Wednesday, May 9, 2012

SELOKA BUAT MUMMY ELLA...

Tidak ada kata-kata yang dapat aku zahirkan betapa terharunya aku menerima seloka ini dari anak-anakku sempena Hari Ibu pada tahun ini.  Memang setiap tahun ada saja kejutan yang dibuat oleh anak-anakku untuk ku.

Ingin aku berkongsi "rasa" ini dengan semua "ibu" yang membaca blog ini.

Kepada semua ibu..

"SELAMAT HARI IBU"

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^


SELOKA BUAT MUMMY ELLA


Berhari hari  mengumpul  idea,
untuk mencipta madah seloka,
bukan sengaja direka reka,
cetusan ikhlas buat mummy tercinta.

Terharu mendengar daddyku bercerita,
tentang mummyku yang memang jelita,
menolak yang berpangkat dan juga berharta,
daddyku terpilih kerana cinta.

Sentiasa ceria, berpewatakan manja,
pengikat daddyku mejadi teruja,
kami doakan kalian bahagia,
kasih dibawa hingga ke syurga.

Bukan hendak berkata riak,
mummyku selalu disangkakan kakak,
nak panggil makcik teragak agak,
usia menginjak tapi mcm tak bergerak.

Menatap potretmu semasa muda,
persis model antarabangsa,
Tapi menolak hidup glamer,
demi membesarkan kami semua.

Tawaran datang demi tawaran,
sikitpun mummy tak heran,
lebih suka mengenjut buaian,
mengasuh kami dengan airtangan.

Tanyalah pasal makanan,
kami tak pernah rasa kempunan,
semua menjadi setiap sentuhan,
setanding dengan chef handalan.

Seronoknya menjelang raya,
biskut tersendiri direkacipta,
carilah di merata rata,
tak kan sama mummyku punya.

Sudah berbulan angah di asrama,
makanan di sini tak lalu ku jamah,
hatiku sentiasa tak rasa betah,
teringat ingat masakan mummyku di rumah.

Teringat kami dikala demam,
mummy pasti tak tidur malam,
temperature and wet towel sentiasa di tangan,
khuatir kut kut kami terkena sawan.

Bibirnya sentiasa menguntum senyuman,
walaupun ku tahu dia kepenatan,
tidak ada satu keluhan,
boleh ketawa tiada sungutan.

Walaupun mummyku sentiasa busy,
rumahku sentiasa tersusun rapi,
luar dan dalam sentiasa berseri,
kami diasuh disiplin diri. 

Rumah ni kan jadi kenangan,
membesar di sini dan mengenal kawan,
kami terpisah tak tau alasan
di sisi kalian, di situlah kebahagiaan.

Apapun alasan tak kan ada soalan,
sedihnya hati yang tahu Tuhan,
terpisah jiran, rakan dan taulan,
di mana kalian, di situlah haluan.

Wahai mummyku yang dikasihi,
kami berempat pasti berjanji,
padamu  kami berbakti,
kasih tak padam hingga ke mati.


                                                        
SELAMAT  HARI  IBU.


dari kami anak anakmu,

ALMAZ EZZRA,
ANAZTEEN EZZRA,
AUFA EDHIA EZZRA,
AURA DANIELLA EZZRA.






Ella

No comments:

Post a Comment