Monday, January 25, 2010

PESAN ACIK ELLA

Salam.

(Ekoran dari kejadian jatuh motor petang 22/01/2010)

Pada anak-anakku di Desaria ni...Acik Ella nak pesan sikit...kalau tak ada aktiviti petang-petang tu...terutama anak-anak pompuan, Acik Ella dah cacak tiang netball kat Padang Myanmar tu.
Pegilah main...cari member-member kumpul team sendiri masa hari sukan tempohari.

Jangan bawak-bawak motor abah ke, abang ke, emak ke...malang tak berbau...kalau dah jatuh...patah riuk...calar balar...sayang muka-muka comel tu...jatuh saham nanti!
Kalau boring-boring...dah takde keje nak buat selain netball, call Acik Ella...bagi cadangan nak buat apa kat Desaria ni...asalkan tak membahayakan kesihatan...dan nyawa...

INGAT TU!!


p/s walau apa pun Acik Ella simpati pada adik2 yg jatuh motor hari tu...yelah benda dah nak jadi dan dah terjadi pun...semoga cepat sembuh.
Kepada ibubapa, kalau boleh larang2lah anak2 kita yg bawah umur ni bawak motor...bukan apa...kalau dah terjadi sesuatu yg buruk...terlanggar anak org misalnya...tuding menuding jari...dah terlambat sume tu. Jadi eloklah kita pesan-memesan...tegur menegur...beringat2 sebelum kena...

Mohon jasabaik ahli2 ronda...tolong tengok2 kan tiang netball kek padang tu...kut ado yang rajin mikul ko kodai bosi...


Ella

Tuesday, January 19, 2010

BERITA LAGI TERKINI!!!!

Salam sume...

Berita terbaru...

Alhamdulillah...Ayahanda Manap telah pun dibenarkan keluar dari Hospital Serdang dan kini sedang berehat di rumah beliau.

Harap maklum.


Ella

Sunday, January 17, 2010

BERITA TERKINI!!!

Salam.

Berita terbaru saya terima, Ayahanda Manap kini berada di
Hospital Serdang, Wad 6C, katil no 15.

Harap maklum.



Ella

Friday, January 15, 2010

SEPETANG BERSAMA AYAHANDA MANAP

Salam.

Dikejutkan dengan berita ayahanda dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada hari Selasa (29hb Dis 2009) yang lalu kerana 'stroke'...antara percaya dengan tidak saya menerima khabar kurang enak itu.
Petang sehari sebelum kejadian..ayahanda berjalan kaki ke rumah saya...ketika itu saya sedang sibuk di dapur menyediakan makan malam...terkilan tidak dapat bertemu beliau kerana ketika saya keluar ke depan...ayahanda sudah pun beredar.

Hari kemasukan ayahanda ke hospital, saya, Yatie(Zul), YDP dan isteri pergi menziarahi..walaupun menanggung kesakitan..beliau masih lagi mampu tersenyum kepada kami.

Syukur...ayahanda kini tidak lagi berada di CCU. Pada 4hb Jan 2010, saya, Zue bersama suami sekali lagi menziarahi ayahanda yang telah dipindahkan ke wad biasa. Walau sebahagian tubuh ayahanda tidak boleh bergerak dan tidak dapat berkata-kata...namun ayahanda masih boleh memberikan isyarat "Good" kepada saya dan Zue...ketika kami melangkah pulang sambil menahan sebak di dada...ayahanda masih lagi sempat melempar senyuman..yang pasti senyuman itulah yang akan kita rindui

Bersama-sama kita mendoakan agar ayahanda pulih seperti sediakala...menjalani kehiupannya seperti biasa. Kepada isteri dan keluarga ayahanda, semoga tabah menghadapi segala dugaan dan ujian Allah berikan...

Inilah klip video yang dirakam waktu menziarahi ayahanda tempohari (curi-curi rakam ni...)






Ella

Thursday, January 14, 2010

SEMBANG-SEMBANG BERSAMA ELLA

Bismillahirrahmannirahim.

Hai...Selamat Tahun Baru 2010..sekali lagi saya mengucapkan kepada pembaca Blog Hawa Desaria terutamanya.

Baru hari ni saya berkesempatan menulis...maklumlah...surirumah sepenuh masa seperti saya ni sebenarnya lebih sibuk dari yang berkerjaya..

Hari-hari kena pegang penyapu, pegang senduk..baru hari ni...dapat pegang pen. Cuti sekolah pun dah berlalu..turunlah sedikit tekanan darah tinggi melayan karenah anak-anak sepanjang cuti.

Semoga tahun baru ini kita semua diberi kekuatan dan ketabahan dalam menjalani hari-hari mendatang untuk meneruskan kehidupan. Positif dalam melayari bahtera hidup dan semoga dijauhkan bencana dan dikurniakan kesihatan yang baik pada kita semua.

Tahun Baru bermakna "BERTAMBAH" lagi usia (alamak..dah tukar angka lain kat depan he..he..) dan bererti semakin "PENDEK" kehidupan. Kadang-kadang gerun mengenangkan kemunculan fajar tahun baru..terasa begitu cepat masa berlalu..sedangkan masih banyak lagi yang belum digapai dalam hidup ini...Begitulah..kalau kita terlalu memikirkan mengenai hidup sementara ini..

Alangkah baiknya..jika tahun baru ini, kita menyemai azam..ingin menjadi lebih baik, terbaik dari yang dulu..merenung diri sendiri..insaf dan menyesali diatas kesilapan dan keterlanjuran selama ini. Akur dengan lumrah kejadian manusia yang tidak sempurna dan tidak dapat lari dari segala kekhilafan..namun tetap redha dengan ujian dan ketentuan Allah.

Doa saya..untuk semua pembaca blog ini dan diri sendiri...semoga di tahun baru ini, kita semua dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat..ditetapkan hati dan iman agar tidak tersasar dari landasan hidup yang sebenar..dilimpahi rahmat dan kasih sayangNya.

Sekian...Jumpa lagi nanti...

Demi waktu...
Bisikkanlah ke relong hati
bahawa warna tua pasti menjelang
sedangkan waktu laksana pedang
jika tidak dipintas
sepantas kilat ia memintas
sedari...insafi...
antara hidup dan mati
cuma ada sedetik beberapa ketika menanti
Bersyukurlah kita..
masih dipinjamkan..
sedetik waktu..
sedegup nafas..
mengintai dalam diri,
dalam mencari kekhilafan sendiri..
bermuhasabahlah diri...


Ella

Friday, January 1, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Saya dan AJK Biro Hawa ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2010 kepada kaum Hawa khasnya dan warga Desaria amnya.





Ella