Thursday, June 24, 2010

KERIS 3 DAN MISTERI...

Assalamualaikum.

Program KERIS 3 selesai sudah...
Feedback yg memberangsangkan saya terima dari sosek-sosek kaum Hawa menyatakan puashati akan program kali ini. Alhamdullillah...
Lebih menyemarakkan lagi apabila tersiarnya kisah foto2 program pada malam hari bertempat di ladang kelapa sawit bersempadan taman kita. Foto2 peserta di tumpang sekaki oleh unsur2 paranormal. Lebih dikenali sebagai "orbs" dalam bahasa Obama...
Berita dan foto boleh dilayari di sini.
Adakah pembaca tahu Akta Kutu Rayau 'Fasa 4'??

...Jawabannya di akhir klip video ini....



Ella

Tuesday, June 8, 2010

SELAMAT BERCUTI, ANAK-ANAK

Salam 1Desaria

7hb Jun 2010 bermulanya cuti sekolah penggal kedua selama 2 minggu.
Anak-anak yg bersekolah pastinya merasa gembira dan lega.
Gembira kerana tak perlu bangun pagi2 untuk bersiap, boleh bangun lewat
dan lega kerana tidak perlu mengadap muka cikgu-cikgi yg mendatangkan masalah
bagi mereka (sebenarnya mereka yg bg masalah pd cikgu ni).

Ibubapa (bg yg x bekerja atau syif malam) selain gembira dapat bersama anak2 di waktu siang hari, juga pening dengan karenah mereka..tentunya hiruk pikuk. Ada juga ibubapa yg mengambil cuti untuk membawa anak2 berjalan makan angin atau pun balik kampung melawat atok dan wan.

Bagi anak2 sume...Cik Ella harap jangan terlalu gembira sampai lupa diri pulak...2minggu cuti
bukan lama pun..homework jangan lupa..dan jangan merayau2 sampai ke malam atas alasan "tak sekolah besok".

Teringat Cik Ella waktu kecik2 dulu, ada banyak lagu kanak2 yg sering menjadi nyanyian...antaranya "air pasang malam" , "enjit2 semut".

Dalam kempen keselamatan jalanraya (musim raya) pun ada memaparkan keluarga yg dlm perjalanan ke kampung riuh dalam kereta menyanyikan lagu "balik kampung" tak habis2 sampaikan semuanya terlelap...moral ceritanya suruh berhenti rehat minum kopi dulu.

Tapi sekarang...ada lagu kanak2 yg baru...xpernah cik Ella dengar sebelum ni...siapa dan
bila terciptanya lagu ini tak dapek cik nak kobar an.

Pape pun kita tengok klip video ini...boleh dinyanyikan di rumah, dlm keyta atau atas katil waktu nk tido...
Semoga terhibur dan selamat bercuti anak2ku...


Ella

Thursday, June 3, 2010

VIDEO BACAAN YAASIN DI RUMAH PUAN JAMALIAH

Assalamualaikum.

Klip video Majlis Bacaan Yaasin di rumah Puan Jamaliah minggu lepas...meriah!!



Ella