Wednesday, March 17, 2010

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLAJARING ANTARA DESARIA DAN MNA

Ini dia klip video perlawanan persahabatan di antara Taman Desaria dan MNA yang telah berlangsung pada 7hb Mac 2010.

Selamat menonton!!




Ella

Friday, March 12, 2010

MAJLIS PENYERAHAN PAKAIAN SUKAN OLEH MNA

Hi sume...

Di sini saya postkan klip video Majlis Penyerahan Pakaian Sukan oleh MNA Resources SB kepada Persatuan Penduduk Desaria untuk aktiviti sukan bolasepak dan juga bolajaring yang berlangsung di perkarangan Surau Desaria pada 7hb Mac 2010.

Berita penuh sila layari blog utama: http://www.desaria.blogspot.com/

Ini video majlis penyerahan jersey aje tau.
Yang sukan tu tungguuuu....




Ella

Thursday, March 4, 2010

JOM SORAK RAMAI-RAMAI

Hi sume.

Pada hari Ahad 7hb Mac 2010 akan diadakan perlawanan persahabatan bolajarng dan bolasepak diantara pasukan Desaria kita dan kilang MNA. Kedua-dua perlawanan akan bermula selepas Asar insyaallah. Bolajaring bertempat di padang Myanmar dan bolasepak di padang utama.

Datanglah beramai-ramai untuk memberi sokongan kepada pasukan kita.

Kalo nk meriah lg bawak tikar ngan mangkok tingkat, bontang kek topi padang tu!



Ella

Tuesday, March 2, 2010

Lagi video Sambutan Maulidur Rasul 2010

Assalamualaikum.

Ini adalah klip video Sambutan Maulidur Rasul 2010 bhg 2.

Sebelum tu, suka saya jelaskan disini, klip video ini bukan nya dari Persatuan Penduduk Desaria mahupun Biro Hawa.

Ianya dirakamkan oleh salah seorang penduduk Desaria, cuma saluran medianya adalah melalui Blog Biro Hawa ini.

Selamat menonton.

p/s



Ella


p/s bukan ape, klip tu byk kekurangan dr segi liputannya,
takut org kata persatuan punya lak

Monday, March 1, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum.

Alhamdullillah...

Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada Jumaat 26hb Feb 2010 berjalan dengan lancar sekali.

Sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih pada yang menghulurkan tenaga, sedekah, meminjamkan peralatan dan apa jua bentuk sumbangan bagi memastikan kelancaran majlis tersebut.

Maklum ajelah, kita yang menjadi 'host' bagi tahun ini.

Untuk mengimbas kembali atau kepada yang tidak berkelapangan untuk hadir pada hari tersebut, mari kita tonton klip video ini bahagian pertama. Tengoklah gelagat anak-anak yang mengambil bahagian...sangat-sangat menghiburkan!

Berita penuh dan gambar sila rujuk : www.desaria.blogspot.com dan www.desariaku.blogspot.com





Ella