Wednesday, November 23, 2011

SEKOLAH ABIM AL-IMAN DI KONVOKESYEN ABIM NILAI/MANTIN 2011

Asslamualaikum.

Konvokesyen sekolah ABIM Nilai/Mantin telah berlangsung pada 18hb Nov 2011 di Masjid Besar Bandar Baru Nilai. Disertai oleh sekolah ABIM di dua daerah tersebut dengan ABIM Al-Iman dari Desaria mengambil bahagian dalam persembahan di majlis tersebut. Ramai ibubapa dari Desaria hadir menemani anak-anak yang mengambil bahagian juga anak-anak yang mengambil hadiah bagi kejayaan akademik masing-masing. Sedikit rakaman dari majlis tersebut...



Ella

Monday, November 21, 2011

MAJLIS KHATAN ANAK2 DESARIA

Assalamualaikum.

Alhamdullillah. Batch pertama anak2 yg menyertai program berkhatan telah selamat dikhatankan di hari yang sama majlis tersebut iaitu Ahad, 20hb Nov 2011. Batch kedua pula pada hari Rabu, 23hb Nov 2011.
Majlis yang simple tapi meriah di sertai ibubapa para peserta, ajk2 persatuan juga penduduk yg dtg untuk meraikan hari penting bagi anak2 ini. Kali ini lebih meriah kerana Jab Bomba Nilai sudi bekerjasama menyertai dengan memandikan anak2 ini diatas 'pick-up' , yang saya kira merupakan highlight program ini. Ni dia rakaman video program tersebut. Tengok jangan tak tengok!
Berita bergambar sila klik di blog Pak Tom dan blog Sdr Nasa.


Ella



Thursday, November 17, 2011

TABAHKAN HATI DAN KUATKAN SEMANGAT, SAHABAT KU...

Assalamualaikum

Pada 12hb Nov 2011, saya dan Pn Zue mewakili Biro Hawa dan beberapa ahli AJK Persatuan Penduduk Dan Kebajikan Desaria telah pergi melawat Saudara Zamri (dr Jalan 13) di Hospital Selayang yang mengidap kanser hati. Pada malam 16hb Nov 2011, telah diadakan Solat Hajat untuk beliau. 17hb Nov 2011, beliau akan menjalani pembedahan bagi rawatan selanjutnya. Semoga segala urusan dipermudahkan dengan izin Nya.




Ella

Saturday, November 5, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Assalamualaikum.

Saya dan AJK Biro Hawa mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada warga Desaria khasnya dan seluruh umat Islam amnya.



Ella