Friday, May 27, 2011

GOTONG ROYONG 2011 Bhg 2

Assalamualaikum.

Klip video Gotong Royong Bhg 2 dah siap. Kali ini lain sikit...mesra pembaca. Kalau Air Asia menggunakan motto "Now Everyone Can Fly"...video ini pula menggunakan motto "Now Everyone Can Follow". Sume orang boleh ikut dan paham citernye...tak ada yg terkecuali. Testimoni dan masa depan Desaria!



Ella

Thursday, May 26, 2011

GOTONG ROYONG 2011 BHG 1

Assalamualaikum.

Kalau sume orang dah tengok berita dan gambar Majlis Gotong Royong/Combi/Kitar Semula di blog Pak Tom dan Nasa, ini giliran saya pulak menghidangkan video majlis tu pula.

Dibahagi kepada 2 bahagian. Bhg 1 adalah meliputi keseluruhan majlis, bhg 2 tertumpu kepada ucapan tetamu kehormat kita.

Lambat sikit lah ye..laptopnye pakai enjin 'celeron' je, asik sangkut2 je bila nak edit video. Tgk bahagian 1 dulu. Senyum...




Ella

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru kepada semua guru, tak kiralah guru tadika, guru mengaji "hatta" guru silat sekali pun yang tinggal di Desaria.

INGAT GURU INGAT ROTAN!

INGAT GURU INGAT HIZA - yg ni utk Nasa saje.



Ella

p/s Nasa, kita ber hatta-hatta lah pulak.

SEPETANG DI DESARIA

Assalamualaikum,

Dah xde ape nak buat...boring-boring saya pusing taman bersama suami ninjau aktiviti petang2 orang kita di hari cuti. Aksi aksi di dalam video ni sumenye adalah spontan bukan lakonan semula..begitu juga dgn wajah orang di dalam klip ini bukan super impose..semuanya benar..tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka..(ini bukan sumpah lahanat tau..).









Ella

Wednesday, May 11, 2011

BUKAN VIDEO POLITIK

As salam para pembaca.

Video ni nak post lama dah...sebelum pemilihan AJK baru 2011/2012. Sekadar buat kenangan aktiviti2 yang lepas2 oleh AJK lama 2009/2010. Tak sangka pulak AJK yang baru ni adalah kita2 jugak...tu yang tak jadi post tu!

Sekarang ni bukan saja "cuaca" panas yang melanda Desaria...."isu2" taman turut hangat di perkatakan...

Sebagai salah seorang AJK persatuan...saya rasa terpanggil untuk menidakkan dakwaan sesetengah pihak terhadap persatuan.

Maka video ini di postkan untuk 'renungan'/'tatapan'/'tontonan'/'kefahaman'/'kesedaran'/'keinsafan' dan mcm2 'ke....an' pembaca semua (bg org Desaria mmg dh tau pun) yg tak tau lagi dan yg buat2 tak tau.

Suka di ingatkan video ini pengarahnya Cuit Tumbang Production bukan Hassan Mutalib..haha..



p/s sebenarnya malu nk letak lagu ni...puas aku mencari lagu berkenaan dgn api (panas lah katakan..) tapi tak jumpa.


Ella

Sunday, May 8, 2011

SELAMAT HARI IBU

Pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu tidak boleh dinilai dengan wang ringgit atau harta benda. Segala kesulitan sepanjang tempoh mengandung dan penderitaan serta sengsaranya sewaktu melahirkan adalah sesuatu yang sukar digambarkan...tetapi sebaik saja kedengaran tangisan sayu daripada sianak yang dilahirkan..segala kesakitan tidak terasa..melihat wajah comel sianak membunuh segala penderitaan..Itulah perasaan "Ajaib" yang dimiliki oleh wanita yang tidak ada pada lelaki..Berbanggalah kita menjadi seorang wanita dan ibu...

Kepada semua wanita..yang bakal begelar ibu..yang sudah menjadi ibu..yang masih mempunyai ibu..juga diri sendiri yang juga seorang ibu..SELAMAT HARI IBU..SYURGA ITU DI TELAPAK KAKI IBU..

HARGAILAH IBU KITA WALAUPUN HANYA DENGAN UCAPAN.."SAYANG MAK.."


p/s ; Terimakasih kepada anak anak saya..pagi pagi lagi dah bagi hadiah kt saya..
Anak anakku...tiada apa yg lebih membahagiakan seorang ibu kecuali ingatan dan kasih sayang kalian...



Ella