Tuesday, June 30, 2009

SUNDAY SPECIAL

Halo-halo..


Klip video Sunday Special ini terpaksa dibahagikan kepada 2 siri kerana ianya mengambil masa 35minit dan tidak boleh di upload ke laman web ini sejak dari hari Sabtu lepas.

Oleh itu Cuit Tumbang Production (CT Prod) menyediakan 2 siri.

Video ini adalah hiburan semata-mata dan CT Prod memohon ampun dan maaf sekiranya ada yang berjauh hati dengan kandungan klip video ini.

Ini adalah SUNDAY SPECIAL Part 1.





Ella

Wednesday, June 24, 2009

AMBIL PERHATIAN

Hai sume.

Ni nak bagi notis iaitu Sabtu ini, 27hb Jun 2009 aktiviti senamrobik dibatalkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan
Senamrobik akan diadakan semula pada Sabtu minggu depan, 4hb July 2009.
Bulan depan lah tuu...
Ambil perhatian, jangan terpacak lak pg Sabtu ni kt 'Myanmar Square'.

Perhatian juga pada kaki skodeng, boleh lah bangun lewat sikit, no assignment for you..hehehe......



Ella

Monday, June 22, 2009

BACAAN YAASIN VOL 2

Assalamualaikum.


Ini adalah rakaman video dan gambar sewaktu majlis membaca yaasin dan tahlil di rumah Puan Salmi pada 20hb Jun, 2009.


Maaf kerana audio yang kurang memuaskan pada 5minit pertama klip video ini.

Ella

Sunday, June 21, 2009

SENAMROBIK VOL 6

Hi sume!!

Ni dia video senamrobik pada 20hb Jun 2009.

Maaf kerana visualnya tak stabil disebabkan juruvideonya sakit perut!!


Ella

Thursday, June 18, 2009

2 PERKARA PADA HARI SABTU INI

Assalamualaikum.

Untuk hari Sabtu 20hb Jun 2009 ini, kita ada 2 aktiviti:-

1) Bacaan Yaasin. Dijemput kaum hawa desaria ke rumah Pn Salmi, beralamat no 83, Jalan Desaria 10, Taman Desaria pada jam 3ptg.

2) Senamrobik. Seperti biasa diadakan pada jam 8pg.

Jemput hadir.




Ella

Wednesday, June 10, 2009

SENAMROBIK VOL 4 & 5

Senamrobik Vol 4 & 5 digabungkan bersama tetamu jemputan kita...



Harap2 kaum adam dapat hadir ke padang myanmar lebih ramai dari hawa yang di dalam klip video ini.







Amacam kaum adam, ada berani ka..??




Ella

Tuesday, June 9, 2009

LAGI SATU BONUS

Hi sume!!

Nak bagitau, senamrobik minggu ni akan diadakan pada hari AHAD 14hb Jun 2009, JAM 9pg., (untuk minggu ni aje tau).

Yang bonus nya, kaum adam pun kalau minat bersenam, boleh lah join sekali - TO LEARN THE STEP OF POCO2.
Cian kat dorang...(selama hari ni asyik lah skodeng dari jauh..hehe).
Jemput beramai2...

Jom bersenam...




Ella

Thursday, June 4, 2009

2 PERKARA PADA HARI SABTU

Hi! Ada 2 perkara yang ingin diumumkan.

1) Seperti biasa, hari Sabtu ini, 6hb Jun 2009, senamrobik akan diadakan di tempat biasa. Cuma waktu nya dilewatkan sedikit kepada 8pagi. Jom bersenam!!

2) Pada pukul 1tghari, dijemput kerumah Kak Long beralamat No 20, Jalan 12, Tmn Desaria. Ada jamuan kenduri tahlil bagi hawa. Jom makan!!

Jangan lupe ye..




Ella