Monday, December 21, 2009
IMBAS KEMBALI - GOTONG ROYONG
Friday, December 18, 2009
KARNIVAL SUKAN 2009
Wednesday, December 2, 2009
BILA LAGI NAK TUNJUK????
Friday, November 20, 2009
KEM SOLAT DI SURAU
Thursday, November 12, 2009
Friday, November 6, 2009
TANGGUH 1 HARI
Harap maklum.
Ella
SENAMROBIK
Senamrobik akan diadakan pada Sabtu, 7hb November 2009, jam 7.30pg , insyaallah.
Kalau cuaca tak mengizinkan (hujan) jangan lah hadir...tak pernah dibuat dek orang senamrobik hujan-hujan..hehe...
Ella
Thursday, October 29, 2009
SENAMROBIK
Dah bertambah 2kg?
Jangan risau! Setelah 2 bulan berehat, kita sambung kembali aktiviti senamrobik.
Suka diumumkan bermula pada Sabtu ini (31hb October 2009), senamrobik akan bermula pada jam 7.30pg di Padang Myanmar.
Jom bersenam.....
Ella
Sunday, October 25, 2009
Jamuan Hariraya Aidilfitri 2009 Bhg 2
Jom tengok klip video Jamuan Hariraya Aidilfitri 2009 Bhg 2
Ella
Saturday, October 24, 2009
JAMUAN HARIRAYA AIDILFITRI 2009
Hi sume!!
Alhamdulillah. Jamuan Hariraya Aidilfitri 2009 pada 17hb Oktober 2009 telah pun selesai. Sate, nasi, kueh mueh, lemang, dodol, cendol, dadih, buah-buahan dan beraneka juadah dinikmati bersama oleh penduduk Desaria.
Terima kasih pada yang memberi sumbangan tak kira dari segi material mahupun tenaga bagi menjayakan program anjuran bersama Persatuan Penduduk dan Surau Desaria ini.
Meh kito tengok kojo momasak malam sobolun tu dan pado siang haghi ei.....
Klip video ini dibahagi kepada 2 bahagian. Bahagian 1 dirakam pada waktu malam 16hb Oktober 2009 dan bahagaian 2 dirakam pada 17hb Oktober 2009 pada waktu siang.
Ella
Thursday, October 1, 2009
MAJLIS JAMUAN BERBUKA PERDANA
Jamuan Berbuka Perdana Penduduk telah diadakan pada 12hb Sep 2009 di kawasan Surau Desaria. Pada hari yang sama juga berlangsung majlis khatam Al Quran.
Gotong royong memasak telah bermula seawal tengahari untuk Jamuan Berbuka Perdana Penduduk.
Kami sempat merakam foto majlis
khatam Al Quran juga klip video gotong royong memasak.
Wednesday, September 30, 2009
HAWA JOM REWANG!
HAWA JOM REWANG di rumah En Zainal (ex-YDP) di Jalan 15 semperna majlis perkahwinan anak lelaki beliau yang diadakan pada hari Ahad 4hb Oktober, 2009.
Oleh kerana jamuan diadakan secara gotong royong....marilah rewang pada tengahari Sabtu ini (3hb Oktober,2009)....bawa pisau bersama-sama.
Kehadiran puan-puan sangat-sangat diharapkan. Berat sama dipikul...ringan sama dijinjing...Muafakat Membawa Berkat.
REWANG DI RUMAH X-YDP bukan MEREWANG DI DATARAN TENGOK XPDC!! Hihihi...
Ella
Monday, September 21, 2009
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Setelah satu bulan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan, tibalah masanya kita meraikan Hari Raya.
Di sini saya dan AJK-AJK biro hawa ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya bagi warga Desaria yang berugama Islam amnya dan kaum Hawa khasnya.
Insyaallah selepas habis demam makan menyambut raya, saya akan menulis lagi dan update aktiviti-aktiviti bagi kaum hawa seterusnya.
Insyaallah..
Ella
Tuesday, September 15, 2009
3 Dalam 1
Ini adalah klip video Bacaan Yaasin 3 in 1 sebelum kita menyambut Ramadhan tempohari.
Bukan offer carpet 3 in 1 kat Nilai 3 tetapi 3 majlis dalam 1 klip video.
Selamat menonton.
Ella
Tuesday, August 25, 2009
Air Tangan Tambat Keluarga Di Bulan Ramadhan
Friday, August 21, 2009
MARI BERTADARUS
Kami menghentikan aktiviti senamrobik sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal.
Untuk sepanjang Bulan Ramadhan yang mulia ini, tadarus al-quran akan diadakan setiap Sabtu dan Ahad jam 9pg di Surau Desaria.
Mari bertadarus dan selamat berpuasa.
Ella
Tuesday, August 18, 2009
Pada hari Khamis, 20hb Ogos, 2009 bertempat di Surau Desaria selepas Isyak akan diadakan sembahyang hajat untuk :-
1) Anak-anak yang bakal mengambil peperiksaan
2) Di jauhkan wabak penyakit
Sekiranya ada yang sudi menderma berupa makanan untuk jamuan makan adalah dialu-alukan.
Terima kasih.
Ella
Friday, August 14, 2009
AKTIVITI SEBELUM BULAN RAMADHAN
Aktiviti terakhir minggu ini sebelum masuk bulan Ramadhan :-
SABTU 15HB OGOS, 2009
1) Senamrobik jam 8pg
2) Bacaan Yaasin di rumah Puan Leena beralamat
No 137, Jalan 20 jam 2ptg
dan seterusnya
3) Bacaan Yaasin di rumah Puan Liza beralamat
No 481, Jalan 2.
Harap maklum
Ella
Friday, August 7, 2009
JEMPUTAN-JEMPUTAN
Saya diwakilkan menjemput puan-puan ke :-
1) Majlis perkahwinan di rumah En Mohd Hanif
Alamat: No 9, Jalan Desaria 13
Waktu : 11.30pg hingga 4.00ptg
Tarikh : 8hb Ogos 2009
2) Majlis Bacaan Yaasin di rumah Pn Rosmini
Alamat: No 84, Jalan 10
Waktu : 3ptg
Tarikh : 8hb Ogos 2009
3) Senamrobik bersama Cikgu Amir
Alamat: Padang Myanmar
Waktu : 8pg
Tarikh : 8hb Ogos 2009
4) Majlis Bacaan Yaasin di rumah Pn Fiza
Alamat: No 564, Jalan 1D/1, Taman Desaria
Waktu : 3ptg
Tarikh : 9hb Ogos 2009
Jemput ye...
Ella
Thursday, July 23, 2009
2 PERKARA PADA HARI SABTU INI.......
1) Dijemput hadir ke majlis bacaan yaasin di rumah Puan Yatie
Alamat : No 82 Jalan 10 Taman Desaria
Masa : 2.00 petang
Tarikh : 25 Julai 2009
2) Senamrobik akan dijalankan seperti biasa jam 8.00 pagi..
Kaum Hawa dijemput hadir bersama-sama pada Hari Gotong-Royong iaitu pada hari Ahad(26 Julai 2009).
Pada yang berkesempatan marilah kita bersama-sama menyediakan jamuan..
DATANG JANGAN TAK DATANG....
Ella
Sunday, July 19, 2009
PESANAN DARI CUIT TUMBANG PRODUCTION
Klip video di dalam blog ini boleh di 'download' menggunakan 'Real Player'.
Anda boleh mendapatkan software ini dari internet secara percuma melalui laman web 'Real Player'.
Sekiranya anda sudah install software tersebut, apabila ingin menonton klip video, bawakan 'cursor' ke gambar video dan anda akan nampak tulisan 'DOWNLOAD THIS VIDEO' di sebelah kanan atas frame video tersebut. Cuma klik di atas perkataan tersebut dan komputer anda secara otomatik akan 'muat turun' kannya.
Sekiranya anda sudah pun ada software tersebut di komputer tapi tiada perkataan tersebut, anda perlu 'uninstall' software itu dan install semula.
Seperkara lagi, jangan lupa selalulah membersihkan computer anda dengan menggunakan program 'defragment' yang sedia ada di komputer.
Ini akan mengurangkan 'buffering' ketika menonton video secara online melalui internet.
Setelah video di muat turun, ianya boleh di 'save' kan di folder anda.
Sewaktu 'playback' klip itu boleh dibesarkan menjadi 'full screen' dan ditonton tanpa tersekat-sekat.
Itu sajalah pesan ku wahai mambang.....
Selamat mencuba!
Ella
SENAMROBIK VOL 8 & 9
Video senamrobik dah siap! Untuk vol 8 yg telah diadakan pada 11hb Julai, 2009, juruvideonya on MC, oleh itu Pn Zue mencuri masa sedikit untuk merakamkan video dan juga gambar2.
Selamat menonton.
Ella
Thursday, July 16, 2009
SENAMROBIK
Jom bersenam!!
Ella
Thursday, July 9, 2009
JANGAN LUPA
Sabtu ini 11hb Julai, 2009, senamrobik seperti biasa akan diadakan di Padang Myanmar jam 8pg.
Jom bersenam!!
Ella
Sunday, July 5, 2009
Wednesday, July 1, 2009
SUNDAY SPECIAL lagi
Ok. Jom kita tonton SUNDAY SPECIAL Part 2!
Ella
Tuesday, June 30, 2009
SUNDAY SPECIAL
Klip video Sunday Special ini terpaksa dibahagikan kepada 2 siri kerana ianya mengambil masa 35minit dan tidak boleh di upload ke laman web ini sejak dari hari Sabtu lepas.
Oleh itu Cuit Tumbang Production (CT Prod) menyediakan 2 siri.
Video ini adalah hiburan semata-mata dan CT Prod memohon ampun dan maaf sekiranya ada yang berjauh hati dengan kandungan klip video ini.
Ini adalah SUNDAY SPECIAL Part 1.
Ella
Wednesday, June 24, 2009
AMBIL PERHATIAN
Ni nak bagi notis iaitu Sabtu ini, 27hb Jun 2009 aktiviti senamrobik dibatalkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan
Senamrobik akan diadakan semula pada Sabtu minggu depan, 4hb July 2009.
Bulan depan lah tuu...
Ambil perhatian, jangan terpacak lak pg Sabtu ni kt 'Myanmar Square'.
Perhatian juga pada kaki skodeng, boleh lah bangun lewat sikit, no assignment for you..hehehe......
Ella
Monday, June 22, 2009
BACAAN YAASIN VOL 2
Ini adalah rakaman video dan gambar sewaktu majlis membaca yaasin dan tahlil di rumah Puan Salmi pada 20hb Jun, 2009.
Maaf kerana audio yang kurang memuaskan pada 5minit pertama klip video ini.
Ella
Sunday, June 21, 2009
SENAMROBIK VOL 6
Ni dia video senamrobik pada 20hb Jun 2009.
Maaf kerana visualnya tak stabil disebabkan juruvideonya sakit perut!!
Ella
Thursday, June 18, 2009
2 PERKARA PADA HARI SABTU INI
Untuk hari Sabtu 20hb Jun 2009 ini, kita ada 2 aktiviti:-
1) Bacaan Yaasin. Dijemput kaum hawa desaria ke rumah Pn Salmi, beralamat no 83, Jalan Desaria 10, Taman Desaria pada jam 3ptg.
2) Senamrobik. Seperti biasa diadakan pada jam 8pg.
Jemput hadir.
Ella
Wednesday, June 10, 2009
SENAMROBIK VOL 4 & 5
Harap2 kaum adam dapat hadir ke padang myanmar lebih ramai dari hawa yang di dalam klip video ini.
Amacam kaum adam, ada berani ka..??
Ella
Tuesday, June 9, 2009
LAGI SATU BONUS
Nak bagitau, senamrobik minggu ni akan diadakan pada hari AHAD 14hb Jun 2009, JAM 9pg., (untuk minggu ni aje tau).
Yang bonus nya, kaum adam pun kalau minat bersenam, boleh lah join sekali - TO LEARN THE STEP OF POCO2.
Cian kat dorang...(selama hari ni asyik lah skodeng dari jauh..hehe).
Jemput beramai2...
Jom bersenam...
Ella
Thursday, June 4, 2009
2 PERKARA PADA HARI SABTU
1) Seperti biasa, hari Sabtu ini, 6hb Jun 2009, senamrobik akan diadakan di tempat biasa. Cuma waktu nya dilewatkan sedikit kepada 8pagi. Jom bersenam!!
2) Pada pukul 1tghari, dijemput kerumah Kak Long beralamat No 20, Jalan 12, Tmn Desaria. Ada jamuan kenduri tahlil bagi hawa. Jom makan!!
Jangan lupe ye..
Ella
Sunday, May 31, 2009
BONUS DARI CUIT TUMBANG PRODUCTION
Suka diingatkan bahawasanya klip video ini adalah berunsur hiburan semata-mata.
Oleh itu saman-menyaman tidak boleh difailkan..hehe..
Happy watching!!
Ella
Thursday, May 28, 2009
Wednesday, May 27, 2009
BULETIN HAWA MINGGU INI
Sabtu 30hb Mei 2009, jam 7.30pg bertempat di padang sebelah surau.
Jom datang beramai-ramai...
BACAAN YAASIN
Atas permintaan Puan Nurizah Hj Ahmad dari Jalan 8, Desaria ingin mengadakan bacaan yaasin semperna pelancaran saloon beliau di alamat seperti berikut:-
SUPERCUT STUDIO
No 38, Jalan Bukit Mahkota 4/1
Bukit Mahkota
(bersebelahan dgn Dobi MsKleen)
Tarikh : 30hb Mei 2009
Waktu : 3petang
Jemput hadir beramai ramai.
Sudi-sudilah membawa juadah untuk dijamu bersama.
Ella
Monday, May 25, 2009
BACAAN YAASIN
Tak caya? Jom kita tengok clip video ini.....
Ella
PROGRAM KEM REMAJA ISLAM SOLEH SIRI 2 (KERIS 2)
Tarikh : Sesi 1 : 31/05/2009(Ahad) - 02/06/2009(Selasa)
Tempat : Rumah Anak Yatim ABIM, Dengkil
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En Mohd Razif Mahadi (Jalan 12 ; 012-2390846 atau En Mohd Azuddin Sham Abdullah (Jalan 10 ; 019-2380807)
atau layari blog Desaria Desa Kita.
Terima kasih.
Ella
Saturday, May 16, 2009
SENAMROBIK POCO-POCO VOL 2
Hai, inilah aktiviti mingguan kita yang pertama, Senamrobik Poco-Poco. Alhamdulillah sambutan masih tetap seperti minggu lepas, cuma yang kurang adalah berat badan peserta...
Minggu depan, senamrobik akan diteruskan di hari dan waktu yang sama. Untuk makluman, yuran senamrobik adalah berasaskan bilangan peserta, lebih ramai, lebih murah kutipan yang dikenakan.
Bermula dari 23hb Mei, 2009 bersamaan hari Sabtu, kita akan mengadakan bacaan Surah Yaasin bertempat di surau Desaria jam 5ptg. Digalakkan hadirin membawa 'pot luck'.Sesiapa yang ingin menjadi tuanrumah diwaktu yang akan datang, boleh lah menghubungi AJK Biro Hawa.
Kami juga akan mengadakan aktiviti bolajaring dalam masa terdekat. Sesiapa yang berminat boleh mendaftar nama pada kami. Sebarang perkembangan dan pembaharuan akan diberitahu kelak.
Ella
IBU SPORTING
Friday, May 15, 2009
SENAMROBIK POCO-POCO
Kita ada senamrobik esok pagi Sabtu 16hb Mei 2009, jam 7.30pg di padang bersebelahan surau Desaria.
Anda diminta mengambil 'light breakfast' satu jam sebelum senamrobik bermula.
Jumpa di sana....di sana....di sinun.....
Ella
Wednesday, May 13, 2009
Hari Ibu - Sajak Pilihan
Setelah kami biro Hawa meneliti dan mendengar deklamasi sajak oleh anak2 kita yg comel dan jelas menyayangi ibu2nya...
Inilah dia sajak-sajak terbaik yang telah dipilih. Dan seperti yg dijanjikan, sajak2 terbaik akan dipamerkan disini, utk tatapan seluruh pembaca yg mengikuti blog ini.
Tersentuh tu baca sajak yg ditulis ikhlas dari jiwa anak-anak kecil ini....
Berikut adalah 3 sajak terbaik.
Sajak pertama oleh M. Amirul Haziq
Dan.......
Bonus kepada sajak ini.....oleh Noor Aina Afhirah binti Ramlee
BAK PAYUNG DIWAKTU HUJAN
KASIHSAYANGMU BAK SETANGGI SYURGA
MENGHARUMI SETIAP RUANG KALBUKU
p/s: editing not good, so hasil dan mutu paparan jg tidak baik...
till next entry...
Tuesday, May 12, 2009
SENAMROBIK POCO-POCO
Gambar, video dan lagu dalam klip video ini adalah untuk koleksi peribadi saya.
Banyak kekurangan dari segi kualiti dan teknikal. Namun saya 'post'kan di sini
untuk kita tonton bersama.
"HAPPY VIEWING"
Ella
Sunday, May 10, 2009
KEMERIAHAN MAJLIS.....
Diharap kaum hawa semua enjoy dengan senamrobik poco-poco kita, sekurang-kurangnya released lah sikit tension dapat menari semalam..hehehe..
Kepada para suami, picit-picit lah kaki isteri yang kekejangan urat tu..dah namanya pun 'Hari Ibu'...dimanjo-manjokanlah bini tu haa...
Kepada anak-anak yang hadir...semoga happy dengan goodies pack yang acik-acik biro Hawa sediakan.
Kami dengan rendah hati memohon maaf jika ada sebarang kekurangan pada majlis kami semalam tapi percayalah, kami di biro Hawa telah memberikan 100% komitmen untuk menjayakan majlis itu.
Terima kasih saya yang tidak terhingga kepada AJK-AJK (Ella & TheGang), sponsor-sponsor yang baik budi khasnya dan kepada mereka semua yang terlibat (walaupun kepada yang meniup belon) amnya menjayakan majlis ini.
Akhir kata, 'Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat'
Wasallam.
Ella
MADAH DAN KERENAH
Apa pun, sama-samalah kita menghayati lirik lagu ni.......
"apa yang penting....bekerjasama....." (dipinjam dr lirik kartun Wonderpets)
hehehe...
p/s. Kalau tak hingin dongar lagu tu, salam tangan kanan si 'Kittie'.
Ella
Wednesday, May 6, 2009
HAPPY MOTHERS' DAY
To all women, it's normal when u r in ur 20's, u'll look very 'MENGANCAM'
When u r @ 30's, u begin to behave 'BERMACAM-MACAM'
When u turn 40's - 50's, u'll feel 'TERANCAM' and sadly
When u reach above 60's, orang langsung tak boleh 'CAM'!!
HAPPY MOTHER'S DAY
Ella
MAJLIS SAMBUTAN HARI IBU 2009
Assalamualaikum
Dijemput puan-puan dan anak-anak ke Majlis "Sambutan Hari Ibu" anjuran Biro Hawa.
Tarikh : 9hb Mei 2009 Sabtu
Masa : 9pagi - 12.30tengahari
Tempat : Bangunan Tambahan Surau Desa Desaria
Agenda :
9pg - 9.30pg - Pendaftaran dan pembayaran yuran ahli
9.30pg - 10pg - Senamrobik poco-poco (di padang bersebelahan surau)
Aktiviti mewarna bagi anak-anak berumur dibawah 7th
Mencipta dan mendeklamasi sajak dibawah tajuk Untukmu
Ibu - untuk anak-anak berumur 8 hingga 13th. Karya mestilah
asli ciptaan sendiri bukan diciplak dari mana-mana sumber.
3 sajak terbaik akan menerima hadiah dan akan disiarkan di
blog ini.
12tgh-12.30tgh- Jamuan tengahari
12.30tgh - Bersurai
Kami ada hadiah untuk ibu yang paling "sporting"
Semoga kehadiran puan-puan akan menyerikan lagi majlis dan merapatkan silaturahim.
Ella
Friday, May 1, 2009
JOM HAWA..........
Bertemu kita buat pertama kali di laman blog Hawa Desaria.
Saya Puan Ella, salah seorang ahli biro Hawa yang dilantik meneruskan kesinambungan Hawa yang ditubuhkan pada 18hb Januari 2007 di bawah pimpinan Puan Narul Hiza bte Nordin (2007 - 2008)
Untuk makluman semua, tahun ini biro Hawa di bawah pimpinan :
Puan Ella - 016 - 6185606
Puan Ayu - 012 - 9352405
Puan Zue - 017 - 6233683
Dalam perjumpaan Hawa yang pertama iaitu pada hari Sabtu (25hb April, 2009) jam 2 petang yang lalu, Hawa telah melantik AJK-AJK kecil yang akan membantu dalam menjayakan setiap program yang dalam perancangan kami.
AJK-AJK kecil yang dilantik ialah :
Puan Yatie (Jalan 10) - Bendahari
Puan Yatie (Jalan 6 ) - AJK Surau
Puan Ila (Jalan 18) - AJK Surau
Puan Rosliza (Jalan 10) - AJK Surau
Kak Long (Jalan 12) - AJK Surau
Kepada puan-puan yang belum menyertai atau ingin menjadi ahli Hawa boleh menghubungi kami di talian seperti yang tercatat.
Bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut :
Pendaftaran - RM10 (sekali sahaja)
Bayaran bulanan - RM 2
Kami juga sedang merangka beberapa aktiviti untuk wanita Desaria amnya hasil dari susulan/cadangan pada perjumpaan yang lalu.
Kami masih meneruskan aktiviti berterusan kesinambungan dari tahun-tahun yang lepas iaitu membaca Surah Yaasin sebulan sekali di rumah bergantung pada permintaan......Sesiapa yang ingin turut serta menjadi tuanrumah boleh lah menghubungi kami.
Seperti dalam perancangan......program pertama kami akan diadakan pada hari Sabtu 9hb Mei 2009 bermula dari pukul 9 pagi bersemperna Hari Ibu.
Kami telah merangka beberapa aktiviti pada hari tersebut.
Kami akan memaklumkan pada semua ahli dari semasa ke semasa setiap perkembangan kami di blog Hawa ini dan melalui surat......rajin-rajin lah bukak petisurat.
Semoga kehadiran puan-puan disetiap program yang kami jalankan akan merapatkan lagi silaturahim sesama kita......yang jauh kita dekat-dekatkan, yang tak kenal, kita kenal-kenalkan, yang bersengketa kita mesra-mesrakan...
Bertemu kita lagi dilain episode....akhir kata dari saya, senyum-senyumlah selalu kerana senyum itu satu sedekah dan ketawa-ketawalah selalu kerana ketawa itu penghilang amarah....wassalam....
Ella