Wednesday, May 26, 2010

PERMINTAAN YANG BERTERUSAN

Assalamualaikum.

Bacaan Yaasin mendapat permintaan yang berterusan dan menggalakkan dari warga Desaria.

Kali ini hawa dijemput ke majlis bacaan Yaasin di rumah Puan Jamaliah beralamat:-

No 142, Jalan Desaria 20, Jumaat 28hb Mei 2010, jam 2.30ptg.

Seperti biasa...'potluck' di galakkan.

Jangan lupa ye..


Ella

GOTONG ROYONG

Salam 1Desaria...

Selesai sudah gotong royong...berjalan dengan lancar dan meriah sekali.

Kali ini penyertaan warga Desaria saya rasa agak kurang dan warga bukan tempatan
pun pagi2 lagi dah berduyun2 menuju ke perhentian bas mini...maklum hari cuti umum...

Berita dan gambar boleh di layar di sini dan di sinun

Di sini, dipaparkan klip video kerja gotong royong oleh Cuit Tumbang Production...video ini hanya mamaparkan mereka yang sedang bekerja sahaja ye..., makan2...taklimat...perbahasan...tidak ada.
Sebabnye juruvideo nya dah balik tido...he..he....

Buat julung2 kalinya YDP membuat komen tentang program ini tanpa berkata2..macamana tu??

Kita lihat klip ini...semoga terhibur...




Ella

Monday, May 24, 2010

VIDEO RUMAH PN YATI

Salam 1Desaria,

Ini adalah klip video majlis Bacaan Yaasin di rumah Pn Yati Zul @ Ibu Yati @ Yati NBU...





Ella


Thursday, May 20, 2010

JEMPUTAN MAJLIS BACAAN YAASIN

Assalamualaikum.

Dijemput ke majlis Bacaan Yaasin di rumah Puan Yati (bukan nama sebenar) beralamat:-

No 234, Jalan Desaria 6, Hari Sabtu 22hb Mei 2010 jam 2.30ptg

Digalakkan membawa 'pot luck'

*Nama sebenar adalah Puan Rahmah

*Lebih dikenali dengan nama Yati Zul atau Ibu Yati atau Yati NBU....hahahahaha...


Datang jgn tak datang...

Ella

Monday, May 17, 2010

SABOR JE LAH...

Salam 1Desaria.

16hb Mei adalah Hari Guru. Tiadalah pengalaman saya untuk bercerita pasal kerjaya seorang pendidik ni. Sebagai ibubapa kepada anak2 yang sedang membesar dan bersekolah, sudah tentu berbagai kerenah, gelagat, perangai yang kita sendiri merasai. Itu baru anak sendiri tu....
Bayangkanlah para guru yang terpaksa menghadapi kerenah anak murid mereka yang silih berganti saban tahun dan datang dari berlainan keluarga dengan berlainan cara didikan.
Ianya memerlukan tahap kesabaran dan komitmen yang amat tinggi bagi memastikan apa yang diamanahkan sebagai pendidik dapat dijalankan. Sesungguhnya ia adalah satu kerjaya yang amat mulia.
Disini saya ingin berkongsi dengan anda sesuatu yang amat mencuit hati saya.


Artikel ini dipetik dari Laman Facebook

SELAMAT HARI GURU


Ella


Sunday, May 16, 2010

UNTUKMU IBU

Salam 1Desaria.

Harap masih belum terlambat untuk di postkan klip video ini sempena Hari Ibu.

Blog TAMAN DESARIA awal2 dah masuk klip video Kak Pah hingga menimbulkan kekeliruan pada Si Saiful!!

Kerosakan komputer mengakibatkan foto dan video yg disavekan untuk klip ini terpadam.
Antara foto2 di dalam klip ini, di ambil dari 'flickr'. Semoga terhibur..



Ella



p/s Kepada Tuan Nasa kita...jangan 'tangkap syahdu' pulak...uhu uhu..

Monday, May 10, 2010

VIDEO BACAAN YAASIN RUMAH PN ZURAIDAH

Salam 1Desaria

Inilah klip video majlis Bacaan Yaasin di rumah Puan Zuraidah, Jln Desaria 20, hari Sabtu lepas.

Selamat menonton.



Ella


p/s Cuit Tumbang Production memilih lagu 'Sendu Sendawa' tp nampak gayanya akhir-akhir video tu lebih kepada sendawa...

SELAMAT HARI IBU

Saya dan AJK-AJK Biro Hawa mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu di Desaria khasnya juga ibu-ibu yang mengikuti blog ini.




Ella

Saturday, May 8, 2010

APA YANG ACIK ELLA BIMBANGKAN DAH BERLAKU

Pada anak2 dan adik2 di Desaria ni....

Apa yg Acik Ella bimbangkan?? Cuba rujuk tulisan Acik Ella di sini.

Ianya mengenai Arwah Adik Aminulrasyid yang terbunuh ditembak pasukan polis tempohari.
Bagaimana kejadian tu berlaku, tak payah lah di ulaskan lagi...kalau nk tahu jugak tanyalah pada mak abah kat rumah.
Acik Ella bukan nak berpolitik di sini tapi inilah akibat terburuk bakal terjadi. Bila dah terjadi, walau siapapun yang bersalah, takkan boleh menghidupkan kembali arwah. Waktu ini kita akan berharap waktu di putar ke belakang (turn back time) untuk mengubah jalan cerita supaya tiada nyawa yang melayang. Berbagai2 'kalau' di sebut..
KALAULAH arwah tak keluar malam
KALAULAH arwah tak guna kereta kakaknya
KALAULAH arwah tak memandu laju memintas kereta peronda
KALAULAH arwah memberhentikan saja kereta bila dikejar polis
KALAULAH polis sekadar mengejar dan menembak amaran saja
dan berbagai2 KALAU yang boleh kita fikirkan...

Nasi dah menjadi bubur...hanya ikhtibar saje yang patut kita ambil dari peristiwa malang ni..
Al-fatihah buat arwah Aminulrasyid.

Klip video ini di petik dari Hanief Blogspot.
Juga baca laporan dan komen di blog ini.

p/s pesanan ini tak terkecuali juga utk anak2 acik ella sendiri..mmm..kalo dh budak tu..budak juga..

Ella

Friday, May 7, 2010

JEMPUTAN KE MAJLIS BACAAN YAASIN

Salam hawa semua..

Di jemput ke majlis bacaan yaasin di rumah Puan Zue, No 143, Jln Desaria 20 pukul 2.30ptg, hari Sabtu (8hb Mei 2010).

Puan-puan digalakkan membawa 'pot luck' untuk dijamu bersama.

Datang jangan tak datang...


Ella

Thursday, May 6, 2010

BUEK TAMBAH CERITO...

Salam 1Desaria,

Pada 1hb Mei 2010, saya menghadiri satu majlis kahwin di Jalan Desaria 21 dan gambar2 telah pun di siarkan dalam blog Pak Tom. Saya cuma nak menambah2 sikit je lagi..nak bagi sodap.

Malam tadi 5hb Mei 2010, saya menghadiri mesyuarat AJK Penaja Rukuntetangga. Salah satu topik adalah cadangan untuk menubuhkan kumpulan kompang. Saya telah mengenal pasti 2 kanak2 yang bakal menjadi ahli kumpulan ni.

Kita tonton kaitan klip video ini dengan tulisan saya di atas...




Ella

Wednesday, May 5, 2010

TRAGEDY!!

Salam 1Desaria.

Kali ni saya nak cerita psl kemalangan. Antara beberapa sebab tragedi kemalangan di jalanraya adalah kerana kesilapan manusia itu sendiri. Yang selalu kita dengar kemalangan berpunca dari termasuk ke lorong arah bertentangan. Ada juga disebabkan oleh terbabas, tak sempat brek dan berbagai-bagai punca. Tambahan pula pemandunya seorang 'wanita'.

Sila tonton klip video ini bagi membuktikan statement saya ini...enjoy!!




Ella