Tuesday, July 17, 2012

TOLONG GANTIKAN SAYA...

Assalamualaikum semua..,

kaum hawa yg dikasihi...baik yg berjawatan atau tidak dalam persatuan...saya serahkan tugas tugas saya di Desaria kepada yg relahati mengambil alih...kaum hawa perlukan 'leader' ...dan diharap yg lain akan memberi sokongan untuk menjayakan...saya bersedia membantu dari jauh...kalau tidak tenaga, tolong pus..pus.. menghembus semangat pun saya rela..mari kita sama sama mengamalkan pepatah "YANG BERAT SAMA DIPIKUL, YANG RINGAN SAMA DIJINJING".

Di sini saya mencadangkan yg relahati (mungkin sementara waktu) untuk mewawarkan aktiviti yg akan di jalankan  bolehlah menghubungi puan Liza 0172363060...atau sesiapa yg lain yg relahati juga boleh memaklumkan kpd YDP ...lebih ramai lagi bagusss...selebihnya saya serahkan kpd pemilihan kaum hawa yg lain sendiri memutuskannya siapa yg diingini..

jadilah seperti semangat WONDERPETS ..apa yang penting KERJASAMA..








Ella

42 comments:

  1. yang hilang pasti berganti, yg diganti tak kan sama.

    ReplyDelete
  2. Saya setuju kata2 diatas......Saya masih teringat kata2 Bos saya dulu....."Yang pergi biarkan pergi....Kita yang hidup harus teruskan hidup"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Helang putih83,

      terasa saya mcm dah mati jer pulak...he he...

      Delete
    2. Janganlah marah atau kecil hari.......Pergi itu banyak maksud yang tersirat hehehehe

      Delete
  3. nasi lemak buah bidaraJuly 17, 2012 at 11:43 PM

    kita dah nak puasa, teringat akak ella masa tadarus, mesti ramai tak tahu yg ella empunya suara yg sedap kalau mengaji, tapi tak pernah dengar dia menyanyi, tapi kalau dah ella, ELLA jugak..mesti kawan kawan ngaji rindu suaranya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panggilla dia kalau rindu sangat....bukan jauh pun...mantin je kan.

      Delete
    2. laaa...bukannya pindah sepanyol?..ada chance makan nasik sepanyol le kita lagi.he he..

      Delete
  4. dia rajin, tapi yang paling saya ingat tentang dia, dia wangiiii..hi.. hi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai ingat bau ella..... Meehoon Singapore Ella pun mesti ramai ingat...nak-nak lepas terawih....

      Delete
    2. weiii...jangankan meehoon singapore, ada satu bizkut ella buat, bawak masa terawih, ya Allah sedap giler enkau, huaaaaaaaaaa..baliklah sini ella, aku rasa mcm tak bersemangat nak memberi kerjasama. hu hu hu

      Delete
    3. makcik nak tanya biskut sedap yg awak makan tu batang buruk ke?

      Delete
    4. makcik oiii, batang buruk banyak kat pasar borong tu, pergilah servey, bizkut ella ni tak ada di pasaran, dibuat khas untuk anak dan keluarga je. dia buat memang berbalang balang tapi bila raya tak merasa nak makan sebab anak anak dia dah habiskan dulu buat sahur.hi hi..

      Delete
    5. EMAK SI MELUR DGN SI PEKANJuly 19, 2012 at 11:04 PM

      ella, nak order bizkut yg sedap giler tu bole x? meleleh air liur dgr org citer, bole lah ye, ye..ye..?

      Delete
    6. bukanke awak dah ditelan batu belah batu bertangkup?.. bila keluar? oooo nak masuk lagilah nampaknya pasni kempunan bizkut saya pulak ye...mcm nak mengugut saya je guna nama ni..he..he..bizkut yg satu ni saya xpernah jual pun, dibuat khas untuk org org tersayang jer..memandangkan nak membuatnya dimulakan dgn berkepuk kepuk doa kerana takut xjadi, menuntut kesabaran yg cukup tinggi membakarnya, kalau xsabar dah stop bakar dah..tapi saya membayangkan wajah wajah tersayang yg begitu mengharapkan kejadian bizkut ini...wajah anak anak dan suami, wajah adik beradik saya dan wajah emak saya yg begitu mengharapkan saya membawa pulang di hariraya nanti...saya membuatnya dgn penuh kasih sayang..agaknya sebab itu rasanya begitu istimewa sekali, bak kata mak saya seumur hidup dia xpernah makan bizkut sesedap itu...mmmm...lecurlah tu airliur awak tu kan...he he..kalau teringin sangat nak rasa smslah saya, nanti saya simpankan sekeping dua..hi hi..

      Delete
  5. RAJIN TU SAYA MEMANG SETUJU SANGAT, PAGI SAYA HANTAR ANAK TADIKA PUAN NOR SAYA NAMPAK ELLA SAPU SAMPAH, PETANG SAYA AMBIL ANAK DIA SAPU SAMPAH LAGI, HARI HARI PULAK TU, PATUTLAH SATU DAUN PUN SAYA TAK NAMPAK KAT LAMAN RUMAH DIA..KAT SURAU PUN SAYA NAMPAK DIA CAMTU JUGAK, DIA MESTI PASTIKAN KERJA HABIS DULU BARU DIA BALIK, KALAU TAK SEMPAT DIA MESTI DATANG SEMULA ESOK HARINYA, SELALU DGN SUAMINYA MENGHABISKAN KERJA KERJA TU SEMULA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elokla tu rajin dgn suami dia, suami org payah la pulak... Memang rajin pun Cik Ella nie...nak-nak surirumah....bersih dan kemas rumah dia.

      Delete
    2. bini akupun surirumah jugak, pagi dia tengok drama melayu sambung filiphine sambung cerita korea,cerita cina, tamil, hindustan sambung pulak cerita kartun, tak sempat masak dia pergi bungkus beli lauk, pinggan kat singki dia basuh masa ada gangguan letrik je..alahaiiii.

      Delete
    3. Tak elok cakap macam tu.....sekurang-kurangnya dia tak merayap atau melepak rumah jiran. Tu boleh adjust lagi tu....kalau tak bersms atau berfb dgn laki lain dah kira baik la tu....malas nie, semua orang ada...tunjuk dgn tak tunjuk aje....kalau nampak baik luaran....dalaman belum tentu lagi...Allah sahaja yang tahu..

      Delete
    4. sebenarnya sama je ngan lelaki, depan bini dia rajin gila mcm surirumah, buat apa bini tu suruh, bini tengking pun dia boleh senyum, tapi rupa rupanya dia nak cover tembelangnya belakang bini..yang sibini pun bole percaya ckp lakinya tu..haiiii..Allah je yg maha mengetahui.

      Delete
    5. apa kata korang rujuk kat rancangan SEMANIS KURMA under tajuk, eiiiii pahitnya jering, rasanya sesuai untuk yg ada masalah rumahtangga bukan kat column ni kut.

      Delete
    6. Rasanya kalau perempuan yang layan laki org tu tak gatal...tak jadi juga..nak pulak perempuan tu buat buat lupa dia tu bini orang atau mak we orang, payah jugak....dunia nak kiamat macam tu la... kita sambung kat semanis kurma la pulak. Pening pulak ella tengok masalah orang nie.

      Delete
    7. KEDAI CERMIN PAKISTANJuly 19, 2012 at 2:39 PM

      ini bulan saya punya kedai ada offer, hari besar mau datang kita kasi jual murah. ini cermin baik punya, kita tengok muka sendiri, sendiri muka keluar bukan selena gomez atau aron aziz punya muka. kalau sudah ada ini cermin awak punya rumah, jangan tengok jerawat atau itu selulit, tapi tengok itu awak punya sendiri punya diri, apa awak ada lebih, ada kurang, ada dosa dosa silam semua boleh nampak, apa mau pedulik olang punya luaran atau dalaman, sendiri tengok sendiri punyalah, itu sebab kita kene cermin diri sendiri.., itu olang lain dia bole sendiri cermin, saya kedai ada banyak cermin..bole sini cari,..kalau sudah nampak itu diri dalam cermin, kita kasi baiki jangan kasi cacat itu diri..ini cermin lelaki pompuan bole pakai, haiyaaa..apesal saya cakap pelat, saya cina ka pakistan, sudah konpiusss..

      Delete
    8. Orang yang nak pakai lu punya cermin sudah pegi la...nanti dia datang gua tunjuk lu punya kedai...

      Delete
    9. ... jgn pakai cermin pecah...nnt tak nampak lipstik melekat kat gigi..

      Delete
    10. SALAM,

      ho,ho,ho,ho....semua diberi ruang memberi komen di sini walaupun macam dah tersalah ruang...bukannya apa takut nanti jadi gelanggang tinju mulut..tapi dapatlah jugak tahu pergolakan yg berlaku di Desaria.. masalah xbasuh pinggan, masalah rumahtangga yg xberapa nak bahagia lagi, jualan cermin ajaib,
      tokey karpet tak nak join ke? he he..mana ada pening kepala saya baca ni, senyum lagiii adalahh...

      betul jugak kata tokey cina kedai pakistan jual cermin tu, apakata kita lihat diri sendiri daripada kita melihat keburukan oranglain..kalau kita nampak keburukan diri kita dalam cermin itu, kita ubah menjadi lebih baik lagi...

      Sempena bulan Ramadhan yang jap lagi akan tiba, buangkan segala ketidaksenangan hati dalam diri, berhenti mengintai aib oranglain, kerana Allah akan membuka aib orang itu kembali..berebutlah mencari pahala sebanyak yang mungkin di bulan yg mulia ini, jgnlah kita menjadi muflis di akhirat nanti kerana terpedaya dgn hasutan syaitan yg tidak pernah berhenti untuk menjahanamkan hati dan perasaan murni kita...

      Sebarang ketidakamanan dalam hati, jadikan Allah tempat mengadu...Allah itu maha pendengar keluhan hambanya...dan Allah itu maha pengampun hamba hambanya yang bertaubat..

      Biarkan syaitan menangis di atas kemenangan kita melawan pujukannya.

      SHUKUR AKU PADAMU YA ALLAH KERANA MEMBERI AKU KETENANGAN ITU..

      wassalam..

      Delete
    11. Dah macam ustazah kau Ella...sejuk baca ...wallahualam..

      Delete
    12. Salam. Macam dah tersasar dari tajuk posting asal. Banyak sangat makcik2 Anon memberi komen. Macam ada puak2 pulak. Kalau dah perempuan tu tetap perempuan, betul tak?
      Kepada si makcik Anon yang nampak berniat tak baik dlm komen2 di atas...saya sarankan berhentilah. Tak ada untongnya makcik berbuat begitu.
      Tapi kalau dah gatal sangat nak aibkan orang, itu hak makcik. Saya pun teringin nak tahu siapakah gerangan 'hero' yang di ganggu Ella (jika itulah maksud makcik). Majistrit ke? Lawyer ke? Handsome sangat ke? Alim sangat ke? Suami makcik tu sendiri ke? Cer cerita makcik Anon. Mari saya nak kupaskan...

      Delete
    13. ANONYMOUS JULY 18,2012 .1:14 PMJuly 20, 2012 at 9:27 AM

      NI APA KES NI? KES SUAMI KENE KEBAS KE? KALAU TAKUT SANGAT KURUNG JELAH DALAM LEMARI, PATUTLAH PEREMPUAN BANYAK DALAM NERAKA, SUKA MENGUMPAT SUKA MENDENGAR UMPAT.. KALAU SUAMI TERKURUNGPUN HATI MELILAU KE TEMPAT LAIN MANA KITA NAK TAU..BAK KATA STATEMENT ELLA DI ATAS JADIKAN ALLAH TEMPAT MENGADU, BUKAN MENGADU KPD MANUSIA YG LAIN..KITA TIDAK PERLU MENJADI USTAZAH ATAU USTAZ UNTUK MENYAMPAIKAN SESUATU YG SUDAH TERKANDUNG DALAM ALQURAN DAN HADIS..JADIKAN SAJA IA SEBAGAI RUJUKAN DAN PEDOMAN DLM HIDUP..BUKANKAH ALLAH TELAH BERJANJI BAHAWA SETIAP MANUSIA TIDAK TERLEPAS DARI MENERIMA BALASAN SAMADA BAIK ATAUPUN BURUK WALAUPUN SEKECIL KECIL PERBUATAN HINGGA SEBESAR BESARNYA. JADI SERAHKAN KPD ALLAH UNTUK MEMBERI HUKUMAN BUKANNYA KITA MANUSIA YG MEMANG TAK LEKANG DARI MELAKUKAN DOSA TANPA KITA SEDARI.

      TAPI KALAU MAKCIK ANON NAK JAWAB JUGAK KOMEN RIMAU NGANTUK YG DAH JAGA TU, TERPULANGLAH..JGN TERGELIAT LIDAH SUDAHLAH BERDEBAT DGN DIA. JGN RAYA NANTI MENGGELUPAS GELUPAS KULIT DIGELUPAS DEK RIMAU NGANTUK..SAPE XKENAL RIMAU NGANTUK? AWAK APA KHABAR RIMAU NGANTUK? LAMA TAK MENGAUM..SERBA SALAH LAH PULAK SAYA SEBAB POSTING SAYA MENGENAI ELLA YG RAJIN SAPU SAMPAH TELAH DIREPLY DGN KE LAUUUUT KOMEN PERGINYA.

      Delete
    14. Puan Ella yg dirahmati,

      saya rasa mana mana komen yg mendorong melaga lagakan saya rasa eloklah puan sebagai moderator blog ni delete je komen komen tersebut..Anggap je si pengumpat tadi mcm 'ANJING YG MENYALAK BUKIT' serak suara anjing tu kang berhentilah dia menyalak, lagipun tentu si pengumpat tadi tak berapa nak famous kat Desaria ni, tu yang rasa 'tergugat' tu..

      biarkan dia beli strepsil banyak banyak..orang puasa, dia kene makan ubat pulak..

      kpd ella dan keluarga selamat menyambut Ramadan..semuga bahagia sentiasa di bawah lindunganNya.

      Delete
    15. Setuju...setuju....Selamat Menyambut Ramadan

      Delete
    16. makcik tak de gigi, nak..July 20, 2012 at 11:19 AM

      orang kalau dah cantik, rajin, baik, masak sedap, ngaji sedap, rumah kemas bersih mestilah disayang dan dicemburui, terpaksa terima hakikat tu, itulah kejadian manusia.

      Delete
    17. Rimau ngantuk jaga... sebab malam nie kita nak terawih... Selamat berpuasa

      Delete
    18. UNTUK RENUNGAN BERSAMA DI HARI JUMAAT,

      SABDA RASULLULLAH S.A.W BERMAKSUD,"AWASLAH DARIPADA MENGUMPAT KERANA MENGUMPAT ITU LEBIH BESAR DOSANYA DARI 'BERZINA'..SESUNGGUHNYA ORANG YANG BERZINA ITU AKAN DIAMPUNKAN OLEH ALLAH JIKA DIA BERTAUBAT..DAN SESUNGGUHNYA ORANG YANG MENGUMPAT TIDAK AKAN DIAMPUNKAN OLEH ALLAH SEBELUM DIA DIAMPUNKAN OLEH ORANG YANG DIUMPATNYA..(HADIS RIWAYAT IBNU ABIB DUNYA DAN IBNU HIBBAD)

      FIRMAN ALLAH BERMAKSUD 'DAN JANGANLAH KAMU MENGUMPAT SESETENGAH DARIPADA KAMU, ADAKAH KAMU SUKA MAKAN DAGING BANGKAI SAUDARA KAMU?

      RASULLULLAH S.A.W BERSABDA YG BERMAKSUD, PERBUATAN MENGUMPAT ITU SAMALAH SEPERTI API MEMAKAN RANTING KERING, PAHALA YG DIKUMPULKAN AKAN MUSNAH DGN MUDAHNYA SEPERTI API YG MEMAKAN RANTING ITU SEHINGGA TIDAK TINGGAL APA APA LAGI. SEBALIKNYA JIKA PAHALA ITU SUDAH TIADA LAGI MAKA SEGALA DOSA DOSA ORANG YANG DIUMPAT ITU AKAN DIPINDAHKAN PULA KPD ORANG YG MENGUMPAT TADI

      SUBHANALLAH..JGNLAH KITA MENJADI MUFLIS DI AKHIRAT NANTI..BANYAKKAN ZIKIR UNTUK MENGELAKKAN IA DARI TERJADI.

      UNTUK TAHU LEBIH LANJUT DOSA DOSA ORANG MENGUMPAT GOOGLE JE KT INTERNET..SEMUGA MENJADI PANDUAN KITA BERSAMA..SHARING IS CARING.

      Delete
    19. kalau xpublish karang orang marah pulak..nanti kata kita hide komen komen yg xelok, yg puji puji je publish..xpelah..sama sama kita baca komen "BUKAN UZTAZ", sebagai panduan hidup.

      ni tengah pening ni, bukan sebab komen tapi tengah pening pikir kotak mana saya sumbatkan telekung cantik hadiah dari sahabat saya yg dirindui YATI FAZLI..nak pakai sembahyang terawih malam ni..

      SELAMAT BERPUASA DAN BERTERAWIH KPD SEMUA WARGA DESARIA YG DIKASIHI..

      Delete
    20. PUAN ELLA,

      saya suka dgn ayat "Syukur aku padaMu ya Allah kerana memberi aku ketenangan itu..,Alhamdullillah, kalau kita ikhlas menyerah diri kpd Allah, bermohon dan bermunajat agar di jauhkan dari segala kehitaman hati dan diberi ketenangan, walaupun ujian, fitnah dtg melanda insyallah Allah tidak berpaling dari kita dan mengangkat doa kita..tapi kalau kita berdoa di Mekah sekalipun, tidak ikhlas, masih membiarkan hati hitam menguasai diri, maka kita tetap akan jadi mangsa syaitan dan iblis tanpa disedari.

      semoga kita semua mendapat Rahmat Allah, dan ella dan keluarga bahagia di bawah lindunganNYA.

      Delete
    21. Salam,

      terimakasih saya atas doa doa kalian..insyaallah saya juga tidak akan berhenti berdoa agar Allah tidak memberi ruang sedikitpun dalam hati saya menyimpan segala rasa keji seperti marah,dendam,benci, hasad dan segala penyakit hati yg akan memusnahkan rasa murni insan dalam diri saya...

      Delete
  6. SALAM SEMUA,...

    amboiiiiiiiii....berbakul bakul pujian bila dah tak de ye..masa depan mata, durian punye bakul pun xdapat..bila dah jauh pakai minyak gamat pun korang cakap wangi ye...terapung apung saya kat sini tau..he he..terimakasihlah banyak banyak....semakin banyak pujian, semakin sedih saya kat sini..terlalu banyak saat saat manis yg pasti akan jadi kenangan terindah dalam hidup saya sewaktu di sana...

    Sebelum pindah saya sempat wasiatkan resepi masakan kat ajk hawa yg lain..nanti kalau teringin surolah diorang buatkan ye..sebelum pindah Sepanyol saya menetaplah kat sini dulu..he he..kalau rindu mehler sini...

    Akhirkata, tak dapat nak tipu diri sendiri yang saya rindukan semua di sana..terimakasih kerana ingat semuanya tentang saya..terasa diri ini dihargai sangat..ada masa kita jumpa lagi..

    Wassalam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kan sama dgn tgn enkau la..patutlah enkau ramai yg sayang... aku terpaksa akur..

      Delete
  7. aku ni tak pindah pun orang tak perasan, dah pindah lagilah orang tak perasan terusss

    ReplyDelete
  8. rasa lain je ella tak ada miting malam tadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sapa nak ganti Ella nie....miting tak berseri

      Delete
  9. makanlah serimuka, mesti berseri seri...hi hi..

    ReplyDelete