Tuesday, August 25, 2009

Air Tangan Tambat Keluarga Di Bulan Ramadhan

Hai... Bertemu lagi kita....
Selamat Berpuasa Semua....
Baru hari ni saya berkesempatan menulis ..... Ingatkan bulan-bulan puasa ni bolehlah mencuri masa sedikit merehatkan badan... emm.. tak jugak...
Nampaknya jd perempuan ni (merangkap isteri dan ibu) mmg tak de time off.... Lagi- lagi cuti sekolah ni... Nasib baiklah bulan puasa.. Atleast nampak jugaklah muka letih anak-anak kita... Kalau tak....
Sememangnya kehadiran Ramadhan amat dinanti-nantikan oleh seluruh umat islam di dunia. Selain dpt mmbersihkan diri dari kekotoran dan hasad dengki yg tertanam dalam diri...Bulan puasa juga memberi ruang kepada kita untuk berkumpul besama-sama keluarga...maklumlah, jika di hari-hari lain kita bekerja tanpa mengira waktu, justeru di bulan puasa kita berusaha pulang lebih awal dari hari-hari biasa semata-mata unuk berkumpul dan berbuka puasa bersama-sama keluarga.
Bagi surirumah, peluang berkumpul dan berbuka puasa bersama suami dan anak-anak mungkin boleh digunakan untuk menjamu keluarga dengan air tangan sendiri, mentelahan pula bagi surirumah yang pernah bekerja selama ini tidak berkesempatan untuk menyediakan makanan buat keluarga. Justeru apa salahnya di bulan puasa ini , kita mencuri sedikit ruang waktu turun ke dapur untuk memasak dan menyajikan sendiri makanan buat keluarga tersayang. Selain terjamin kebersihannya, ia juga satu cara untuk berjimat.
Maklumlah adakalanya selera kita berubah di bulan Ramadhan. Melihat juadah di Bazaar Ramadhan.... Semuanya kita teringin nak rasa. Sampaikan air sirap bandung pun kita nak beli.. Macamlah susah sangat nak buat.. Itu belum kira kuih muih yang lain.. Bila dah letak atas meja dah tak muat pulak!!.. Nak letak pinggan nasi pun dah tak de space..Tapi apabila time berbuka... sentuh pun tidak.... Minum sikit dh kenyang... At last tong sampah jugak yang jadi mangsa..
Inilah sebahagian kebiasaan yang sukar dikikis disegelintir kita di bulan Ramadhan..
Di sini saya ingin berkongsi resepi yang saya selalu sajikan pada hari-hari istimewa untuk keluarga tersayang........ Mesti dapat cium tanda tersedap sangat.. hehehe...... Cubalah kalau tak caye!!!!!!
Sebelum tu.... Camner ngan erobik team??? Jgn lepas raya nanti angkat kaki pun tak larat..... Mehler join erobik malam kat surau...Solat Terawih ler....itupun kira senaman gak tu... Jumpa di sana...di sana..
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Nasi Paella Cik Ella
----------------------------------
Bahan-bahan:
mentega
50 g isi ayam di dadu
100 g isi udang
100 g kepah (kat Giant ade jual)
3 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
50 g mix vege(lobak merah,kacan pis hijau, kentang potong dadu)
1 biji tomato dipotong empat
200 g beras basmathi dibersih dan disejat
air rebusan ayam secukupnya
cili merah dihiris
sedikit garam lada sulah serbuk cili
bahan hiasan
lemon,tomato hiris udang celur sebentar..
Cara Membuatnya:
Hubungi CIK ELLa.. (016-6185606)
Den da ponat menaip ni..
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Pencuci Mulut
puding cendol kacang hijau
Bahan-bahannya:
2 paket agar-agar serbuk
1 ketul besar gula melaka
2 cawan gula
1 tin susu cair
1 santan kelapa(Satu hengget)
1 cawan cendol
100 g kacang hijau(rebus sampai empuk pastu tos kan)
Cara cara buat:
Tuangkan 1/2 liter air besama satu paket agar-agar, masukan 1 cawan gula.
Bila mendidih, tuangkan santan pekat. Tuangkan adunan dalam loyang.
Tuangkan cendol di atas nya biarkan sejuk dan membeku. kacang hijau yg empuk td dikisar halus dengan satu tin susu cair. Ketepikan.
Tuangkan 1/2 liter air, gula melaka, 1 cawan gula pasir dan 1 paket agar-agar serbuk. Biarkan sampai mendidih. Kemudian tuangkan adunan yang dikisar td.. Gaul Rata..
Cedok adunan yang baru masak keatas adunan yang sudah membeku perlahan lahan... sejukan dalam peti sejuk..
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Banana Shake Cik Ella
Bahan bahan:
50 g badam yg dah bakar sekejap
100 g prun tanpa biji(buah kurma pun boleh)
2 biji pisang
2 cawan susu segar
6 sudu besar madu
1 botol kecil yogurt strawberry
ais secukupnyer
Cara buat:
Campurkan bahan di atas ke dalam mesin pengisar. Tapi badam dan prun jgnlah kisar halus sangat...biar nampak berbijik-bijik sikit..
PAHAM X????
Sekian Terima Kasih..
Cik Ella nak masak...
Ella

2 comments:

  1. Salam Ramadhan buat cik Ella n kuarge

    Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi

    kiter suker sumer tu...tapi buat mmg tak tau...dah kebetulan cik ella da kasik resepi ni..kena lah kita meringan kan tulang cuber buat...itu pun kene la tunggu weekend aje.

    menu berbuka saya hari-hari sempoi je saya buat aper yang terdaya aje maklumlah...saya ni suri rumah suku masa sahaja... yg masak hanya lepas tekak kami anak beranak..

    kepada cik Ella rerajin lah menaip kasi siap itu resepi...den nak tepon kedit da habis

    TQ jumpe lagi

    ReplyDelete
  2. Orang pompuan memang banyak keja. 24 jam x habis. Kesian pun ada. dari pagi nak basuh kain, sidai kain, angkat kain , lipat kain sampaikan ke malam pun bab kain pun x habih2 laie. begitu lah sibuknya seorang ibu dan isteri.

    tapi kalau kita tanya anak2 x kira la yg berumur 4 tahun atau 40 tahun, semua akan cakap masakan yang paling sedap adalah masakan ibu.... ( kalau mak dia masaklah)

    itulah dia consolation jadi seorang ibu. hendak nya bila tengok anak2 makan bertambah2 apa yang dimasak dek ibu tu.

    Tapi anak2 skrg pun PR cukup bagus. Bila bapak gorengkan telur mata lembu pun dia orang cakap best nya..

    ReplyDelete