Sunday, May 10, 2009

KEMERIAHAN MAJLIS.....

Alhamdulillah. Aktiviti Hawa yang pertama kita pada tahun ni berjalan dengan lancar dan penuh meriah.
Sambutan hebat yang diberikan daripada kaum hawa memang di luar jangkaan kami.
Jutaan terima kasih pada mereka yang sudi meluangkan masa bersama-sama meraikan majlis Hari Ibu semalam.
Semoga pertemuan kita itu menambahkan lagi kemesraan sesama kita di Desaria ini.
Diharap kaum hawa semua enjoy dengan senamrobik poco-poco kita, sekurang-kurangnya released lah sikit tension dapat menari semalam..hehehe..
Kepada para suami, picit-picit lah kaki isteri yang kekejangan urat tu..dah namanya pun 'Hari Ibu'...dimanjo-manjokanlah bini tu haa...
Kepada anak-anak yang hadir...semoga happy dengan goodies pack yang acik-acik biro Hawa sediakan.
Kami dengan rendah hati memohon maaf jika ada sebarang kekurangan pada majlis kami semalam tapi percayalah, kami di biro Hawa telah memberikan 100% komitmen untuk menjayakan majlis itu.

Terima kasih saya yang tidak terhingga kepada AJK-AJK (Ella & TheGang), sponsor-sponsor yang baik budi khasnya dan kepada mereka semua yang terlibat (walaupun kepada yang meniup belon) amnya menjayakan majlis ini.

Akhir kata, 'Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat'

Wasallam.







Ella

2 comments:

  1. Salaam .

    Firstly , congratulations to Biro Hawa for the successful Mother's Day celebration last Sunday !

    Aktiviti senamrobik dan poco-poco adalah sesuai benar untuk menghilangkan stress para ibu yang sudah tentu penat dengan kerjaya dan urusan rumah tangga . Diharap aktiviti senaman seperti ini dapat diteruskan setiap bulan/minggu untuk kebaikan para ibu semua .

    Anak-anak yang hadir juga happy dengan aktiviti membaca sajak , mewarna dan juga goody bag yang diterima , so in a nutshell , everybody enjoyed themselves . Kaum ibu dapat beriadah sambil berkenalan sesama jiran , anak-anak juga dapat bergaul mesra dengan satu sama lain .

    Akhir kata , semoga Biro Hawa (Ella dan gang) akan meneruskan aktiviti-aktiviti lain yang telah dipersetujui semua sepanjang tahun ini .

    keep up the good work . Wassalam

    ReplyDelete
  2. Thanks for the compliment.
    This programme was a successful one because of all of us and it was created for us (the hawas)

    And thanks for the moral support.

    ReplyDelete