Sunday, May 31, 2009

BONUS DARI CUIT TUMBANG PRODUCTION

Hi! Cuit Tumbang Production telah menyiapkan klip video untuk tontonan anda semua.
Suka diingatkan bahawasanya klip video ini adalah berunsur hiburan semata-mata.
Oleh itu saman-menyaman tidak boleh difailkan..hehe..

Happy watching!!









Ella

Thursday, May 28, 2009

Wednesday, May 27, 2009

BULETIN HAWA MINGGU INI

SENAMROBIK

Sabtu 30hb Mei 2009, jam 7.30pg bertempat di padang sebelah surau.
Jom datang beramai-ramai...


BACAAN YAASIN

Atas permintaan Puan Nurizah Hj Ahmad dari Jalan 8, Desaria ingin mengadakan bacaan yaasin semperna pelancaran saloon beliau di alamat seperti berikut:-

SUPERCUT STUDIO
No 38, Jalan Bukit Mahkota 4/1
Bukit Mahkota
(bersebelahan dgn Dobi MsKleen)
Tarikh : 30hb Mei 2009
Waktu : 3petang

Jemput hadir beramai ramai.

Sudi-sudilah membawa juadah untuk dijamu bersama.



Ella

Monday, May 25, 2009

BACAAN YAASIN

Program membaca yaasin yang pertama anjuran Hawa tahun ini telah berjalan dengan lancar pada petang 23hb Mei 2009 bertempat di surau Desaria. Terima kasih diucapkan kepada yang membawa 'pot luck' dan yang bersedekah juadah. Alhamdulillah...tengok aje perut Si Pian...full tank!!
Tak caya? Jom kita tengok clip video ini.....


Ella

PROGRAM KEM REMAJA ISLAM SOLEH SIRI 2 (KERIS 2)

Lanjutan dari program KERIS yang telah dianjurkan tahun lepas, persatuan dengan kerjasama ABIM N Sembilan akan menganjurkan program susulan, iaitu KERIS 2 di mana butir-butirnya seperti berikut:-

Tarikh : Sesi 1 : 31/05/2009(Ahad) - 02/06/2009(Selasa)
Sesi 2 : 07/06/2009(Ahad) - 09/06/2009(Selasa)

Tempat : Rumah Anak Yatim ABIM, Dengkil


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En Mohd Razif Mahadi (Jalan 12 ; 012-2390846 atau En Mohd Azuddin Sham Abdullah (Jalan 10 ; 019-2380807)

atau layari blog Desaria Desa Kita.

Terima kasih.




Ella

Saturday, May 16, 2009

SENAMROBIK POCO-POCO VOL 2

Ini pula video senamrobik. Happy viewing!!

Ella

SENAMROBIK POCO-POCO VOL 2



































Hai, inilah aktiviti mingguan kita yang pertama, Senamrobik Poco-Poco. Alhamdulillah sambutan masih tetap seperti minggu lepas, cuma yang kurang adalah berat badan peserta...




Minggu depan, senamrobik akan diteruskan di hari dan waktu yang sama. Untuk makluman, yuran senamrobik adalah berasaskan bilangan peserta, lebih ramai, lebih murah kutipan yang dikenakan.




Bermula dari 23hb Mei, 2009 bersamaan hari Sabtu, kita akan mengadakan bacaan Surah Yaasin bertempat di surau Desaria jam 5ptg. Digalakkan hadirin membawa 'pot luck'.Sesiapa yang ingin menjadi tuanrumah diwaktu yang akan datang, boleh lah menghubungi AJK Biro Hawa.





Kami juga akan mengadakan aktiviti bolajaring dalam masa terdekat. Sesiapa yang berminat boleh mendaftar nama pada kami. Sebarang perkembangan dan pembaharuan akan diberitahu kelak.









Ella

IBU SPORTING


2 dari 3 hawa yang terpilih sebagai 'ibu sporting.'
p/s Mahap byk2. Kameraman rasmi xde. Ibu sporting yang lg sorang xde lak fotonye.
Ella

Friday, May 15, 2009

SENAMROBIK POCO-POCO

Hai!
Kita ada senamrobik esok pagi Sabtu 16hb Mei 2009, jam 7.30pg di padang bersebelahan surau Desaria.
Anda diminta mengambil 'light breakfast' satu jam sebelum senamrobik bermula.
Jumpa di sana....di sana....di sinun.....




Ella

Wednesday, May 13, 2009

Hari Ibu - Sajak Pilihan

Salam warga Desaria,



Setelah kami biro Hawa meneliti dan mendengar deklamasi sajak oleh anak2 kita yg comel dan jelas menyayangi ibu2nya...


Inilah dia sajak-sajak terbaik yang telah dipilih. Dan seperti yg dijanjikan, sajak2 terbaik akan dipamerkan disini, utk tatapan seluruh pembaca yg mengikuti blog ini.

Tersentuh tu baca sajak yg ditulis ikhlas dari jiwa anak-anak kecil ini....

Berikut adalah 3 sajak terbaik.

Sajak pertama oleh M. Amirul Haziq


Untukmu Ibu
Ibu, engkaulah yang melahirkanku
Engkaulah yang menjagaku semasa kecil
Engkau umpama bulan yang menerangi malam
Dan juga menawan seperti bintang
Engkau seorang wanita yang tabah
tidak pernah kenal erti jemu dan kesal
Engkau bertarung nyawa melahirkanku
Sakit dan perit tidak kau hiraukan
Demi melihatku membesar
Ibu, akanku balas jasamu
Walaupun pengorbananmu seluas laut biru
Maafkan diriku kerana menyakitimu
Secalit goresan kesal dihatimu
Jutaan ampun kupanjatkan kepadamu, ibu
TERIMA KASIH IBU
Sajak kedua oleh Muhd Aiman bin Mohd Razif


Untukmu Ibu
Sembilan bulan sepuluh hari
Bukanlah
Satu tempoh yang singkat
Namun...
Dengan tabah
Kau harungi detik-detik itu
Dengan kasih sayang
Kau jagai kandunganmu
Dengan harapan
Kau doakan kesihatanku
Ibu...
Tidak ternilai jasamu
Tidak terbalas budimu
Namun
Bukan balasan yang kau pinta
Bukan sanjungan yang kau damba
Keikhlasanmu
Kasih sayangmu
Jerih payahmu
Menjadikan aku
Seorang manusia
Yang benar-benar manusia
Yang benar-benar berjaya
Yang benar-benar merdeka
Terima kasih ibu
Sajak ketiga oleh M. Hakiem bin Rahmat




Ibu
Ku kenali sedari kecil
Menjagaku, mendidikku
hingga dewasa
Ibu
Tidak pernah jemu
Melayani kerenahku
Ibu
Tidak kira masa dan waktu
Kau gigih, tabah dan
tidak pernah buntu
Itulah ibu, ratu hatiku
Selamat Hari Ibu, khas
buat mu ibu, Nor Aini Binti Hassan



Dan.......

Bonus kepada sajak ini.....oleh Noor Aina Afhirah binti Ramlee
Nama ibu: Siti Hawa bt Mat Zain



SAJAK BUAT IBUKU SAYANG
IBU...
KAULAH SUMBER ILHAMKU
BAK LILIN MENERANGI MALAMKU
MEMBAKAR DIRI DEMI ANAK-ANAKMU
BAK PAYUNG DIWAKTU HUJAN
MELINDUNGI DARI KEBASAHAN
KASIHSAYANGMU BAK SETANGGI SYURGA
MENGHARUMI SETIAP RUANG KALBUKU
IBU...
PENGORBANANMU TIADA BATASAN
AKAN KU SEMAT DIJIWAKU
AKAN KU TITIP BUAT PANDUAN
UNTUK BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT
IBU...
RAHMAT ILAHI KU DOAKAN BUATMU
AGAR BAHAGIA HIDUP DAN MATIMU
TERIMAKASIH ATAS KEPAYAHANMU
AKAN KU BALASI DENGAN KEJAYAAN KELAK
KAULAH IBU BUAH HATIKU
TETAP BERTAKHTA DI SANUBARIKU....
Oklah, bg ibu yg sajak anak2 nya terpilih, mesti merasa terharu sgt....tapi bg ibu2 yg sajak anak2 tidak terpapar disini, ketahuilah anak2 anda sgt menyanjungi anda....buktinya, susah sgt kami biro nak pilih sajak terbaik ini kerana semua sajak yg ada besh besh belaka....(acik yang menyalin sajak ni pun berjurai-jurai air mato)


p/s: editing not good, so hasil dan mutu paparan jg tidak baik...

till next entry...

Tuesday, May 12, 2009

SENAMROBIK POCO-POCO


Gambar, video dan lagu dalam klip video ini adalah untuk koleksi peribadi saya.
Banyak kekurangan dari segi kualiti dan teknikal. Namun saya 'post'kan di sini
untuk kita tonton bersama.

"HAPPY VIEWING"






Ella

Sunday, May 10, 2009

Gambar-gambar sambutan Hari Ibu




Kahwin campur....perasan x?


Ella

Lagi gambar-gambar sambutan Hari ibu
















Ella

Lagi gambar-gambar sambutan Hari ibu
















Ella

KEMERIAHAN MAJLIS.....

Alhamdulillah. Aktiviti Hawa yang pertama kita pada tahun ni berjalan dengan lancar dan penuh meriah.
Sambutan hebat yang diberikan daripada kaum hawa memang di luar jangkaan kami.
Jutaan terima kasih pada mereka yang sudi meluangkan masa bersama-sama meraikan majlis Hari Ibu semalam.
Semoga pertemuan kita itu menambahkan lagi kemesraan sesama kita di Desaria ini.
Diharap kaum hawa semua enjoy dengan senamrobik poco-poco kita, sekurang-kurangnya released lah sikit tension dapat menari semalam..hehehe..
Kepada para suami, picit-picit lah kaki isteri yang kekejangan urat tu..dah namanya pun 'Hari Ibu'...dimanjo-manjokanlah bini tu haa...
Kepada anak-anak yang hadir...semoga happy dengan goodies pack yang acik-acik biro Hawa sediakan.
Kami dengan rendah hati memohon maaf jika ada sebarang kekurangan pada majlis kami semalam tapi percayalah, kami di biro Hawa telah memberikan 100% komitmen untuk menjayakan majlis itu.

Terima kasih saya yang tidak terhingga kepada AJK-AJK (Ella & TheGang), sponsor-sponsor yang baik budi khasnya dan kepada mereka semua yang terlibat (walaupun kepada yang meniup belon) amnya menjayakan majlis ini.

Akhir kata, 'Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat'

Wasallam.







Ella

MADAH DAN KERENAH

Haloo...kalau senamrobik poco-poco ada 'instructor', di blog Hawa pula kita ada 'penghibur' sambil melayari......

Apa pun, sama-samalah kita menghayati lirik lagu ni.......
"apa yang penting....bekerjasama....." (dipinjam dr lirik kartun Wonderpets)
hehehe...


p/s. Kalau tak hingin dongar lagu tu, salam tangan kanan si 'Kittie'.




Ella

Wednesday, May 6, 2009

HAPPY MOTHERS' DAY

To all women, it's normal when u r in ur 20's, u'll look very 'MENGANCAM'

When u r @ 30's, u begin to behave 'BERMACAM-MACAM'

When u turn 40's - 50's, u'll feel 'TERANCAM' and sadly

When u reach above 60's, orang langsung tak boleh 'CAM'!!

HAPPY MOTHER'S DAY

Ella

MAJLIS SAMBUTAN HARI IBU 2009

Assalamualaikum


Dijemput puan-puan dan anak-anak ke Majlis "Sambutan Hari Ibu" anjuran Biro Hawa.

Tarikh : 9hb Mei 2009 Sabtu

Masa : 9pagi - 12.30tengahari

Tempat : Bangunan Tambahan Surau Desa Desaria

Agenda :

9pg - 9.30pg - Pendaftaran dan pembayaran yuran ahli

9.30pg - 10pg - Senamrobik poco-poco (di padang bersebelahan surau)

Aktiviti mewarna bagi anak-anak berumur dibawah 7th

Mencipta dan mendeklamasi sajak dibawah tajuk Untukmu

Ibu - untuk anak-anak berumur 8 hingga 13th. Karya mestilah

asli ciptaan sendiri bukan diciplak dari mana-mana sumber.

3 sajak terbaik akan menerima hadiah dan akan disiarkan di

blog ini.

12tgh-12.30tgh- Jamuan tengahari

12.30tgh - Bersurai

Kami ada hadiah untuk ibu yang paling "sporting"

Semoga kehadiran puan-puan akan menyerikan lagi majlis dan merapatkan silaturahim.

Ella

Friday, May 1, 2009

JOM HAWA..........

Hai...Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Bertemu kita buat pertama kali di laman blog Hawa Desaria.

Saya Puan Ella, salah seorang ahli biro Hawa yang dilantik meneruskan kesinambungan Hawa yang ditubuhkan pada 18hb Januari 2007 di bawah pimpinan Puan Narul Hiza bte Nordin (2007 - 2008)

Untuk makluman semua, tahun ini biro Hawa di bawah pimpinan :

Puan Ella - 016 - 6185606

Puan Ayu - 012 - 9352405

Puan Zue - 017 - 6233683

Dalam perjumpaan Hawa yang pertama iaitu pada hari Sabtu (25hb April, 2009) jam 2 petang yang lalu, Hawa telah melantik AJK-AJK kecil yang akan membantu dalam menjayakan setiap program yang dalam perancangan kami.
AJK-AJK kecil yang dilantik ialah :

Puan Yatie (Jalan 10) - Bendahari

Puan Yatie (Jalan 6 ) - AJK Surau

Puan Ila (Jalan 18) - AJK Surau

Puan Rosliza (Jalan 10) - AJK Surau

Kak Long (Jalan 12) - AJK Surau

Kepada puan-puan yang belum menyertai atau ingin menjadi ahli Hawa boleh menghubungi kami di talian seperti yang tercatat.
Bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut :

Pendaftaran - RM10 (sekali sahaja)
Bayaran bulanan - RM 2

Kami juga sedang merangka beberapa aktiviti untuk wanita Desaria amnya hasil dari susulan/cadangan pada perjumpaan yang lalu.
Kami masih meneruskan aktiviti berterusan kesinambungan dari tahun-tahun yang lepas iaitu membaca Surah Yaasin sebulan sekali di rumah bergantung pada permintaan......Sesiapa yang ingin turut serta menjadi tuanrumah boleh lah menghubungi kami.

Seperti dalam perancangan......program pertama kami akan diadakan pada hari Sabtu 9hb Mei 2009 bermula dari pukul 9 pagi bersemperna Hari Ibu.
Kami telah merangka beberapa aktiviti pada hari tersebut.
Kami akan memaklumkan pada semua ahli dari semasa ke semasa setiap perkembangan kami di blog Hawa ini dan melalui surat......rajin-rajin lah bukak petisurat.
Semoga kehadiran puan-puan disetiap program yang kami jalankan akan merapatkan lagi silaturahim sesama kita......yang jauh kita dekat-dekatkan, yang tak kenal, kita kenal-kenalkan, yang bersengketa kita mesra-mesrakan...

Bertemu kita lagi dilain episode....akhir kata dari saya, senyum-senyumlah selalu kerana senyum itu satu sedekah dan ketawa-ketawalah selalu kerana ketawa itu penghilang amarah....wassalam....


Ella