Hai...Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Bertemu kita buat pertama kali di laman blog Hawa Desaria.
Saya Puan Ella, salah seorang ahli biro Hawa yang dilantik meneruskan kesinambungan Hawa yang ditubuhkan pada 18hb Januari 2007 di bawah pimpinan Puan Narul Hiza bte Nordin (2007 - 2008)
Untuk makluman semua, tahun ini biro Hawa di bawah pimpinan :
Puan Ella - 016 - 6185606
Puan Ayu - 012 - 9352405
Puan Zue - 017 - 6233683
Dalam perjumpaan Hawa yang pertama iaitu pada hari Sabtu (25hb April, 2009) jam 2 petang yang lalu, Hawa telah melantik AJK-AJK kecil yang akan membantu dalam menjayakan setiap program yang dalam perancangan kami.
AJK-AJK kecil yang dilantik ialah :
Puan Yatie (Jalan 10) - Bendahari
Puan Yatie (Jalan 6 ) - AJK Surau
Puan Ila (Jalan 18) - AJK Surau
Puan Rosliza (Jalan 10) - AJK Surau
Kak Long (Jalan 12) - AJK Surau
Kepada puan-puan yang belum menyertai atau ingin menjadi ahli Hawa boleh menghubungi kami di talian seperti yang tercatat.
Bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut :
Pendaftaran - RM10 (sekali sahaja)
Bayaran bulanan - RM 2
Kami juga sedang merangka beberapa aktiviti untuk wanita Desaria amnya hasil dari susulan/cadangan pada perjumpaan yang lalu.
Kami masih meneruskan aktiviti berterusan kesinambungan dari tahun-tahun yang lepas iaitu membaca Surah Yaasin sebulan sekali di rumah bergantung pada permintaan......Sesiapa yang ingin turut serta menjadi tuanrumah boleh lah menghubungi kami.
Seperti dalam perancangan......program pertama kami akan diadakan pada hari Sabtu 9hb Mei 2009 bermula dari pukul 9 pagi bersemperna Hari Ibu.
Kami telah merangka beberapa aktiviti pada hari tersebut.
Kami akan memaklumkan pada semua ahli dari semasa ke semasa setiap perkembangan kami di blog Hawa ini dan melalui surat......rajin-rajin lah bukak petisurat.
Semoga kehadiran puan-puan disetiap program yang kami jalankan akan merapatkan lagi silaturahim sesama kita......yang jauh kita dekat-dekatkan, yang tak kenal, kita kenal-kenalkan, yang bersengketa kita mesra-mesrakan...
Bertemu kita lagi dilain episode....akhir kata dari saya, senyum-senyumlah selalu kerana senyum itu satu sedekah dan ketawa-ketawalah selalu kerana ketawa itu penghilang amarah....wassalam....
Ella
Tahniah kepada Biro Hawa kerana telah mempunyai blog sendiri . Semoga dengan adanya kemudahan blog ini dapat kita semua berinteraksi dengan lebih dekat lagi .
ReplyDeleteGood luck and all the best kepada team baru Biro Hawa tahun ini semoga semua aktiviti2 yang di rancang akan mendapat kerjasama dari semua masyarakat Taman Desaria . Amiin
Latar belakangnya sungguh meriah sekali.
ReplyDeleteSemoga aktiviti pertama Biro Hawa sempena Hari Ibu hujung minggu ini akan berjalan lancar dan hadirin yang datang akan enjoy dan happy semuanya ....
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam hormat dan Selamat Maju Jaya.
ReplyDeleteIzinkan saya memberi sedikit penjelasan tentang keahlian HAWA. YDP Yusof dan Sdr Razif SU Persatuan Penduduk & kebajikan Desaria sila betulkan saya jika keterangan saya berikan terpesong.
Biro Hal Ehwal Wanita, rengkasnya HAWA. Kewujudan HAWA merupakan salah satu biro di bawah Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria. Kehadiran biro ini adalah cetusan idea Puan Narul Hiza dan telah diserapkan ke dalam Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria dan dipersetujui oleh AJK dan disahkan dalam AGM.
Semua ahli HAWA, yang belum menjadi ahli Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria diwajibkan mengisi borang untuk menjadi ahli Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria terlebih dahulu. Justeru, semua ahli wanita Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria secara otomatik adalah ahli HAWA dan mempunyai hak yang sama rata dengan ahli-ahli lain yang berdaftar dengan Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria.
DAN, Ketua Biro HAWA wajib melaporkan segala aktiviti yang dirancang kepada Jawatankuasa Induk Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria untuk rekod dan keputusan.
Aktiviti kelolaan Biro HAWA merupakan satu cabang aktiviti badan induk Persatuan yang digarap khusus untuk ahli ahli wanita.
Keahlian Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria diklasifikasikan kepada tiga (3) kategori;
1) Ahli Seumur Hidup - Yuran sebanyak RM500.00 (semr hidp),
2) Ahli Biasa - Yuran sebanyak RM2.00 sebulan, dan
3) Ahli Bersekutu - Yuran sebanyak RM3.00 sebulan.
Ketiga-tiga jenis ahli ini (jika Wanita) secara otomatik adalah ahli HAWA.
Yuran Ppendaftaran bagi ketiga-tiga jenis ahli ialah sebanyak RM10.00
Kesimpulannya, seseorang wanita mesti menjadi ahli Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria terlebih dahulu sebelum boleh menjadi ahli HAWA atau menjadi ahli jawatankuasa kecil HAWA.
Harap maaf jika penerangan saya ini tersasar dan menyinggung perasaan hati HAWA. Saya cuma memberi penjelasan. Jika difikirkan HAWA merupakan persatuan dalam persatuan maka saya serahkan perkara ini kepada Yang Berusaha Tuan Yang DiPertua Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria. I rest my case.
Wasalam
Penjelasan encik zainal tu memang betul. Pada saya kekeliruan mungkin timbul apabila perkataan AHLI HAWA digunakan.Tapi itu dari segi teknikal aja dan puan Ella bolehlah clarifykan semula maksud beliau.
ReplyDeleteTapi seperti mana yang saya maklumi, aktiviti Hawa ini tak pernah di hadkan kepada ahli wanita persatuan penduduk sahaja. sebaliknya ia terbuka kepada seluruh kaum wanita di desaria ini. Pada saya ini adalah cara terbaik untuk menarik lebih ramai kaum wanita menjadi ahli persatuan penduduk.
Samalah juga dengan aktiviti ronda yang tidak dihadkan kepada ahli persatuan sahaja.
Walaubagaimana pun selamat maju jaya kepada biro Hawa.
Assakamualaikum Pok Su Jenal.
ReplyDelete'Kesimpulannya, seseorang wanita mesti menjadi ahli Persatuan Penduduk & Kebajikan Desaria terlebih dahulu sebelum boleh menjadi ahli HAWA atau menjadi ahli jawatankuasa kecil HAWA'
# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #
Saya berterima kasih pada Pok Su Jenal kerana
memberi penjelasan di blog Hawa ini. Mungkin
kekeliruan ini timbul disebabkan gaya penyampaian saya kurang detail, namun saya rasa Pok Su Jenal telah menghuraikan kekeliruan itu pada komen di atas.
Maaf diatas kekeliruan ini.
Teringat saya pantun "buah cempedak di luar pagar...."
wahhhhh pinknyer blog anda...
ReplyDeleteletak lah chat box... barulah nak best buat slot umpat-umpatan....
huuuuuuuu