Sunday, December 2, 2012

JEMPUTAN KE MAJLIS CUKUR JAMBUL DAN BERKHATAN

Assalamualaikum,

Menyampaikan pesanan seorang kawan, dijemput semua kaum hawa hadir ke majlis cukur jambul dan berkhatan pada 9hb Disember bersamaan 25 Muharam (Ahad) di alamat :-


PUAN E YAN
NO. 4 JLN DESARIA 13
TAMAN DESARIA ,NILAI

ATURCARA : BACAAN DOA SELAMAT , BACAAN YAASIN  dan JAMUAN MAKAN
WAKTU       : 2.30 ptg..

Kehadiran semua amatlah di alukan alukan oleh tuan rumah.

 Sekian, terima kasih.

Friday, November 16, 2012

KENANGAN KITA......ITS NOT GUD BYE..

to share with AJK persatuan, neber jln 20 and kawan kawan yg ada dalam video tu...

tak de sape nak take over blog ni ker ? tak dapatlah nak tengok video aktiviti kat Desaria lagi camni..
Tapi kat saya ni., ada video yg tak pernah siar lagi...sekadar utk melepas rindu pada kawan kawan kat sana..especially buat kawan kita yg kat Mekah tu..semuga mendapat haji mabrur ...lamanyaaaa rasa tak jumpa ...


but for me.., good friends are like stars, u dont always see them, but  u know they're always there..  



Thursday, August 16, 2012

SELAMAT.....SELAMAT SEMUANYA.........



Assalamualaikum...kpd semua warga Desaria, saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin, Selamat Hari Jadi, Selamat menyambut Hari Merdeka, selamat pulang ke kampung, selamat pergi dan selamat kembali....

Semuga selamat semuanya...

Wednesday, July 25, 2012

BILA RINDU TAK DAPAT DIBENDUNG LAGI....


Sekadar nak menyakitkan hati...he he he (to share with sera n neber jln 20, yati zul,yati fazli, ayu,kawan kawan ngaji n kawan kawan yg x pegi ngaji, pian,...........and en usop jugak...jangannn maraaah..ha ha ha)
___________________________________________________________________________

Zue n family dtg rumah tadi...kebetulan dia cuti harini...saja dtg menjenguk..xbagitau pun nak datang, dah depan security baru call...biasalah..bila anak anak dah bertemu kembali, ..mmm suka giler diorang tu, kami berbuka di pool je tadi......hilang sudah rindu di hati...

Sofa tak sampai lagi

Tempat lepak2 di kolam ikan



Kawan yg takkan terpisah...


Album Dangdut bakal di pasaran selepas raya...







"Zue pun terfikir nak pindah sini lah, Kak" - Zue

"Adam taknak baliklah Mummy..."



Ni bukan payung tau..!!

Menunggu waktu berbuka



Surau kita....




Tuesday, July 17, 2012

TOLONG GANTIKAN SAYA...

Assalamualaikum semua..,

kaum hawa yg dikasihi...baik yg berjawatan atau tidak dalam persatuan...saya serahkan tugas tugas saya di Desaria kepada yg relahati mengambil alih...kaum hawa perlukan 'leader' ...dan diharap yg lain akan memberi sokongan untuk menjayakan...saya bersedia membantu dari jauh...kalau tidak tenaga, tolong pus..pus.. menghembus semangat pun saya rela..mari kita sama sama mengamalkan pepatah "YANG BERAT SAMA DIPIKUL, YANG RINGAN SAMA DIJINJING".

Di sini saya mencadangkan yg relahati (mungkin sementara waktu) untuk mewawarkan aktiviti yg akan di jalankan  bolehlah menghubungi puan Liza 0172363060...atau sesiapa yg lain yg relahati juga boleh memaklumkan kpd YDP ...lebih ramai lagi bagusss...selebihnya saya serahkan kpd pemilihan kaum hawa yg lain sendiri memutuskannya siapa yg diingini..

jadilah seperti semangat WONDERPETS ..apa yang penting KERJASAMA..








Ella

Saturday, July 14, 2012

TETAMU YANG TIDAK DIJANGKA......dan update..!!

Gud morning..!!

Saje nak update....warga Desaria yg pertama menjejak kaki ke rumah saya (yg masih dlm keadaan bersepah) baru sebentar tadi.  Tak payah nak diperkenalkan dorang ni yg dah sedia "famous" di Desaria.
Sape tak kenal Hasan, Fazreen dan Fahim..???  Dorang ni saje dtg melawat Anazteen.  Apa yg menggembirakan hati ni adalah persahabatan masih bertaut walaupun kami tidak lg di Desaria....Alhamdullillah...



dan update.....click je gambo bawah ni .....




Ella



Friday, July 6, 2012

MAAF DARI SAYA...

Assalamualaikum,...baru harini saya berkesempatan menulis...  rasanya semua dah sedia maklum yang saya tidak lagi tinggal di Desaria ni...saya tidak mahu mengucapkan selamat tinggal kerana kita pasti akan berjumpa lagi...tapi saya ingin memohon maaf segala salah dan silap saya, jika ada tekasar bahasa..segala kekurangan saya disepanjang penglibatan saya dalam persatuan...tolong sampaikan salam dan maaf saya  kepada mereka yg tidak tahu yg saya tidak lagi di sini..atau jika ada yg bertanyakan tentang saya...jangan kata yang saya tidak suka lagi tempat ini....di sinilah anak anak saya membesar dan saya mengenal jiran dan kawan...mana mungkin saya melupakan tempat ini....saya sayangkan semuanya di sini..walaupun saya pernah merancang untuk tua dan mungkin mati di sini,..tapi siapalah saya?...siapa yg tahu Rahsia Allah ?..kita memang tahu destinasi dan arah tujuan hidup kita tapi biarkan Allah yg menentukan pengakhir cerita perjalanan kehidupan itu...walaupun sedihnya hanya Allah yg tahu ketika meninggalkan tempat ini..tapi saya tidak mahu rasa TERPAKSA .....kerana saya percaya sesiapa yg rasa TERPAKSA melakukan sesuatu...dia akan TERSIKSA dlm kehidupannya....

Terimakasih yg tidak terhingga kepada zue dan jiran jiran jln 20 dan kawan kawan yg lain yg bersusah payah mengadakan jamuan bbq untuk saya dan keluarga..bukan jamuan perpisahan..tapi tanda sayang mereka ....terimakasih juga kpd mereka yg memberi cenderahati sebagai tanda kenang kenangan...juga kpd Pak Tom, Adly, Sham dan Fuad yg membantu kami berpindah..hanya Allah yg dapat membalas setiap titis keringat ..tak lupa saya pada abg Akob yg membantu saya menanggalkan barangan letrik...rindunya saya pada semua YATIEs ,ayu, zue ,sera .. jiran jiran jalan 20..kawan kawan mengaji dan yg lain yg tak mampu saya sebutkan satu persatu di sini.....

Kepada semua AJKs persatuan, KRT, Surau...yg saya  tidak sempat mengucapkan sesuatu...saya suka bekerja dgn kalian....teruskan ikhlas berkhidmat...kerana tentunya ada rahmat dan nikmat.....kepada semua..doakan kebahagiaan saya..keselamatan saya dan segala doa yg baik baik untuk saya walau di mana saya berada...saya sayangkan kalian..kalian ada dihati saya...akan saya bawa bersama sama..kemana mana...

Akhirkata....pesanan untuk  semua dan diri saya sendiri......jgn lupa berSyukur bila diberi nikmat...dan banyakkan Sabar bila diuji Allah..kerana SYUKUR dan SABAR itu adalah pelengkap kehidupan yg paling indah ......

Wasalam



Ella


.

Sunday, July 1, 2012

Wednesday, June 27, 2012

PROGRAM KEMPEN CARA HIDUP SIHAT , PELANCARAN KELAB KOMPANG DAN KELAB BASIKAL DESARIA BHG 1

Program ni telah berlangsung pada hari Ahad, 24hb Jun 2012 di surau Desaria....dimulakan dengan senamrobik di padang sebelahan. Kali ini mendapat sambutan hangat (jgn hangat2 taik ayam dah le) dari para bapa2....tengoklah sendiri kemeriahan acara senamrobik ni...hihi..



Untuk berita bergambar sila layari blog Pak Tom.


Ella


Friday, June 22, 2012

PERASMIAN RAKAN COP DAN MAJLIS RAMAHMESRA AHLI SRS DESARIA

Assalamualaikum.

Majlis telah pun berlalu lebih dari sebulan yaitu pada 12hb Mei 2012.  Atas sebab2 tertentu, video ini lewat di siapkan. Walau apa pun, saya postkan juga beberapa foto yg tiada di dalam video ini. Selamat menonton!
















Ella

Wednesday, June 20, 2012

UNTUK MEREKA YANG SAYANGKAN AKU...

akupun sayangkan kamu.....





kamu ada dalam hati aku...akan aku bawa bersama sama...kemana mana...



Ella




       


Saturday, June 16, 2012

SELAMAT HARI BAPA

Saya dah tak ada bapa...bapa mertua pun dah tak ada lagi...tapi saya ada bapa kepada anak anak saya.. saya ucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada semua lelaki yang begelar bapa..semuga menjadi bapa terBAIK kepada anak anak anda..suami peNGASIH kepada ibu anak anak anda...tapi bukan peNAKUT atau peNIPU tau... hi hi ....

.








Ella

Wednesday, May 16, 2012

BALASAN SELOKA BUAT ANAK-ANAK KU


SELOKA BUAT ANAK ANAKKU.

Sedihnya hati tidak tertahan,
membaca seloka indahnya nukilan,
terlalu banyak kata pujian,
terimakasih anakku, syukur ya Tuhan.

Mummy hanya wanita biasa,
kadangkala berjiwa lara,
semoga terampun dari Yang Esa,
doa kalianlah penghapus dosa.

Apa ada pada glamer,
kalau membataskan kita bersama,
bahagia sudah di depan mata,
kalianlah nyawa, kalianlah harta.

Masa berlalu begitu pantas,
mengasuh kalian mummy tak puas,
kamu membesar terlalu lekas,
pengalaman itu tidak terbalas.

Nampak muda, tiada rahsia,
pastikan diri selalu ceria,
bersihkan hati dari sengketa,
lapangkan dada, selalu redha.

Senyuman mummy satu sedekah,
bukan untuk yang bernafsu serakah,
pengubat luka jiwa yang gundah,
semoga semuanya tampak mudah.

Masakan dimasak dengan kasih sayang,
pengikat kasih ...yang lain kalian tak pandang,
makan sedikit dah cepat kenyang,
maintain badan sebab makan tak berulang.

Pada daddymu kasih bertaut,
bila diduga kadangkala ku kalut,
walau dilanda tsunami di laut,
hanya terpisah dek kerana maut.

Maafkan kami wahai anak anakku,
memisahkan kalian dari teman sepermainanmu,
di tempat baru, anggaplah syurgamu,
rahsia Allah siapalah yang tahu.

Anggap ini satu amanat,
adik beradik ingat mengingat,
agar hidup selalu berkat,
bahagialah kalian dunia dan akhirat.

Wassalam..

Dari mummy Ella.



To my husband Kura and kids....lets share these moments...




Ella

Thursday, May 10, 2012

JEMPUTAN MAJLIS BACAAN YAASIN

Assalamualaikum.

Dijemput hadir ke rumah Puan Noli (isteri Pak Akop) bagi majlis bacaan yaasin pada hari Sabtu, 12hb Mei 2012 jam 2 petang.

Alamat : No 588, Jln Desaria 2.


Terima kasih.



Ella

Wednesday, May 9, 2012

SELOKA BUAT MUMMY ELLA...

Tidak ada kata-kata yang dapat aku zahirkan betapa terharunya aku menerima seloka ini dari anak-anakku sempena Hari Ibu pada tahun ini.  Memang setiap tahun ada saja kejutan yang dibuat oleh anak-anakku untuk ku.

Ingin aku berkongsi "rasa" ini dengan semua "ibu" yang membaca blog ini.

Kepada semua ibu..

"SELAMAT HARI IBU"

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^


SELOKA BUAT MUMMY ELLA


Berhari hari  mengumpul  idea,
untuk mencipta madah seloka,
bukan sengaja direka reka,
cetusan ikhlas buat mummy tercinta.

Terharu mendengar daddyku bercerita,
tentang mummyku yang memang jelita,
menolak yang berpangkat dan juga berharta,
daddyku terpilih kerana cinta.

Sentiasa ceria, berpewatakan manja,
pengikat daddyku mejadi teruja,
kami doakan kalian bahagia,
kasih dibawa hingga ke syurga.

Bukan hendak berkata riak,
mummyku selalu disangkakan kakak,
nak panggil makcik teragak agak,
usia menginjak tapi mcm tak bergerak.

Menatap potretmu semasa muda,
persis model antarabangsa,
Tapi menolak hidup glamer,
demi membesarkan kami semua.

Tawaran datang demi tawaran,
sikitpun mummy tak heran,
lebih suka mengenjut buaian,
mengasuh kami dengan airtangan.

Tanyalah pasal makanan,
kami tak pernah rasa kempunan,
semua menjadi setiap sentuhan,
setanding dengan chef handalan.

Seronoknya menjelang raya,
biskut tersendiri direkacipta,
carilah di merata rata,
tak kan sama mummyku punya.

Sudah berbulan angah di asrama,
makanan di sini tak lalu ku jamah,
hatiku sentiasa tak rasa betah,
teringat ingat masakan mummyku di rumah.

Teringat kami dikala demam,
mummy pasti tak tidur malam,
temperature and wet towel sentiasa di tangan,
khuatir kut kut kami terkena sawan.

Bibirnya sentiasa menguntum senyuman,
walaupun ku tahu dia kepenatan,
tidak ada satu keluhan,
boleh ketawa tiada sungutan.

Walaupun mummyku sentiasa busy,
rumahku sentiasa tersusun rapi,
luar dan dalam sentiasa berseri,
kami diasuh disiplin diri. 

Rumah ni kan jadi kenangan,
membesar di sini dan mengenal kawan,
kami terpisah tak tau alasan
di sisi kalian, di situlah kebahagiaan.

Apapun alasan tak kan ada soalan,
sedihnya hati yang tahu Tuhan,
terpisah jiran, rakan dan taulan,
di mana kalian, di situlah haluan.

Wahai mummyku yang dikasihi,
kami berempat pasti berjanji,
padamu  kami berbakti,
kasih tak padam hingga ke mati.


                                                        
SELAMAT  HARI  IBU.


dari kami anak anakmu,

ALMAZ EZZRA,
ANAZTEEN EZZRA,
AUFA EDHIA EZZRA,
AURA DANIELLA EZZRA.






Ella

Friday, May 4, 2012

MAJLIS BERCUKUR JAMBUL SOFIYA

Assalamualaikum.

Kali ni saya paparkan majlis bercukur jambul baby Sofiya anak En Solihin kita yg berlangsung pada 21hb April 2012 di Surau Desaria.




Ella

Sunday, April 15, 2012

KALAU ITU SUDAH KEHENDAKNYA....

Siapalah kita...yang dapat memadamkan apa yang telah tertulis.. Walau kita tidak menginginkannya..tapi telah termetri.....bahawa mati itu adalah janji ALLAH yang pasti...takziah buat keluarga Allahyarham Zamri..sahabat kita yang telah meninggalkan kita buat selamanya..semuga keluarga beliau redha dan tabah menghadapi ujian ALLAH ini...arwah akan sentiasa dalam kenangan...sesungguhnya insan yang baik itu akan selalu dalam ingatan..


I'VE ALWAYS BEEN AFRAID OF LOSING PEOPLE I LOVE,
SOMETIMES I WONDER, IS THERE ANYONE OUT THERE
AFRAID TO LOSE ME...



Ella

Friday, March 9, 2012

GOTONG ROYONG DAN KEMPEN KITAR SEMULA

Assalamualaikum.

Kempen gotong royong dan kitar semula Tmn Desaria telah diadakan pada 19hb Feb 2012. Kerjasama dari warga Desaria juga dari warga asing adalah menggalakkan.

Tonton video ini (walaupun dah terlewat)



Ella

Wednesday, February 29, 2012

MAJLIS BACAAN YAASIN DI RUMAH KAK LONG

Assalmualaikum.

Dijemput semua ke majlis bacaan yaasin di rumah Pn Noraini (Kak Long) di alamat :-

No 20, Jalan Desaria 12

pada hari Sabtu, 3/3/2012 jam 3 petang

Sila war2kan pada yang lain. Terima kasih.


Ella

Wednesday, February 22, 2012

MAJLIS BACAAN YASSIN DI RUMAH PN ASMI

Assalamulaikum.

Pembuka tirai pada tahun ini, majlis bacaan yaasin diadakan di rumah Puan Asmi pada 28hb Januari yg lepas. Tontoni video ringkas ini.



Ella

Saturday, February 11, 2012

Ehhh....Dah Februari ke....

Lamanya xbelek blog ni...punyalah xde masa..mlm nilah rasa mcm free and ada mood...tu yang kasi make up balik blog ni bagi ceria.

Walaupun sunyi xpost apa2 xbererti xde aktiviti cuma kekadang lupa nak bawak kamera nak jadikan bahan bukti aktiviti..selalunya aktiviti masak lah kat surau..tapi kalau dah start masak , nak pegang kamera lg..mmm ...alamat skrin penuh cap jari le..tu yang punca gambar jadi xfotogenik..he ..he..he..

Saya nak wawarkan jugak setiap Sabtu jam 9 pagi., ada kelas BELAJAR membetulkan bacaan ayat Al Quran diselangi dgn minggu ceramah agama untuk kaum HAWA , dibiayai oleh pihak surau..meh ler join., kepada para suami bagitau kat isteri..

Pantasnya masa berlalu...tup tup...dah Februari...bila masuk bulan ni..adalah yg teringat bunga, coklat..lilin dan sebagainya..Valentines Day lah katakan..tapi bagi diri saya, dari mula bercinta sampai la ni..malah sebelum keluar fatwa mengatakan haram menyambut Valentine pun..xpernah saya sambut.....bukannya apa...suami saya KURANG romantik tapi PENUH penyayang...hari hari pun valentine bagi kami..xkiralah hari Deepavali ke .. atau hari Buruh ke..
Beli bunga xpayah cakaplah...Xikut musim bunga langsung..kadang kadang saya dapat bunga kobis, bunga kantanlah,, bunga betik yg pahit giler tu pun saya dapat jugak...asalkan bunga yg xmembazir yang akhirnya duduk dlm tong sampah....

Apapun terpulanglah pada individu.., cara masing masing menghargai pasangannya..tepuk dada tanya selera..bagi saya INGAT FEBRUARI, teringat ALLEYCATS.. he ..he..jumpa lagi..Wassalam.


Ella