Wednesday, May 16, 2012
BALASAN SELOKA BUAT ANAK-ANAK KU
SELOKA BUAT ANAK ANAKKU.
Sedihnya hati tidak tertahan,
membaca seloka indahnya nukilan,
terlalu banyak kata pujian,
terimakasih anakku, syukur ya Tuhan.
Mummy hanya wanita biasa,
kadangkala berjiwa lara,
semoga terampun dari Yang Esa,
doa kalianlah penghapus dosa.
Apa ada pada glamer,
kalau membataskan kita bersama,
bahagia sudah di depan mata,
kalianlah nyawa, kalianlah harta.
Masa berlalu begitu pantas,
mengasuh kalian mummy tak puas,
kamu membesar terlalu lekas,
pengalaman itu tidak terbalas.
Nampak muda, tiada rahsia,
pastikan diri selalu ceria,
bersihkan hati dari sengketa,
lapangkan dada, selalu redha.
Senyuman mummy satu sedekah,
bukan untuk yang bernafsu serakah,
pengubat luka jiwa yang gundah,
semoga semuanya tampak mudah.
Masakan dimasak dengan kasih sayang,
pengikat kasih ...yang lain kalian tak pandang,
makan sedikit dah cepat kenyang,
maintain badan sebab makan tak berulang.
Pada daddymu kasih bertaut,
bila diduga kadangkala ku kalut,
walau dilanda tsunami di laut,
hanya terpisah dek kerana maut.
Maafkan kami wahai anak anakku,
memisahkan kalian dari teman sepermainanmu,
di tempat baru, anggaplah syurgamu,
rahsia Allah siapalah yang tahu.
Anggap ini satu amanat,
adik beradik ingat mengingat,
agar hidup selalu berkat,
bahagialah kalian dunia dan akhirat.
Wassalam..
Dari mummy Ella.
To my husband Kura and kids....lets share these moments...
Ella
Thursday, May 10, 2012
JEMPUTAN MAJLIS BACAAN YAASIN
Assalamualaikum.
Dijemput hadir ke rumah Puan Noli (isteri Pak Akop) bagi majlis bacaan yaasin pada hari Sabtu, 12hb Mei 2012 jam 2 petang.
Alamat : No 588, Jln Desaria 2.
Terima kasih.
Ella
Dijemput hadir ke rumah Puan Noli (isteri Pak Akop) bagi majlis bacaan yaasin pada hari Sabtu, 12hb Mei 2012 jam 2 petang.
Alamat : No 588, Jln Desaria 2.
Terima kasih.
Ella
Wednesday, May 9, 2012
SELOKA BUAT MUMMY ELLA...
Tidak ada kata-kata yang dapat aku zahirkan betapa terharunya aku menerima seloka ini dari anak-anakku sempena Hari Ibu pada tahun ini. Memang setiap tahun ada saja kejutan yang dibuat oleh anak-anakku untuk ku.
Ingin aku berkongsi "rasa" ini dengan semua "ibu" yang membaca blog ini.
Kepada semua ibu..
"SELAMAT HARI IBU"
^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^
Teringat kami dikala demam,
Ingin aku berkongsi "rasa" ini dengan semua "ibu" yang membaca blog ini.
Kepada semua ibu..
"SELAMAT HARI IBU"
^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^
SELOKA BUAT MUMMY ELLA
Berhari hari mengumpul idea,
untuk mencipta madah seloka,
bukan sengaja direka reka,
cetusan ikhlas buat mummy tercinta.
Terharu mendengar daddyku bercerita,
tentang mummyku yang memang jelita,
menolak yang berpangkat dan juga berharta,
daddyku terpilih kerana cinta.
Sentiasa ceria, berpewatakan manja,
pengikat daddyku mejadi teruja,
kami doakan kalian bahagia,
kasih dibawa hingga ke syurga.
Bukan hendak berkata riak,
mummyku selalu disangkakan kakak,
nak panggil makcik teragak agak,
usia menginjak tapi mcm tak bergerak.
Menatap potretmu semasa muda,
persis model antarabangsa,
Tapi menolak hidup glamer,
demi membesarkan kami semua.
Tawaran datang demi tawaran,
sikitpun mummy tak heran,
lebih suka mengenjut buaian,
mengasuh kami dengan airtangan.
Tanyalah pasal makanan,
kami tak pernah rasa kempunan,
semua menjadi setiap sentuhan,
setanding dengan chef handalan.
Seronoknya menjelang raya,
biskut tersendiri direkacipta,
carilah di merata rata,
tak kan sama mummyku punya.
Sudah berbulan angah di asrama,
makanan di sini tak lalu ku jamah,
hatiku sentiasa tak rasa betah,
teringat ingat masakan mummyku di rumah.
Teringat kami dikala demam,
mummy pasti tak tidur malam,
temperature and wet towel sentiasa di tangan,
khuatir kut kut kami terkena sawan.
Bibirnya sentiasa menguntum senyuman,
walaupun ku tahu dia kepenatan,
tidak ada satu keluhan,
boleh ketawa tiada sungutan.
Walaupun mummyku sentiasa busy,
rumahku sentiasa tersusun rapi,
luar dan dalam sentiasa berseri,
kami diasuh disiplin diri.
Rumah ni kan jadi kenangan,
membesar di sini dan mengenal kawan,
kami terpisah tak tau alasan
di sisi kalian, di situlah kebahagiaan.
Apapun alasan tak kan ada soalan,
sedihnya hati yang tahu Tuhan,
terpisah jiran, rakan dan taulan,
di mana kalian, di situlah haluan.
Wahai mummyku yang dikasihi,
kami berempat pasti berjanji,
padamu kami berbakti,
kasih tak padam hingga ke mati.
SELAMAT HARI IBU.
dari kami anak anakmu,
ALMAZ EZZRA,
ANAZTEEN EZZRA,
AUFA EDHIA EZZRA,
AURA DANIELLA EZZRA.
Ella
Friday, May 4, 2012
MAJLIS BERCUKUR JAMBUL SOFIYA
Assalamualaikum.
Kali ni saya paparkan majlis bercukur jambul baby Sofiya anak En Solihin kita yg berlangsung pada 21hb April 2012 di Surau Desaria.
Ella
Kali ni saya paparkan majlis bercukur jambul baby Sofiya anak En Solihin kita yg berlangsung pada 21hb April 2012 di Surau Desaria.
Ella
Subscribe to:
Posts (Atom)