Wednesday, September 30, 2009

HAWA JOM REWANG!

Assalamualaikum,

HAWA JOM REWANG di rumah En Zainal (ex-YDP) di Jalan 15 semperna majlis perkahwinan anak lelaki beliau yang diadakan pada hari Ahad 4hb Oktober, 2009.

Oleh kerana jamuan diadakan secara gotong royong....marilah rewang pada tengahari Sabtu ini (3hb Oktober,2009)....bawa pisau bersama-sama.

Kehadiran puan-puan sangat-sangat diharapkan. Berat sama dipikul...ringan sama dijinjing...Muafakat Membawa Berkat.

REWANG DI RUMAH X-YDP bukan MEREWANG DI DATARAN TENGOK XPDC!! Hihihi...




Ella

1 comment:

  1. Di Negeri Sembilan nie Rewang dipanggil BERKAMPONG. Pada kebiasaannya satu kampung akan dijemput untuk membuat persiapan awal membantu tuan rumah.

    Satu lagi istilah BERTANAM. Orang kampung yang meraikan majlis perkahwinan ini akan memberi tuan rumah pelbagai barangan dan akan direkodkan . Jadi bila sipemberi mengadakan majlis perkahwinan pula, penerima yang mula2 tadi akan memberi barangan yang serupa di terimanya dahulu. Buku2 rekod nie biasanya disimpan bertahun2 lamanya sampailah semua yang di TANAM tu dibayar balik .

    Satu lagi bila datang Rewang nie jangan datang berlenggang. Paling tidak bawak sebilah pisau . Pantang orang tua2 bila berkampong datang berlenggang........

    ReplyDelete