Tuesday, August 25, 2009

Air Tangan Tambat Keluarga Di Bulan Ramadhan

Hai... Bertemu lagi kita....
Selamat Berpuasa Semua....
Baru hari ni saya berkesempatan menulis ..... Ingatkan bulan-bulan puasa ni bolehlah mencuri masa sedikit merehatkan badan... emm.. tak jugak...
Nampaknya jd perempuan ni (merangkap isteri dan ibu) mmg tak de time off.... Lagi- lagi cuti sekolah ni... Nasib baiklah bulan puasa.. Atleast nampak jugaklah muka letih anak-anak kita... Kalau tak....
Sememangnya kehadiran Ramadhan amat dinanti-nantikan oleh seluruh umat islam di dunia. Selain dpt mmbersihkan diri dari kekotoran dan hasad dengki yg tertanam dalam diri...Bulan puasa juga memberi ruang kepada kita untuk berkumpul besama-sama keluarga...maklumlah, jika di hari-hari lain kita bekerja tanpa mengira waktu, justeru di bulan puasa kita berusaha pulang lebih awal dari hari-hari biasa semata-mata unuk berkumpul dan berbuka puasa bersama-sama keluarga.
Bagi surirumah, peluang berkumpul dan berbuka puasa bersama suami dan anak-anak mungkin boleh digunakan untuk menjamu keluarga dengan air tangan sendiri, mentelahan pula bagi surirumah yang pernah bekerja selama ini tidak berkesempatan untuk menyediakan makanan buat keluarga. Justeru apa salahnya di bulan puasa ini , kita mencuri sedikit ruang waktu turun ke dapur untuk memasak dan menyajikan sendiri makanan buat keluarga tersayang. Selain terjamin kebersihannya, ia juga satu cara untuk berjimat.
Maklumlah adakalanya selera kita berubah di bulan Ramadhan. Melihat juadah di Bazaar Ramadhan.... Semuanya kita teringin nak rasa. Sampaikan air sirap bandung pun kita nak beli.. Macamlah susah sangat nak buat.. Itu belum kira kuih muih yang lain.. Bila dah letak atas meja dah tak muat pulak!!.. Nak letak pinggan nasi pun dah tak de space..Tapi apabila time berbuka... sentuh pun tidak.... Minum sikit dh kenyang... At last tong sampah jugak yang jadi mangsa..
Inilah sebahagian kebiasaan yang sukar dikikis disegelintir kita di bulan Ramadhan..
Di sini saya ingin berkongsi resepi yang saya selalu sajikan pada hari-hari istimewa untuk keluarga tersayang........ Mesti dapat cium tanda tersedap sangat.. hehehe...... Cubalah kalau tak caye!!!!!!
Sebelum tu.... Camner ngan erobik team??? Jgn lepas raya nanti angkat kaki pun tak larat..... Mehler join erobik malam kat surau...Solat Terawih ler....itupun kira senaman gak tu... Jumpa di sana...di sana..
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Nasi Paella Cik Ella
----------------------------------
Bahan-bahan:
mentega
50 g isi ayam di dadu
100 g isi udang
100 g kepah (kat Giant ade jual)
3 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
50 g mix vege(lobak merah,kacan pis hijau, kentang potong dadu)
1 biji tomato dipotong empat
200 g beras basmathi dibersih dan disejat
air rebusan ayam secukupnya
cili merah dihiris
sedikit garam lada sulah serbuk cili
bahan hiasan
lemon,tomato hiris udang celur sebentar..
Cara Membuatnya:
Hubungi CIK ELLa.. (016-6185606)
Den da ponat menaip ni..
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Pencuci Mulut
puding cendol kacang hijau
Bahan-bahannya:
2 paket agar-agar serbuk
1 ketul besar gula melaka
2 cawan gula
1 tin susu cair
1 santan kelapa(Satu hengget)
1 cawan cendol
100 g kacang hijau(rebus sampai empuk pastu tos kan)
Cara cara buat:
Tuangkan 1/2 liter air besama satu paket agar-agar, masukan 1 cawan gula.
Bila mendidih, tuangkan santan pekat. Tuangkan adunan dalam loyang.
Tuangkan cendol di atas nya biarkan sejuk dan membeku. kacang hijau yg empuk td dikisar halus dengan satu tin susu cair. Ketepikan.
Tuangkan 1/2 liter air, gula melaka, 1 cawan gula pasir dan 1 paket agar-agar serbuk. Biarkan sampai mendidih. Kemudian tuangkan adunan yang dikisar td.. Gaul Rata..
Cedok adunan yang baru masak keatas adunan yang sudah membeku perlahan lahan... sejukan dalam peti sejuk..
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Banana Shake Cik Ella
Bahan bahan:
50 g badam yg dah bakar sekejap
100 g prun tanpa biji(buah kurma pun boleh)
2 biji pisang
2 cawan susu segar
6 sudu besar madu
1 botol kecil yogurt strawberry
ais secukupnyer
Cara buat:
Campurkan bahan di atas ke dalam mesin pengisar. Tapi badam dan prun jgnlah kisar halus sangat...biar nampak berbijik-bijik sikit..
PAHAM X????
Sekian Terima Kasih..
Cik Ella nak masak...
Ella

Friday, August 21, 2009

MARI BERTADARUS

Assalamualaikum.

Kami menghentikan aktiviti senamrobik sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal.

Untuk sepanjang Bulan Ramadhan yang mulia ini, tadarus al-quran akan diadakan setiap Sabtu dan Ahad jam 9pg di Surau Desaria.

Mari bertadarus dan selamat berpuasa.



Ella

Tuesday, August 18, 2009

Assalamualaikum.

Pada hari Khamis, 20hb Ogos, 2009 bertempat di Surau Desaria selepas Isyak akan diadakan sembahyang hajat untuk :-

1) Anak-anak yang bakal mengambil peperiksaan

2) Di jauhkan wabak penyakit

Sekiranya ada yang sudi menderma berupa makanan untuk jamuan makan adalah dialu-alukan.


Terima kasih.





Ella

Friday, August 14, 2009

AKTIVITI SEBELUM BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum.

Aktiviti terakhir minggu ini sebelum masuk bulan Ramadhan :-

SABTU 15HB OGOS, 2009

1) Senamrobik jam 8pg

2) Bacaan Yaasin di rumah Puan Leena beralamat
No 137, Jalan 20 jam 2ptg

dan seterusnya

3) Bacaan Yaasin di rumah Puan Liza beralamat
No 481, Jalan 2.


Harap maklum




Ella

Friday, August 7, 2009

JEMPUTAN-JEMPUTAN

Assalamualaikum.

Saya diwakilkan menjemput puan-puan ke :-

1) Majlis perkahwinan di rumah En Mohd Hanif
Alamat: No 9, Jalan Desaria 13
Waktu : 11.30pg hingga 4.00ptg
Tarikh : 8hb Ogos 2009

2) Majlis Bacaan Yaasin di rumah Pn Rosmini
Alamat: No 84, Jalan 10
Waktu : 3ptg
Tarikh : 8hb Ogos 2009

3) Senamrobik bersama Cikgu Amir
Alamat: Padang Myanmar
Waktu : 8pg
Tarikh : 8hb Ogos 2009

4) Majlis Bacaan Yaasin di rumah Pn Fiza
Alamat: No 564, Jalan 1D/1, Taman Desaria
Waktu : 3ptg
Tarikh : 9hb Ogos 2009

Jemput ye...




Ella