Dikejutkan dengan berita ayahanda dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada hari Selasa (29hb Dis 2009) yang lalu kerana 'stroke'...antara percaya dengan tidak saya menerima khabar kurang enak itu.
Petang sehari sebelum kejadian..ayahanda berjalan kaki ke rumah saya...ketika itu saya sedang sibuk di dapur menyediakan makan malam...terkilan tidak dapat bertemu beliau kerana ketika saya keluar ke depan...ayahanda sudah pun beredar.
Hari kemasukan ayahanda ke hospital, saya, Yatie(Zul), YDP dan isteri pergi menziarahi..walaupun menanggung kesakitan..beliau masih lagi mampu tersenyum kepada kami.
Syukur...ayahanda kini tidak lagi berada di CCU. Pada 4hb Jan 2010, saya, Zue bersama suami sekali lagi menziarahi ayahanda yang telah dipindahkan ke wad biasa. Walau sebahagian tubuh ayahanda tidak boleh bergerak dan tidak dapat berkata-kata...namun ayahanda masih boleh memberikan isyarat "Good" kepada saya dan Zue...ketika kami melangkah pulang sambil menahan sebak di dada...ayahanda masih lagi sempat melempar senyuman..yang pasti senyuman itulah yang akan kita rindui
Bersama-sama kita mendoakan agar ayahanda pulih seperti sediakala...menjalani kehiupannya seperti biasa. Kepada isteri dan keluarga ayahanda, semoga tabah menghadapi segala dugaan dan ujian Allah berikan...
Inilah klip video yang dirakam waktu menziarahi ayahanda tempohari (curi-curi rakam ni...)
Ella
No comments:
Post a Comment