN ABIM NILAI/MANTIN 2011

Asslamualaikum.

Konvokesyen sekolah ABIM Nilai/Mantin telah berlangsung pada 18hb Nov 2011 di Masjid Besar Bandar Baru Nilai. Disertai oleh sekolah ABIM di dua daerah tersebut dengan ABIM Al-Iman dari Desaria mengambil bahagian dalam persembahan di majlis tersebut. Ramai ibubapa dari Desaria hadir menemani anak-anak yang mengambil bahagian juga anak-anak yang mengambil hadiah bagi kejayaan akademik masing-masing. Sedikit rakaman dari majlis tersebut...



Ella

Monday, November 21, 2011

MAJLIS KHATAN ANAK2 DESARIA

Assalamualaikum.

Alhamdullillah. Batch pertama anak2 yg menyertai program berkhatan telah selamat dikhatankan di hari yang sama majlis tersebut iaitu Ahad, 20hb Nov 2011. Batch kedua pula pada hari Rabu, 23hb Nov 2011.
Majlis yang simple tapi meriah di sertai ibubapa para peserta, ajk2 persatuan juga penduduk yg dtg untuk meraikan hari penting bagi anak2 ini. Kali ini lebih meriah kerana Jab Bomba Nilai sudi bekerjasama menyertai dengan memandikan anak2 ini diatas 'pick-up' , yang saya kira merupakan highlight program ini. Ni dia rakaman video program tersebut. Tengok jangan tak tengok!
Berita bergambar sila klik di blog Pak Tom dan blog Sdr Nasa.


Ella



Thursday, November 17, 2011

TABAHKAN HATI DAN KUATKAN SEMANGAT, SAHABAT KU...

Assalamualaikum

Pada 12hb Nov 2011, saya dan Pn Zue mewakili Biro Hawa dan beberapa ahli AJK Persatuan Penduduk Dan Kebajikan Desaria telah pergi melawat Saudara Zamri (dr Jalan 13) di Hospital Selayang yang mengidap kanser hati. Pada malam 16hb Nov 2011, telah diadakan Solat Hajat untuk beliau. 17hb Nov 2011, beliau akan menjalani pembedahan bagi rawatan selanjutnya. Semoga segala urusan dipermudahkan dengan izin Nya.




Ella

Saturday, November 5, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Assalamualaikum.

Saya dan AJK Biro Hawa mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada warga Desaria khasnya dan seluruh umat Islam amnya.



Ella

Tuesday, October 25, 2011

GOTONG ROYONG TMN DESARIA ZON 1 Bhg 2

Assalamualaikum.

Ini pula bhg 2 program gotongroyong tempohari.





Ella

Monday, October 24, 2011

GOTONG ROYONG TAMAN DESARIA ZON 1 Bhg 1

Gotong royong pada Ahad 23hb Oktober 2011 di zon 1 taman kita menyaksikan penyertaan besar-besaran warga asing (itu pun dipaksa) selain dari penduduk tempatan terutama yang berada di zon tersebut. Telah di kenalpasti hutan simpanan taman ini datangnya dari kebanyakan kediaman warga2 asing ini. Apa pun kerjasama mereka adalah dihargai. Sementara itu hadiah di sediakan untuk anak2 Desaria secara berkumpulan bagi pencarian tempat atau barang yg berpotensi menjadikan tempat pembiakan jentik2. Ikuti video bahagian 1 program tersebut..
Berita sepenuhnya sila layari Blog Pak Tom
Lagu agak jiwang sikit.



Ella

Monday, October 17, 2011

PERLAWANAN PERSAHABATAN DESARIA JUNIOR FC vs BAKIHAR FC Bhg 2

Assalamualaikum.




Ini video perlawanan kategori Bawah 15 tahun.



Ella


p/s Pemberita dan jurugambar rasmi kita, Pak Tom cuti sakit. Terpaksa aku kena cover..hehe..



PERLAWANAN PERSAHABATAN DESARIA JUNIOR FC vs BAKIHAR FC


Assalamualaikum.

Sabtu 15Okt2011 berlangsung perlawanan bolasepak persahabatan di antara Desaria Junior FC bertemu dengan Bakihar FC dari Kajang. Terbahagi kepada 2 kategori iaitu bawah 12 thn dan bwh 15 thn.
Team Desaria walaubagaimanapun tewas kedua2 perlawanan itu dengan jaringan yang sama
3 - 4.

Selepas habis perlawanan semua dijemput ke Surau Desaria untuk menjamu juadah yang di sediakan.






Kita ikuti video perlawanan nya pula.






Ella



Tuesday, September 27, 2011

JAMUAN HARIRAYA 2011 TAMAN DESARIA Bhg 2

Assalamualaikum.

Tonton klip video ini pula...hari berlangsungnya jamuan tersebut....senyum x perlu kata apa-apa.





Ella

JAMUAN HARIRAYA 2011 TAMAN DESARIA

Assalamualaikum.

Salam 1Desaria.

Alhamdulillah jamuan yang di tunggu2 saban tahun oleh kita berlangsung dengan meriah pada 24hb Sept 2011. Lebih meriah bila kita turut meraikan 4 pasangan warga Desaria yg bakal ke tanah suci tahun ini juga kejayaan cemerlang anak2 Desaria dalam bidang akademik pada tahun 2010.

Rakaman ringkas video ini memaparkan kerja2 di sebalik tabir (23hb Sep 2011) bagi menyiapkan juadah untuk keesokan harinya. Ikuti bahagian pertama ini.








Ella


p/s Untuk berita bergambar dan lengkap sila layari blog Pak Tom.

Monday, August 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2011



Assalamualaikum.

Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada kaum Hawa, penduduk Desaria juga pengikut blog ini. Maaf zahir dan batin.



Ella



Monday, August 15, 2011

TAMAT SUDAH TADARUS AL QURAN

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Tadarus Al Quran yang bermula pada 2hb Ogos 2011 telah pun berakhir pada 9hb Ogos2011.
Terima kasih pada Hawa yang menjayakan program ini.

Dah boleh lah concentrate buat kuih raya pulak! Tonton klip video program ini.




Ella

Monday, August 8, 2011

SUKAN ABIM NILAI DI BATANG BENAR Bhg 3 (akhir)

Sukan Tahunan ABIM Nilai - Bahagian 3 . Untuk makluman, video ini lebih tertumpu kepada anak2 Desaria. Malang sekali penyertaan ibubapa Desaria tidak dapat dirakam kerana kameranya kehabisan bateri lah pulak. Jom tonton bahagian terakhir ni...





Ella

SUKAN ABIM NILAI DI BATANG BENAR Bhg 2

Sukan Tahunan ABIM Nilai -bahagian ke 2.





Ella

Saturday, August 6, 2011

SUKAN ABIM NILAI DI BATANG BENAR Bhg 1

Assalamualaikum.

Sukan Tahunan ABIM daerah Nilai telah berlangsung di Sekolah Agama Batang Benar pada 24hb Julai 2011...disertai oleh ABIM Desaria. Ikuti klip video ini.



Ella

Tuesday, August 2, 2011

SAMBUNGAN HARI RIADAH KRT 2011

Berikut adalah 10 penyertaan terbaik peraduan mewarna kanak2 (tidak mengikut turutan)




Adik Eldeana Maya 10 thn


Adik Safiya Ilyana 11 thn


Adik Nur Najihah Mohd Fadli 9 thn


Adik Nur Hanna Faqehah 8 thn


Adik Athira Natasha 7 thn


Adik Aqilah Johari 8 thn


Adik Sofea Azzahrah 10 thn


Adik Muhd Hasraf Danial 10 thn

dan


Adik Elmya Syafina 8 thn

^^^^^^^^^^^^


Adik Aura Daniella Ezzra 7 thn - yg ni tak menang pun (anak Acik Ella)


Adik Aufa Edhia Ezzra 10thn - ni tak menang jugak (pun anak Acik Ella)



Ella


MARI BERTADARUS

Assalamualaikum.

Mari bertadarus bersama setiap pagi jam 9 pagi di surau bermula hari kedua berpuasa.

Semuga kita semua beroleh keberkatan sepanjang Ramadhan ini.



Ella

Monday, August 1, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 1432H

Assalamualaikum.

Saya mengambil kesempatan mengucapkan kepada semua muslimin dan muslimat amnya dan di Desaria khasnya Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak. Ampun dan maaf dipinta.


Ella

Monday, July 25, 2011

HARI RIADAH KRT 2011 - ACARA KEMUNCAK

Ini video terakhir bagi siri Hari Riadah KRT 2011.



Berita bergambar di sini



Ella

Saturday, July 23, 2011

Friday, July 22, 2011

Wednesday, July 20, 2011

HARI RIADAH KRT 2011 - SEPAK RAGA BULATAN

Ikuti pula video pertandingan Sepak Raga Bulatan.




Ella

HARI RIADAH KRT -BOLA, BOLA DAN BOLA....


Kita habiskan dulu bolasepak bwh 15thn.



17th Julai 2011

Bolasepak dewasa - Detik-detik jaringan tunggal melalui tandukan oleh SPG4 mengalahkan Langkah Kanan.

Tandukan dilakukan oleh pemain jersey 27 (merah) dr SPG4

Bola melepasi kepala pertahanan Langkah Kanan (jersey biru)

Bola terus ke gawang Langkah Kanan sambil diperhatikan oleh penjaga gol.






Tiada video untuk perlawanan akhir. Dibawah adalah video aksi Desaria Otai juga Desaria B.






Ella

Tuesday, July 19, 2011

HARI RIADAH DESARIA - VIDEO BOLASEPAK BWH 15THN

Mula2, kita tonton dulu klip video perlawanan bolasepak bwh 15thn.


Round Robin

Separuh Akhir dan tempat ke 3 & 4


Ella



Monday, July 18, 2011

LANJUTAN SEKITAR PROGRAM HARI RIADAH DESARIA 2011


17hb Julai 2011.

Acara yg berlangsung - Bolasepak Dewasa 9 sebelah, sepakraga bulatan, treasure hunt dan peraduan mewarna bagi kanak2. Tak lupa juga acara tetap...makan2.



Di -Bawah : Bolasepak dewasa - wakil Desaria - Desaria Otai dan Desaria B





Lagi gambar2 akan menyusul.


Ella

Saturday, July 16, 2011

SEKITAR PROGRAM HARI RIADAH DESARIA 2011

Assalamualaikum. Salam 1Desaria.

Program Hari Riadah Desaria 2011 dimulakan dengan perlawanan bolasepak 9 sebelah bawah 15thn. Beberapa aksi2 menarik para pemain dan penonton.



16hb Julai 2011












Ella

Monday, June 27, 2011

VIDEO MAJLIS BACAAN YAASIN DI RUMAH KAK LONG

Setelah sekian lama mencuba...baru hari ni boleh 'upload' klip video ni...




Ella

Saturday, June 18, 2011

SELAMAT HARI BAPA

Kepada semua abah, ayah, papa, daddy ...xkiralah dipanggil dengan nama apa, asalkan lelaki yang dah ada anak..khasnya kepada pembaca TAMAN DESARIA..pengorbanan anda tak kurang hebatnya...Jasamu selalu dikenang....Kasihmu akan kekal dihati.."SELAMAT HARI BAPA'".

Oleh kerana Lagu berkenaan bapa tidak byk dicipta ..(Lagu PAPA -PAUL ANKA , Nasa dah dedicate dlm blognya)..Maka terimalah jelah lagu ini....


PAPAKU PULANG DARI KOTA
PAPAKU BELIKAN KERETA
KERETA KECIL WARNA MERAH
BOLEH KUBAWA KE SEKOLAH...


Ella

p/s lagu di atas membawa kebanggaan pada si bapa tidak pada si anak...wakaka...

Friday, June 17, 2011

Jemputan Majlis Bacaan Yaasin

Assalamualaikum.

Di jemput hadir ke majlis bacaan yaasin di rumah Kak Long beralamat

No 20, Jln Desaria 12
Sabtu, 18h Jun 2011 jam 11pg


Terima kasih



Ella

Friday, May 27, 2011

GOTONG ROYONG 2011 Bhg 2

Assalamualaikum.

Klip video Gotong Royong Bhg 2 dah siap. Kali ini lain sikit...mesra pembaca. Kalau Air Asia menggunakan motto "Now Everyone Can Fly"...video ini pula menggunakan motto "Now Everyone Can Follow". Sume orang boleh ikut dan paham citernye...tak ada yg terkecuali. Testimoni dan masa depan Desaria!



Ella

Thursday, May 26, 2011

GOTONG ROYONG 2011 BHG 1

Assalamualaikum.

Kalau sume orang dah tengok berita dan gambar Majlis Gotong Royong/Combi/Kitar Semula di blog Pak Tom dan Nasa, ini giliran saya pulak menghidangkan video majlis tu pula.

Dibahagi kepada 2 bahagian. Bhg 1 adalah meliputi keseluruhan majlis, bhg 2 tertumpu kepada ucapan tetamu kehormat kita.

Lambat sikit lah ye..laptopnye pakai enjin 'celeron' je, asik sangkut2 je bila nak edit video. Tgk bahagian 1 dulu. Senyum...




Ella

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru kepada semua guru, tak kiralah guru tadika, guru mengaji "hatta" guru silat sekali pun yang tinggal di Desaria.

INGAT GURU INGAT ROTAN!

INGAT GURU INGAT HIZA - yg ni utk Nasa saje.



Ella

p/s Nasa, kita ber hatta-hatta lah pulak.

SEPETANG DI DESARIA

Assalamualaikum,

Dah xde ape nak buat...boring-boring saya pusing taman bersama suami ninjau aktiviti petang2 orang kita di hari cuti. Aksi aksi di dalam video ni sumenye adalah spontan bukan lakonan semula..begitu juga dgn wajah orang di dalam klip ini bukan super impose..semuanya benar..tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka..(ini bukan sumpah lahanat tau..).









Ella

Wednesday, May 11, 2011

BUKAN VIDEO POLITIK

As salam para pembaca.

Video ni nak post lama dah...sebelum pemilihan AJK baru 2011/2012. Sekadar buat kenangan aktiviti2 yang lepas2 oleh AJK lama 2009/2010. Tak sangka pulak AJK yang baru ni adalah kita2 jugak...tu yang tak jadi post tu!

Sekarang ni bukan saja "cuaca" panas yang melanda Desaria...."isu2" taman turut hangat di perkatakan...

Sebagai salah seorang AJK persatuan...saya rasa terpanggil untuk menidakkan dakwaan sesetengah pihak terhadap persatuan.

Maka video ini di postkan untuk 'renungan'/'tatapan'/'tontonan'/'kefahaman'/'kesedaran'/'keinsafan' dan mcm2 'ke....an' pembaca semua (bg org Desaria mmg dh tau pun) yg tak tau lagi dan yg buat2 tak tau.

Suka di ingatkan video ini pengarahnya Cuit Tumbang Production bukan Hassan Mutalib..haha..



p/s sebenarnya malu nk letak lagu ni...puas aku mencari lagu berkenaan dgn api (panas lah katakan..) tapi tak jumpa.


Ella

Sunday, May 8, 2011

SELAMAT HARI IBU

Pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu tidak boleh dinilai dengan wang ringgit atau harta benda. Segala kesulitan sepanjang tempoh mengandung dan penderitaan serta sengsaranya sewaktu melahirkan adalah sesuatu yang sukar digambarkan...tetapi sebaik saja kedengaran tangisan sayu daripada sianak yang dilahirkan..segala kesakitan tidak terasa..melihat wajah comel sianak membunuh segala penderitaan..Itulah perasaan "Ajaib" yang dimiliki oleh wanita yang tidak ada pada lelaki..Berbanggalah kita menjadi seorang wanita dan ibu...

Kepada semua wanita..yang bakal begelar ibu..yang sudah menjadi ibu..yang masih mempunyai ibu..juga diri sendiri yang juga seorang ibu..SELAMAT HARI IBU..SYURGA ITU DI TELAPAK KAKI IBU..

HARGAILAH IBU KITA WALAUPUN HANYA DENGAN UCAPAN.."SAYANG MAK.."


p/s ; Terimakasih kepada anak anak saya..pagi pagi lagi dah bagi hadiah kt saya..
Anak anakku...tiada apa yg lebih membahagiakan seorang ibu kecuali ingatan dan kasih sayang kalian...



Ella


Saturday, April 16, 2011

MAJLIS BACAAN YAASIN DI KILANG DEZZARIZ

As-Salam.

Ini adalah video majlis bacaan Yaasin di kilang cokelat Dezzariz, Nilai.

Apa yg membanggakan, Kilang Cokelat Dezzariz ini adalah milik bersama beberapa penduduk Desaria. Lokasi Dezzariz adalah di penghujung Pasar Borong Nilai3.

Sila lawat di sini







Ella

Thursday, April 14, 2011

MAJLIS BACAAN YAASIN

DIJEMPUT HADIR KE MAJLIS BACAAN YAASIN PADA HARI SABTU 16 APRIL JAM 2.30 DI DEZZARIZ (KILANG COKLAT)

SILA HUBUNGI 0166185606 JIKA TIDAK TAHU LOKASI



MINGGU LEPAS ( 9 APRIL) BACAAN YAASIN TELAH DIADAKAN DI RUMAH PUAN YAN (JALAN 20)

(TAK SEMPAT NAK TULIS DALAM BLOG TAPI TELAH DIWAWARKAN MELALUI SMS)


Ella

Monday, January 17, 2011

UJIAN ALLAH DATANG LAGI

Belum lagi sembuh sepenuhnya, Ayahanda Manap diuji lagi....kali ini isterinya disahkan mengidap kanser rahang. Baru saje menjalani pembedahan dan masih lagi perlu rawatan lanjut di hospital. Ayahanda nampak ceria dengan kehadiran kami. Kami berdoa moga ayahanda dan isteri cepat sembuh dan tabah menghadapi dugaan dari Nya. Di sini sempat dirakam kunjungan Hawa ke rumah ayahanda.




Ella

VIDEO MAJLIS BACAAN YAASIN RUMAH PN EKIN

Assalamualaikum.

Ini adalah video yang sempat saya rakam di majlis bacaan Yaasin di rumah Pn Ekin pada Sabtu lepas.





Ella

Tuesday, January 11, 2011

BACK TO SCHOOL

Salam 1Desaria.
Video 'BBQ Ahli Ronda' saya x amik, lupa bwk kamera malam tu...tapi sempena "Back To School" ni, saya ada rakam gambar anak sendiri. Kebetulan ramai pulak anak2 Desaria yg masuk Darjah 1 tahun ni kat sekolah yg sama.
Meh kita tonton video gelagat anak2 ni...ada tak mcm kita dulu2...



Ella

MAJLIS BACAAN YAASIN PEMBUKA TIRAI 2011

Assalamaualaikum.

Sebagai pembuka tirai tahun 2011...aktiviti bacaan Yaasin diteruskan.

Jemputan ke rumah :-

Puan Ekin (Bob)
No 36, Jalan Desaria 12
Sabtu (15hb Jan 2011) jam 2.30ptg

Kehadiran puan-puan amatlah dihargai.

Terima kasih dan Selamat Tahun Baru 2011.


Ella