Monday, January 25, 2010

PESAN ACIK ELLA

Salam.

(Ekoran dari kejadian jatuh motor petang 22/01/2010)

Pada anak-anakku di Desaria ni...Acik Ella nak pesan sikit...kalau tak ada aktiviti petang-petang tu...terutama anak-anak pompuan, Acik Ella dah cacak tiang netball kat Padang Myanmar tu.
Pegilah main...cari member-member kumpul team sendiri masa hari sukan tempohari.

Jangan bawak-bawak motor abah ke, abang ke, emak ke...malang tak berbau...kalau dah jatuh...patah riuk...calar balar...sayang muka-muka comel tu...jatuh saham nanti!
Kalau boring-boring...dah takde keje nak buat selain netball, call Acik Ella...bagi cadangan nak buat apa kat Desaria ni...asalkan tak membahayakan kesihatan...dan nyawa...

INGAT TU!!


p/s walau apa pun Acik Ella simpati pada adik2 yg jatuh motor hari tu...yelah benda dah nak jadi dan dah terjadi pun...semoga cepat sembuh.
Kepada ibubapa, kalau boleh larang2lah anak2 kita yg bawah umur ni bawak motor...bukan apa...kalau dah terjadi sesuatu yg buruk...terlanggar anak org misalnya...tuding menuding jari...dah terlambat sume tu. Jadi eloklah kita pesan-memesan...tegur menegur...beringat2 sebelum kena...

Mohon jasabaik ahli2 ronda...tolong tengok2 kan tiang netball kek padang tu...kut ado yang rajin mikul ko kodai bosi...


Ella

2 comments:

  1. Komen kepada nasihat Acik Ella.

    Apa yang Acik Ella cakap tu sangatlah betul . Anak2 semua jangan naik motor . Tapi dah secara semulajadinya anak2 ni memang sangat curious dan mischievious maka apa yang dilarang itulah yang dia orang lagi nak buat.

    Sebagai satu cara untuk mengurangkan kejadian jatuh motor ni saya sarankan pada ayah2 dan mak2 di desaria nie supaya mengajar anak2 tu cara menunggang yang selamat. Sebabnya mudah aja, Apa2 yang nak dibuat biarlah DENGAN ILMU.

    Nak menunggang motor pun kena lah ada ilmu sebab kalau nak buat cara try an error macam macam perkara yang lebih dahsyat boleh berlaku.

    Walaupun dari segi undang2 anak2 x boleh menunggang motor lagi kalau x da lesen tapi adalah lebih baik kalau kita dapat mendidik anak2 ni menjadi seorang penunggang yang cermat dan berhemah.

    Rasionalnya mudah. Kita boleh menasihat , menghalang mereka dari naik motor hanya ketika mereka didepan kita tapi kalau kat belakang kita susah juga nak kawal. Ada anak2 yang mendengar kata, tapi ada anak2 pulak kata mak bapak dia bukan tau pun kalau mereka naik motor jadi apa salahnya try bawak motor.

    Jadi, ajarkanlah mereka cara mengendali motor secara betul dan menunggang dengan selamat.

    Walau apapun, kalau dah bebudak tu buat lah cara bebudak. Jangan nak jadi dewasa cepat2 sangat. Bila orang tua2 suruh pegi main bola pegilah main bola . Mulut mak bapak nie biasanya masin .(kata orang). – Statement nie actually saya tujukan khas pada anak saya Hasan Basri yang setakat nie dah mematahkan lever brake depan motor saya 2 x dan jugak mencalar balarkan fairing motor tu sampai saya x boleh nak kata apa dah.

    Well, some kids never learn. Sigh.......

    ReplyDelete
  2. Saudara Nasa,

    Statement nie actually saya tujukan khas pada anak saya Hasan Basri
    ----------------------------------------

    Mcm ank2 lelaki saya jugak. Walaupun kat rumah saya xde motor, x pernah pun diajar cara2 mcmana nk bawak motor...entah bila masa dorang belajar...entah motor sape dorang pinjam..tup..tup..tetiba je dh pandai bawak motor...itupun nasib saya terserempak dgn dia tgh bawak motor...kalau x sampai hari ni pun saya x tau.
    Sumenya berlaku di belakang kita...di luar pengetahuan kita..
    xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
    Jadi, ajarkanlah mereka cara mengendali motor secara betul dan menunggang dengan selamat.
    --------------------------------------------
    Walaupun dah diajar cara2 yg betul tapi saya percaya..dah namanya pun budak..darah muda lagi...pasti lain yg kita ajar...lain yg dibuatnya.
    Cuma yg takutnya..bila dah terjadi yg buruk...dan yg x sedapnya...anggapan org lain terhadap ibubapa tu sendiri...apatah lagi ada komen2 berbunyi.."makbapak kau x ajar kau ke? Makbapak kau bodoh ke? X tau undang2 ke..?"
    Boleh menanah telinga kita mendengarnya..sesilap telinga kita bole tukar bentuk mcm 'Mr Spock' dlm citer StarTrek..he..he...

    Apa2 pun bagi pihak saya...kalau nampak anak saya yg bawak moto...lagi2 kalau dia bawak ala2 hilang akal...tegur2 kan lah...x kecik hatinya saya...

    * Sebenarnya...nak mendidik anak2 ni...x semudah seperti yg kita baca dlm article majalah Keluarga seumpamanya...

    Ella

    ReplyDelete